Episod 5

Maid in Love

Setelah pulang dari pasar raya membeli barang-barang dapur, dia terus ke dapur untuk mula memasak. Dia tak tahu apa yang Baekhyun suka jadi dia hanya masak makanan yang ringkas tetapi dijamin sedap.

            Dalam masa kurang dari sejam, Sora berjaya menyiapkan makanan tengah hari untuk majikannya dan juga tetamu yang dijemput oleh Baekhyun.

            Sora berhenti melakukan kerjanya di dapur apabila pintu dibuka dari luar. Baekhyun mendapatkan majikannya bersama-sama tetamu yang dibawa oleh lelaki itu.

            “Junmyeon-ah.” Jelas keceriaan pada wajah Sora apabila melihat sepupunya di situ.

            “Sora.” Junmyeon mendekati Sora lalu memeluk gadis itu.

            Hampir bercantum kedua-dua kening Baekhyun melihat kemesraan antara Sora dan kawan baiknya itu. Apa hubungan mereka berdua? Tiba-tiba Baekhyun teringat yang Junmyeon telah menolong Sora berkerja di rumahnya. Baekhyun terus memerhati mereka berdua dengan penuh tanda tanya

“Aku tak tahu pulak kau yang nak datang? Kalau tak bolehlah aku masak makanan kegemaran kau,” ujar Sora ceria. Pegangan tangan Junmyeon tidak dilepaskannya.

“Tak pe. Kau masak apa pun aku bedal aje. Dah lama aku tak rasa masakan kau,” balas Junmyeon.

“Ehem...ehem..” Baekhyun berdehem dengan kuat sekaligus mematikan perbualan Junmyeon dan Sora.

Diorang ni buat rancangan jejak kasih kat rumah aku pulak. Lepas tu anggap aku ni tak wujud aje kat sini, gumam Baekhyun geram. Dia sempat menjeling ke arah Sora tetapi gadis itu seperti tak dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan.

“Jom pergi dapur. Aku dah siap masak dah.” Tanpa mempedulikan Baekhyun, Sora menarik tangan Junmyeon ke meja makan. Meninggalkan majikannya dalam keadaan terpinga-pinga.

Baekhyun meneguk rakus air di dalam gelas sehingga habis sambil memandang Junmyeon dan Sora dengan pandangan tak puas hati. Sejak Junmyeon sampai hinggalah sekarang dia langsung tak diendahkan oleh Sora.

            Siapa majikan dia sekarang ni? Aku ke Junmyeon? Badan aku ni tak cukup besar ke sampai dia tak nampak aku? Baekhyun merengus geram. Dipandangnya lagi pasangan yang sedang duduk di hadapannya. Kemesraan mereka berdua buat hati Baekhyun mula terbakar.

 

Sora menutup pintu sebaik saja menghantar Junmyeon di muka pintu. Baekhyun duduk di sofa sambil memandangnya dengan wajah yang serius. Sora mengeluh perlahan. Apa lagilah yang tak kena kat mata dia kali ni? Soal Sora dalam hati.

            Dia merasakan nafasnya tersekat tiba-tiba. Alamak! Jangan-jangan dia nak marah aku sebab masuk bila dia tadi? Habis aku! memang lumat kau kena cincang dengan mamat poyo ni Sora. Sora mengetap bibirnya.

            “Im Sora,” panggil Baekhyun.

            Sora hanya tunduk memandang lantai. Meremang bulu romanya bila Baekhyun memanggilnya dengan nama penuh. Perlahan-lahan dia mendekati Baekhyun dan berdiri di hadapan lelaki itu.

            “Saya minta maaf.” Tanpa sempat Baekhyun memberitahu kesalahannya, gadis itu terlebih dahulu meminta maaf.

            Baekhyun bangun dari sofa. “Sebab?” dia memeluk tubuh.

            Sora bermain-main dengan jarinya. “Sebab.... masuk bilik awak tadi?” ujarnya perlahan.

            “Okey.”

            Okey? Tu aje? Tadi gaya macam nak maki hamun aku 10 hari 10 malam.

            “Tapi... macam mana awak tahu saya masuk bilik awak? Awak ada pasang CCTV ke?” soal gadis itu lurus.

            Baekhyun cuba menahan dirinya daripada ketawa. “Jadi betullah kau masuk bilik aku tadi? Aku cuma agak je.”

            Sora mengetap bibir. Sakit pula hati dia bila Baekhyun tersenyum mengejek ke arahnya. Kurang ajar! Dia kenakan aku rupanya.  Sementara itu dalam diam Baekhyun memasang senyum meraikan kemenangannya.

            “Sebenarnya aku ada benda nak tanya kau.”

            Wajah Baekhyun dipandang. Bila tengok lama-lama, handsome jugak mamat ni. Handsome? Aku puji dia handsome ke tadi? OMG!! Aku mesti kena sampuk tadi.

            “Awak.. nak tanya apa?” soal Sora sedikit gugup.

            “Apa hubungan awak dengan Junmyeon?”

            “Huh?” Sora tak pasti apa yang dia dengar tadi betul atau tidak? Baekhyun tanya hubungan aku dengan Junmyeon? Kenapa tiba-tiba dia nak ambil tahu pula?

            “Aku tanya apa hubungan kau dengan Junmyeon?” Baekhyun ulang kembali pertanyaannya tadi.

            “Kenapa tiba-tiba nak tahu?” soal Sora pula.

            Baekhyun diam. Dia tak ada jawapan untuk soalan itu. Ya tak ya jugak. Kenapa tiba-tiba aku nak busy body pasal diorang? Sora sudah tersenyum melirik.

            “Awak cemburu ke?”

            Baekhyun tersenyum sinis. “Cemburu? Kenapa pulak aku nak kena cemburu?” dia melarikan pandangannya ke tempat lain.

            “Habis tu kenapa tanya?”

            “Tak adalah. Cuma teringin nak tahu. Apa yang ada pada kau sampai Junmyeon tu pun boleh sangkut kat kau? Aku rasa Junmyeon boleh dapat perempuan yang jauh lebih cantik dan pandai daripada kau. Setakat orang gaji macam kau ni rasanya tak sesuailah dengan dia,” komen Baekhyun. Ada tawa di hujung katanya.

            Sora terdiam. Dia tak tahu reaksi bagaimana yang harus dia berikan untuk kata-kata Baekhyun tadi. Rupa-rupanya majikannya itu menyangka yang dia ada hubungan istimewa dengan Junmyeon.

            Tapi itu tolak tepi. Apa yang Sora tak boleh terima sekarang ini ialah Baekhyun terlalu memandang rendah terhadapnya. Kau ingat aku ni budak kampung yang tak ada pelajaran? Mentang-mentang aku ni jadi orang gaji aje kau ingat aku ni lembap sangatlah? Kalau bukan disebabkan aku ni desperado sangat nak duit tak ada maknanya aku nak kerja dengan kau.

            Sora terus ke dapur untuk meneruskan kerja-kerjanya yang masih belum selesai. Menghadap majikannya yang sewel lama-lama pun tak boleh jugak. Buat orang naik darah aje kerjanya. Jangan hujung bulan nanti dia diserang darah tinggi sudah.

 

Telefon bimbit Baekhyun berdering-dering minta diangkat. Sora yang sedang mengemas di ruang itu mula serabut dengan bunyi bising yang memekakkan telinga.

            “Ya! Angkatlah telefon tu. Bisinglah!” Sora melepaskan kemarahannya.

            Baekhyun yang sedang menonton televisyen sedikit tersentak apabila Sora melenting sebegitu rupa. Anehnya, Baekhyun tidak pula membalas balik  kata-kata Sora sebaliknya telefon di atas meja kopi terus diambil. Siapa yang jadi majikan sekarang ni?

Selama ini hari tak pernah sekali pun orang gaji Baekhyun menengkingnya seperti itu. Soralah orang yang pertama dan gadis itu baru saja beberapa bulan bekerja di situ.

            “Yeboseyo.”

            “Hyung, saya ni.” Kedengaran suara Kyungsoo di hujung talian.

            “Hmm... kau nak apa ni?” soal Baekhyun acuh tak acuh.

            “Saya nak beritahu yang saya tak boleh datang kerja seminggu.”

            Baekhyun yang sedang bersandar pada sofa terus duduk tegak. “Tak boleh datang seminggu? Kenapa?”

            “Saya kena balik kampung sebab ada urusan keluarga,” balas Kyungsoo.

            Baekhyun mengurut-urut kepalanya. Lepas satu, satu masalah. Dia mengeluh perlahan.

            “Mianhei hyung,” ujar Kyungsoo lagi apabila Baekhyun tidak bersuara.

            “Kyungsoo-ah, seminggu tu lama tau tak? Kau tahu kan jadual aku untuk minggu ni padat? Siapa nak hantar aku?” luah Baekhyun separuh merayu. Sepanjang hayatnya tak pernah dia merayu pada sesiapa. Tetapi kali ini dia terpaksa.

            “Mianhei. Tapi hyung tak boleh memandu ke?” soal Kyungsoo. Setahunya Baekhyun ada lesen memandu jadi apa masalahnya?

            “Do Kyungsoo.”

            Kyungsoo di hujung talian sudah menelan liur. Dia tahu dia dah salah cakap. Dia tak patut cakap macam tu tadi. “Mianhei hyung.” Untuk sekian kalinya Kyungsoo meminta maaf.

            “Tak pelah. Nanti aku cari cara macam mana selesaikan hal ni. Tapi ingat, aku bagi cuti seminggu je lepas tu datang kerja macam biasa,” ujar Baekhyun sebelum menamatkan panggilan tanpa sempat Kyungsoo hendak berterima kasih.

            Baekhyun meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Sekarang ni cuma ada sorang je yang boleh menolongnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's