Episod 10

Maid in Love

Sora melangkah masuk ke dalam kafe mencari-cari kelibat lelaki yang baru pertama kali dia ingin jumpa. Tetapi ramai sangat lelaki di dalam kafe itu, yang mana satu agaknya?

            “Im Sora-ssi?”

            Sora berpaling saat namanya di panggil dan matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang Sora terpaksa akui sangat kacak tersenyum ke arahnya.

            “Saya Jongdae. Kim Jongdae.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

            Oh my god!

 

Baik Jongdae mahupun Sora masing-masing masih lagi membisu sehinggalah kopi yang dipesan oleh mereka sampai, tiada siapa pun yang bersuara. Sora terkedu. Dia tak sangka lelaki yang ingin dijodohkan oleh emaknya terlalu kacak. Selama ini bagi Sora hanya ada dua orang saja lelaki kacak dalam dunia ni. Pertama, Kim Junmyeon sepupunya sendiri. Kedua, Byun Baekhyun yang baru akhir-akhir ini dia perasan betapa kacaknya pelakon dan penyanyi itu walapun perangainya tak seindah rupa.

            Hari ini dia jumpa seorang lagi lelaki yang sama kacak seperti Baekhyun dan Junmyeon. Sora sempat membuat analisa pada wajah Jongdae. Matanya bersinar-sinar setiap kali dia bertentang mata dengan lelaki itu. Bulu matanya panjang dan lentik. Bibirnya yang nipis kelihatan sangat comel saat lelaki itu tersenyum.

            Suaranya sangat merdu pada pendengaran Sora. Untuk pertama kalinya Sora setuju dengan setiap pujian yang emaknya lemparkan pada Jongdae sebelum ini.

            “Sora-ssi?”

            Lamunan Sora terhenti apabila suara Jongdae menyapa halwa telinganya. Lelaki itu tidak berkalih memandangnya menyebabkan wajah Sora mula merona kemerahan.

            “Kenapa awak diam je? Awak tak suka ke jumpa saya?” soal Jongdae.

            “Eh.. tak.. tak.. bukan macam tu saya..”

            Jongdae ketawa kecil membuatkan Sora berhenti berkata-kata. Dia memandang lelaki di hadapannya dengan wajah yang bingung. Aku ada salah cakap ke?

            “Awak ni comellah,” puji Jongdae.

            Dup.. dap.. dup.. dap... Sora sendiri dapat mendengar betapa kuatnya degupan jantungnya ketika ini. Kenapa aku tiba-tiba rasa macam ni eh? Dahlah dia puji aku comel pulak tu.

            “Sora-ssi sebenarnya saya...” ayat Jongdae tergantung di situ.

            Sora mengangkat kening. Dia menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Jongdae.

            “Sora-ssi sebenarnya saya..”

            “Ya!!”

            Jongdae dan Sora masing-masing berpaling ke arah suara itu. Pandangan mereka tertumpu ke arah pasangan suami isteri? Yang sangat pelik. Sora memandang wanita berambut afro warna merah dengan cermin mata hitam di matanya. Wanita itu perasan akan tindakan Sora lalu menutup wajahnya dengan menu. Malu barangkali. Pandangan Sora kembali tertumpu ke arah Jongdae.       

            “Awak nak cakap apa tadi?” soal Sora. Jongdae hanya menggeleng. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.

            “Saya pun dah lupa nak cakap apa tadi,” ujar Jongdae sambil mengusap-ngusap tengkuknya.

            Lelaki itu hanya tunduk sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Sekali lagi Sora rasakan seperti ada arus eletrik yang mengalir dalam tubuhnya. Please tell me that this love.

 

Kereta milik Jongdae berhenti di aparment mewah tempat tinggal Baekhyun. Sora sendiri tak pasti sama ada Jongdae tahu tentang pekerjaannya sebagai orang gaji. Apa agaknya reaksi lelaki itu bila dapat tahu yang Sora hanyalah orang gaji untuk pelakon dan penyanyi terkenal, Byun Baekhyun?

            “Sora-ssi,” panggil Jongdae dan Sora berpaling menghadap lelaki itu.

            “Apa yang awak fikirkan?” soal Jongdae dengan nada suara yang lembut membuatkan hati Sora cair mendengarnya.

            “Tak ada apa-apa.” Sora mengggeleng. Dia dapat rasakan betapa membahangnya wajah dia kala ini.

            Jongdae keluar dari perut kereta lalu membuka pintu untuk Sora.

            “Saya harap hari ini bukan hari terakhir kita berjumpa,” ujar Jongdae membuatkan jantung Sora macam nak meletup.

            Dia nak jumpa aku lagi! Assa! Hati kecil Sora menjerit keriangan.

            “Saya pun harap kita dapat jumpa lagi,” balas Sora sambil tersipu-sipu. Pastinya mukanya semerah tomato sekarang.

            Cup! Sora tersentak apabila Jongdae tiba-tiba menghadiahkan satu ciuman di pipinya.

            “Jumpa lagi.”

            Sora tercengang. Dia terasa seperti berada di awang-awangan hingga kereta Jongdae berlalu pergi pun dia tak sedar.

           

Sora melangkah keluar dari lif. Kakinya terasa seperti jelly hinggakan mahu berjalan pun terasa sukar sekali. Perasaannya bercampur-baur. Rasa macam nak menjerit macam orang gila. Rasa malu pun ada. Nampaknya dia dah tangkap cintan dengan Jongdae.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's