Episod 9

Maid in Love

Baekhyun terkaku untuk beberapa detik. Tindakan Sora itu langsung tidak diduga olehnya. Lantas, dia menolak lembut tubuh Sora jauh dari dirinya. Wajah Sora yang tidak bereaksi itu dipandang.

            “Kenapa kau...” Baekhyun sengaja membiarkan ayatnya tergantung di situ.

            “Saya...” Sora kehilangan kata-kata. Dia tak tahu apa alasan yang harus diberikan. Dia hanya tunduk memandang lantai. Tidak berani menatap mata Baekhyun yang merenung dalam wajahnya.

            “Kau tak jatuh cinta kat aku kan?”

            Sora mengangkat wajahnya. “Apa?”

            “Aku harap kau tak jatuh cinta kat aku. Ingat perjanjian kita sebelum ni,” ujar Baekhyun seperti lelaki yang tidak ada perasaan saja.

            Jika saya jatuh hati dengan majikan saya, Byun Baekhyun, saya dengan sendirinya akan berhenti menjadi orang gaji Byun Baekhyun dan keluar dari rumah ini.

            Bagai ada arus eletrik yang mengalir dalam tubuh Sora ketika ini. Bagaimana dia boleh terlupa tentang perkara itu? Kalau dia jatuh cinta pada Baekhyun dia perlu keluar dari rumah itu.

            Tapi persoalannya sekarang, apa perasaan dia pada Baekhyun? Takkanlah dia dah jatuh hati pada majikan yang dia gelar kekwat? Atau dia hanya simpati atas apa yang pernah pada Baekhyun sebelum ni?

 

Perjanjian yang dia tandatangi pada hari pertama dia berkerja di rumah itu direnungnya. Tak Sora, kau tak boleh sukakan dia?Jangan sukakan dia. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang kau boleh suka tapi bukan Byun Baekhyun.

            Telefon bimbit milik Sora menjerit-jerit minta diangkat. Tertera nama ibunya di skrin telefon.

            “Hmm... omma.”

            “Kenapa suara macam orang mati laki aje ni?” tegur Puan Im.

            “Tak ada apa-apa,” balas Sora.

            “Mak telefon ni ada sebab. Ingat tak anak Puan Kim jiran kita dulu?” soal Puan Im. Sora dapat mengesan keterujaan pada nada suara ibunya.

            “Ingat,” balas Sora acuh tak acuh. Sebenarnya dia langsung tak ingat anak Puan Kim yang dimaksudkan oleh ibunya. Bahkan Puan Kim juga dia sudah lupa.

            Macam mana dia nak ingat kalau kali terakhir dia berjumpa Puan Kim ialah 10 tahun lepas sebelum wanita itu berpindah ke luar negara.

            “Anak Puan Kim tu teringin sangat nak berjumpa dengan kamu. Agaknya dia dah berkenan dengan kamu.”

            “Macam mana dia boleh berkenan dengan Sora kalau jumpa Sora pun tak pernah?” soal Sora.

            “Hari tu dia ada datang rumah. Bila dia nampak gambar kamu dekat ruang tamu terus dia berkenan. Kamu pergilah jumpa dia. Budak tu baik, sopan santun, hormat orang tua, bertanggungjawab. Kerja pun bagus. Kamu tak nak ke calon suami macam tu?” begitu bersemangat sekali Puan Im memuji anak kawannya.

            Sora hanya diam di hujung talian. Dah masak sangat dengan perangai emaknya. Kalau dah berkenan kat seseorang, memang melambung pujiannya. Tapi boleh percaya ke omma ni? Jangan-jangan puji aje lebih tapi hampeh! Hati kecil Sora masih lagi meragui lelaki yang diceritakan oleh Puan Im.

            “Sora! Dengar tak apa yang omma cakap ni?” suara nyaring Puan Im mematikan lamunan Sora.

            “Ya? Apa dia?”

            “Dia nak jumpa kamu hujung minggu ni. Jangan lupa tau. Omma pun dah bagi nombor telefon kamu kat dia.”

            “Apa? Omma..” belum sempat Sora cakap apa-apa Puan Im sudah tamatkan panggilan.

            Sora mula menggaru kepalanya yang tak gatal. Aduh, kenapa omma pergi bagi nombor aku kat mamat tu. Mahu tak mahu terpaksalah dia jumpa juga dengan calon menantu pilihan emaknya hujung minggu nanti.

            Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas katil. Mungkin tak adalah teruk sangat kalau dia jumpa dengan mamat tu. Manalah tahu kalau apa yang emaknya cakap itu betul. Tapi macam mana dengan Baekhyun? Boleh ke dia keluar hujung minggu ni? Tapi apa yang harus dia beritahu Baekhyun nanti? Takkanlah nak cakap yang dia ada blind date? Memang taklah Baekhyun bagi dia keluar. Ke nak tipu je? Tapi nak cakap apa? Dia percaya ke kalau aku tipu dia?

           

Sora menuju ke arah pintu yang diketuk dari luar. Baekhyun berdiri di hadapannya dengan muka yang tak berekspresi.

            “Awak nak apa?”

            Baekhyun memasukkan kedua-dua belah tangannya di dalam poket seluar. Dan Sora cuba sebaik mungkin untuk menahan debaran di dadanya. Macam mana lelaki boleh nampak cool dan handsome walaupun hanya pakai seluar jeans dan t-shirt? Lama kelamaan Sora terpaksa akui yang Baekhyun memang berjaya menarik perhatiannya. Tetapi memikirkan tentang perjanjian mereka, Sora hanya mengeluh perlahan.

            “Kau tak masak lagi ke? Aku lapar,” ujar Baekhyun sambil memegang perutnya.

            Sora menggigit bahagian bawah bibirnya menahan diri daripada tersenyum. Oh god! Kenapa dia nampak cute sangat ni? Hati kecil Sora menjerit. Nada suara Baekhyun juga seperti budak lima tahun yang minta makanan daripada ibunya. Sangat comel bagi Sora.

            “Err.. sekejap lagi saya masak.” Hanya itu yang mampu dibalas oleh Sora.

            Baekhyun ingin kembali ke biliknya tapi Sora lantas menghalang. Baekhyun berpaling menghadap Sora.

            “Awak.. hari ahad ni saya nak keluar boleh?”

            Kening Baekhyun hampir bertaut. “Keluar? Nak pergi mana?”

            Sora melarikan pandangannya ke tempat lain. Dia cuba merangka jawapan yang sesuai untuk soalan Baekhyun. Sekarang dia cuma ada dua pilihan. Sama ada berbohong atau berkata jujur.

            “Saya nak jumpa kawan,” balas Sora. Sudahnya dia pilih jalan selamat. Menipu tak jujur pun tak.

            “Okey.”

            Sora terpinga-pinga. Dia memandang Baekhyun yang sudah pun menghilang ke dalam kamarnya.

            Okey je?

 

Pagi-pagi lagi Sora sudah bersiap untuk keluar bertemu janji. Bukannya dia semangat nak jumpa mamat misteri yang diperkenalkan oleh emaknya. Cuma Sora tak suka buat orang lain menunggu dan dia juga tak suka menunggu. Semalam dia menerima panggilan telefon daripada lelaki itu. Mereka sudah bersetuju untuk jumpa di kafe tidak jauh dari rumah Baekhyun pukul 11 pagi.

            Sora memandang imbasan tubuhnya di cermin. Dia haruskan pastikan semuanya sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Setelah puas dengan penampilannya, dia mencapai beg tangan di atas katil sebelum keluar dari bilik.

            “Omma!” Hampir tercabut jantung Sora apabila Baekhyun berdiri tegak di hadapan pintu biliknya.

            “Apa awak buat kat depan bilik saya ni?” soal Sora sambil mengurut dadanya beberapa kali. Kalau dia ada lemah jantung, dah confirm sekarang ni Puan Im tengah uruskan pengebumiannya.

            “Kau nak pergi mana?” Baekhyun bertanya dengan nada dingin. Matanya tidak lepas memandang Sora. Seram sejuk pula Sora dibuatnya. Dia sangkakan yang Baekhyun ingin memarahnya.

            Tetapi sebenarnya bukan itu yang bermain dalam fikiran Baekhyun kala ini. Lelaki itu terkejut melihat Sora yang berdiri di hadapannya sekarang jauh beza dengan Sora yang dia lihat sebelum ini. Takkanlah nak jumpa kawan pakai cantik-cantik macam ni? Baekhyun mula ragu-ragu. Jangan-jangan dia nak pergi dating tak?

            “Awak lupa ke kan hari tu saya cakap saya nak keluar jumpa kawan. Dahlah saya dah lewat ni. Bye.” Sora menolak lembut tubuh Baekhyun ke tepi kerana lelaki itu menghalang laluannya.

            Baekhyun hanya bersandar pada dinding sambil memerhatikan Sora sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Tak boleh jadi ni. Baekhyun mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya lalu mendail nombor seseorang. Pada waktu kecemasan seperti ini hanya ada seorang saja yang boleh membantunya.

            “Hello, Kyungsoo. Datang rumah aku sekarang.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's