Episod 21

Maid in Love

Sora membuang pandang ke luar tingkap. Entah mengapa dia lebih tertarik untuk melihat pemandangan di luar daripada memandang wajah tunangnya di sebelah.

 

Sedari tadi dia tak boleh lupakan pertemuannya dengan Baekhyun. Tak pernah terlintas sekali pun di benak fikirannya yang hari ini akan muncul. Meskipun dia berharap yang dia kan bertemu dengan lelaki itu lagi.

 

Sora tidak boleh lupa saat dia memperkenalkan Jongdae sebagai tunangnya kepada Baekhyun. Dia dapat lihat dengan jelas pada wajah lelaki itu. Kekecewaan. Takkanlah lelaki itu kecewa dengan pertunangannya? Untuk apa dia kecewa? Bukankah dari awal lagi Baekhyun menolak cintanya?

 

Jangan perasanlah Sora. Baekhyun tak akan pernah jatuh hati kat kau. Jadi untuk apa dia kecewa bila kau bertunang dengan Jongdae? Sora memarahi dirinya sendiri. Cukuplah dia bertepuk sebelah tangan. Dia tak mahu terluka lagi.

 

“Sayang,” panggilan Jongdae memeranjatkan Sora. Dia berpaling memandang tunangnya.

 

“Sayang fikirkan apa tu sampai tak yang kita dah sampai?” soal Jongdae.

 

Sora mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Dia terlalu asyik dalam lamunannya hingga tak sedar yang mereka sudah pun berhenti di hadapan rumahnya.

 

Gadis itu tersenyum saat Jongdae membuka pintu kereta untuknya. Antara sebab yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu ialah Jongdae sentiasa mengutamakan dia. Jongdae tak kisah untuk membazir tenaga dan masa asalkan dia gembira.

 

“Terima kasih,” ujar Sora dan Jongdae hanya tersenyum.

 

“Pergilah masuk. Sejuk kat luar ni,” ujar Jongdae.

 

Namun Sora masih lagi kaku di tempatnya. Dia memandang wajah Jongdae tanpa berkelip.

 

“Jongdae-ah.”

 

“Hmm?”

 

Jongdae sendiri tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran gadis itu. Apa yang dia tahu Sora tiba-tiba memeluknya.

 

“Sayang..”

 

“Biarkan saya peluk awak. Sekejap aje,” ujar Sora.

 

Saat itu Jongdae membiarkan saja tindakan tunangnya. Malah dia membalas pelukan Sora.

 

Tolong beri saya petunjuk yang hati saya milik awak, Kim Jongdae. Bukan lagi milik Byun Baekhyun. Tolong saya Kim Jongdae.

 


Double updates =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's