Episod 12

Maid in Love

“Lambatnya balik?”

            Hampir tercabut jantung Sora apabila dia ditegur oleh Baekhyun.

            “Awak ni memang suka buat saya terkejut.”

            Baekhyun bangun dari sofa dan mendekati orang gajinya. “Seronok dating?” soalnya sinis.

            Mestilah seronok. Lagi-lagi kalau dapat dating dengan orang yang handsome macam Jongdae tu. Balas Sora tetapi sekadar dalam hati. Gila kau nak jawab macam ni dekat Baekhyun. Silap hari bulan sekarang juga dia dicepat oleh mamat tu.

            “Aku ingat kau dah tak tahu nak balik sini. Yalah dah seronok dating kan.” Baekhyun masih tidak berhenti menyindir Sora.

            Kemudian Sora mula teringat sesuatu. “Baekhyun-ssi, setahu sayalah kan saya tak beritahu awak pun yang saya pergi dating. Saya cuma cakap yang saya nak jumpa kawan. Macam mana awak boleh tahu yang saya pergi dating melainkan.”

            Ayat Sora mula tergantung di situ. Baekhyun pula sudah menelan liur. Kantoi.

            “Jangan-jangan lelaki yang macam klon patung McDonald tadi tu awak?”

            Baekhyun mengetap bibir.

            “Awak intip saya Byun Baekhyun?” soal Sora yang tidak percaya dengan tindakan majikannya.

            Baekhyun mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Mana ada aku intap. Tak ada. Tak ada.” Nafinya sambil menggeleng laju.

            Sora memeluk tubuh sambil matanya mencerlung memandang Baekhyun. Betapa kecilnya Baekhyun rasa ketika ini. Seolah-olah Sora ialah majikannya.

            “Awak dah tak ada kerja lain ke selain daripada mengintip saya?” tanya Sora. Dia meraup wajahnya. Dia tak tahu sama ada dia perlu marah sebab Baekhyun menceroboh privasinya ataupun gelak bila mengenang kembali betapa teruknya penyamaran Baekhyun siang tadi.

            “Kau ingat aku nak sangat ke intip kau tadi? Aku buat semua ni sebab Junmyeon tau?”

Sora mengerutkan dahinya. Apa hal pulak tiba-tiba Junmyeon pulak terlibat ni?

            “Junmyeon?”

            “Yalah Junmyeon. Aku tak sangka yang kau sanggup curang belakang dia. Kalau ya pun kau nak main kayu tiga carilah lelak lain. Ini tidak, mamat yang muka macam unta tu jugak yang nak dipilihnya,” ujar Baekhyun. Tak pasal-pasal dia kena guna nama kawannya itu.

            Sora rasa macam nak ketawa sekarang. “Awak betul-betul fikir yang saya ada hubungan dengan Junmyeon?” soal Sora.

            Baekhyun mengangguk. Sejak dia ajak Junmyeon datang ke rumahnya, dia tertanya-tanya mengapa Sora boleh begitu mesra dengan Junmyeon.

            “Awak memang cemburu tengok saya dengan Junmyeon eh?” soal Sora ingin mengusik majikannya.

            Dalam diam dia menahan tawanya apabila wajah Baekhyun mula merona kemerah-merahan.

            “Berapa kali aku nak cakap yang aku tak jealouslah.” Baekhyun cuba menafikan sekeras-kerasnya. Pandangnya dipalingkan ke tempat lain.

            Sora tersenyum. Dia tak perlu pengakuan daripada Baekhyun kerana dia tahu Baekhyun cemburu. Tapi kenapa dia kena cemburu? Takkanlah mamat ni suka kat aku?

            “Dahlah awak tak payah cemburu dengan Junmyeon tu. Kitorang berdua sepupulah.”

            Terbeliak mata Baekhyun mendengar penjelasan daripada Sora. Sepupu? Dia terkejut tetapi pada masa yang sama timbul sedikit rasa lega dalam hatinya.

            “Habis tu hubungan kau dengan lelaki tadi?” soal Baekhyun.

            Dia semakin tertanya-tanya apabila Sora sekadar membisu.

            “Entah,” jawab Sora acuh tak acuh.

            Makin galau hati Baekhyun mendengar jawapan Sora. “Entah?”

            “Kitorang baru kenal hari ni. Dan dia pun belum melamar saya jadi girlfriend atau isteri dia. So saya tak boleh komen apa-apa,” ujar Sora.

            Sekali lagi dada terasa lapang mendengar jawapan Sora.

            “Kau suka ke dekat lelaki tu?” Baekhyun bertanya lagi.

            “Jongdae?”

            Baekhyun sekadar mengangguk. Dia tak peduli siapa nama mamat macam unta tu yang penting sekarang dia perlu apa yang bersarang dalam hati Sora sekarang.

            “Emm.. macam mana nak cakap eh. Dia tu okeylah. Hampir sempurna. Ciri-ciri lelaki idaman saya ada dalam diri dia. Kalau dia melamar saya jadi girlfriend mungkin saya akan setuju.”

            Jawapan Sora itu sedikit sebanyak mengguris hati kecil Baekhyun. Dia dapat rasakan yang Sora mungkin sudah terpaut pada Jongdae. Entah mengapa Baekhyun tiba-tiba dipagut rasa sayu.

            Sementara itu Sora mula bingung apabila melihat riak wajah Baekhyun yang mula mendung. Dia juga mengapa hari ini Baekhyun terlalu banyak bertanya dan dia pula dengan selambanya meluahkan segalanya. Seperti mereka sudah lama berkawan.

            “Dahlah saya nak masuk tidur.”  

            Mengesan yang suasana mula bertukar kekok, Sora cepat-cepat meminta diri masuk ke dalam biliknya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's