Episod 27

Maid in Love

Tiada siapa yang bersuara dalam bilik itu. Selepas apa yang jadi dalam dewan tadi, paderi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang. Sama ada meneruskan perkahwinan atau membatalkannya sahaja.

 

Flashback

            “Saya bantah perkahwinan ni.”

           

Sora terus memalingkan wajahnya ke arah Jongdae. Dia tergamam. Tetamu di dalam dewan mula berpandangan sesama sendiri. Sora masih lagi bingung dengan apa yang terjadi tetapi Jongdae kelihatan sangat tenang.

 

“Jongdae-ah, apa yang awak cuba buat ni?” soal Sora tetapi Jongdae langsung tidak menghiraukan pertanyaan tersebut.

 

“Saya tak nak teruskan perkahwinan ni,” ujar Jongdae lagi.

 

Sora mencapai lengan Jongdae. “Apa yang awak cuba buat ni Jongdae?” dia menarik lengan lelaki itu supaya menghadapnya.

 

Jongdae mengalah. Dia memalingkan wajahnya menghadap Sora. Kedua-dua belah tangan Sora dicapai lalu digenggam erat.

 

“Kita tak boleh teruskan perkahwinan ni.”

 

Sora menggeleng. Dia merenung ke dalam mata Jongdae. Tak. Tak mungkin. Terlalu sukar untuk dia mempercayai kata-kata Jongdae. Berkali-kali dia mengharap yang ini cuma satu gurauan. Malagnya, ini bukanlah satu gurauan.

“Saya rasa lebih kamu berdua berbincang dulu elok-elok. Lepas tu barulah kamu buat keputusan sama ada nak teruskan perkahwinan ini ataupun tidak. Cuma satu aje yang saya nak cakap. Perkahwinan bukanlah satu permainan. Perkahwinan satu perjanjian suci untuk menghubungkan dua jiwa. Saya tak nak kamu berdua tersilap dalam membuat keputusan,” ujar paderi panjang lebar.

 

 

Keluarga Jongdae dan Sora sudah lama keluar dari bilik itu. Memberikan mereka peluang untuk berbincang meskipun mereka sendiri bingung dengan apa yang terjadi. Di dalam bilik itu cuma tinggal Jongdae dan Sora.

 

            Sora meraup wajahnya beberapa kali. Dia kemudiannya memandang wajah Jongdae.

 

            “Apa yang awak cuba buat Jongdae? Kenapa awak buat macam ni?” soal Sora perlahan tetapi penuh ketegasan.

 

            Dia bingung, terkejut, dan marah apabila Jongdae tiba-tiba ingin membatalkan perkahwinan ni. Dalam ramai-ramai orang kenapa mesti Jongdae yang membantah perkahwinan ni? Bakal suaminya sendiri? Sora tidak boleh terima perkara ni.

 

            “Awak tak faham lagi ke Sora?” ujar Jongdae dia memandang wajah Sora.

 

            “Memang saya tak faham. Kita dah rancang semuanya alih-alih awak nak hentikan semuanya. Awak kata awak sayangkan saya. Tapi awak buat saya macam ni,” luah Sora. Nadanya mula bertukar serak. Air mata mula bertakung menanti masa untuk menitis ke pipi.

 

            Jongdae berdiri menghadap Sora. Dia mencapai kedua-dua belah bahu gadis itu. Jongdae merenung ke dalam mata Sora.

 

            “Sebab saya sayang awaklah saya buat semua ni. Jujur saya katakan, saya sayangkan awak. Saya dah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita berjumpa,” luah Jongdae. Sora dapat rasakan kejujuran dalam setiap kata-kata lelaki itu.

 

            “Tapi awak cintakan Baekhyun.”

 

            Ayat terakhir daripada Jongdae itu menyentakkan Sora.

 

            “Sora, saya boleh baca hati awak. Tapi kenapa awak tak boleh baca hati awak sendiri? Mata awak dah cukup untuk jelaskan yang awak cintakan Baekhyun. Tapi kenapa awak mesti paksa diri awak untuk kahwin dengan saya?

 

            Saya tak nak awak menyesal seumur hidup awak, Sora. Saya nak beri awak peluang untuk betulkan keadaan. Awak tak seharusnya ada di sini dengan saya. Awak tak patut berdiri di altar dengan saya. Awak tak patut pakai gaun pengantin ni untuk saya. Awak patut buat semua ni dengan Baekhyun. Bukan saya.”

 

            Sora terkedu. Dia begitu malu dengan Jongdae. Dia sangkakan yang dia boleh sembunyikan segala perasaannya. Namun dia silap. Dengan begitu mudahnya Jongdae dapat membaca segala apa yang terbuku dalam hatinya.

 

            “Buang ego awak, Sora. Pergi dapatkan balik apa yang seharusnya jadi milik awak. Sebelum semuanya terlambat.”

 

Junmyeon ingin mendapatkan Jongdae dan Sora tetapi pintu bilik tiba-tiba dibuka dari dalam. Sora berlari keluar dari bilik menuju ke pintu utama.

           

            “Sora, nak pergi mana tu?” teriak Junmyeon memanggil sepupunya. Namun Sora langsung tidak mengendahkannya.

 

            “Biarkan dia, hyung. Dia cuma nak dapatkan balik apa yang seharusnya jadi milik dia,” ujar Jongdae yang baru sahaja keluar dari bilik itu.

 

            Junmyeon memandang wajah Jongdae. Lelaki itu kelihatan terlalu tenang meskipun Junmyeon tahu yang Jongdae terluka.

 

            “Kau okey?” soalan Junmyeon. Dia tak tahu sama ada soalan itu releven ataupun tidak untuk diajukan kepada Jongdae.

 

            “Tipulah kalau saya kata saya okey. Tapi sekurang-kurangnya saya tak menyesal dengan keputusan yang saya buat. Sebaliknya, saya rasa bangga sebab dapat lepaskan Sora untuk Baekhyun. Diorang memang dah ditakdirkan untuk bersama.”

 

            

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's