Episod 4

Maid in Love

Sora baring di atas katil. Dah pukul 12 tengah malam rupanya patutlah dia rasa mengantuk. Dia mengesot ke tepi katil dan ambil diari di atas meja lampu. Dia membuka ke halaman tengah di mana dia menulis semua syarat-syarat yang dia perlu patuhi sebagai orang gaji Byun Baekhyun.

1. Basuh baju ikut warna. Jangan campurkan baju warna lain dengan warna yang lain.

2. Gosok baju selepas dikeringkan.

3. Gantung baju dalam bilik pakaian ikut warna.

4. Jangan masuk bilik Baekhyun! Kecuali kalau nak cuci bilik air. Pastikan bilik air dicuci seminggu sekali.

5. Jangan masak masukkan timun, terung, tiram, dan cendawan dalam masakan.

6. Buatkan jus epal hijau atau jus tomato setiap kali Baekhyun balik kerja.

7. Jangan letak gula dalam jus dan jangan letak terlalu banyak ais.

8. Bila masak nasi, pastikan beras putih dicampur dengan beras perang.

9. Jangan guna alamat rumah Baekhyun sebagai alamat surat menyurat.

10. Jangan cuci lantai guna mop tapi guna kain.

11. Jangan beli soju sebab Baekhyun tak suka rumah dia bau arak.

12. Sayur dan buah yang dah lebih daripada seminggu dalam peti ais hendaklah dibuang.

 

            “Mamat ni memang gila,” kutuk Sora. Dia asyik berfikir bagaimanalah hidupnya esok, lusa, dan hari-hari seterusnya bila di rumah ini bersama-sama Byun Baekhyun. Sudahnya, dia terlena dengan bermimpi ngeri Byun Baekhyun.

            Keesokan paginya, Sora bangun awal dan mula menyediakan sarapan untuk Baekhyun. Lelaki itu tidak pula menyatakan hidangan bagaimana yang dia inginkan untuk sarapan. Jadi Sora hanya sediakan nasi goreng kimchi berserta kopi untuk Baekhyun dan berharap yang dia tak akan ditengkin oleh majikannya. Mamat tu bukannya betul pun. Salah sikit silap hari bulan dia boleh dipecat. Seram sejuk pula bila memikirkan dia akan dipecat pada hari pertama.

            Bunyi kerusi yang ditarik memusnahkan lamunan panjang Sora. Tanpa disuruh, dia menghidangkan nasi goreng kimchi untuk Baekhyun dan kopi panas dituang ke dalam cawan. Sora berdiri di tepi dengan resah.

            “Sora.”

            Gadis itu mula menelan liur apabila Baekhyun memanggil namanya. Dia tak adalah takut sangat dengan Baekhyun tetapi hanya memikirkan perkerjaannya di situ yang masih lagi kelam membuatkan Sora kecut perut.

            “Kenapa? Tak sedap ke?” soal Sora cuba mengawal rasa gugupnya.

            “Sedap. Tapi rasanya saya terlupa nak beritahu awak sesuatu.” Baekhyun meletakkan sudu di atas meja sebelum memandang Sora.

            “Sebenarnya saya tak makan nasi untuk sarapan pagi. Saya lebih suka makan roti bakar dengan jem. Dan saya tak minum kopi. So mulai esok awak kena buatkan saya teh kurang gula.”

            Sora hanya mengangguk. Sekali gus menarik nafas lega apabila dia tidak dimarahi.

            “Kyungsoo-ah, kau kat mana? Dah ada kat bawah? Okey kejap lagi aku turun.” Baekhyun menamatkan panggilan lalu bangun dari kerusi.

            “Jangan lupa kemas rumah, basuh semua baju saya, dan pastikan rumah ni kemas masa saya balik nanti.”

            “Baik,” balas Sora perlahan. Dia tak pasti sama ada Baekhyun dengar atau tidak kerana lelaki itu sudah pun keluar.

 

Baekhyun menutup pintu van putih. Kaca mata hitam disarungkan ke wajah. Kyungsoo menoleh ke belakang dan memandang majikannya yang sedang leka menghadap iPad.

            “Hyung,” panggil Kyungsoo.

            Baekhyun mengangkat wajahnya. “Kenapa?”

            Kyungsoo ingin mengatakan sesuatu tetapi tak terluah oleh kata-kata. Sudahnya dia hanya menggeleng. “Tak ada apa-apalah.”

            “Jomlah cepat. Aku dah lambat ni.”

            “Nae hyung.”

            Van putih milik Baekhyun menyusur keluar dari kawasan kondominium mewah itu.

 

Sora meneroka seluruh kondiminium milik majikannya. Kondiminium itu ada tiga bilik dan bilik Baekhyun ialah bilik utama kerana ada bilik air di dalamnya. Satu bilik ialah bilik yang Sora sekarang. Satu lagi bilik yang lebih kecil telah Baekhyun jadikan sebagai bilik wardrobe.  Satu lagi bilik air terletak di dapur dan disebelah bilik air itu juga telah disediakan satu bilik dobi.

            Pintu bilik wardrobe dibuka oleh Sora. Mulutnya ternganga luas saat melihat koleksi-koleksi baju yang tergantung di dalam bilik itu. Bermula dari pakaian casual sehinggalah pakaian formal untuk majlis-majlis rasmi semuanya digantung rapi. Dan Sora sudah tahu melihat semua pakaian itu pasti semuanya adalah daripada jenama yang terkenal.

            Daripada baju, Sora beralih pula ke arah aksesori milik lelaki itu. Beg, kasut, cermin mata, topi, tali leher. Semuanya disusun dengan kemas dan rapi.

            Setelah puas mengembara di dalam bilik itu Sora keluar dan menutup rapat pintu bilik. Kemudian dia berdiri di hadapan bilik Baekhyun. Dia teringin sangat nak tahu bagaimana rupanya bilik pelakon dan penyanyi terkenal itu. Tetapi Baekhyun lebih awal lagi telah mengingatkannya supaya jangan masuk ke dalam biliknya. Kecuali... kalau dia mahu mencuci bilik air.

            Disebabkan terlalu di buru rasa ingin tahu, Sora kembali ke dapur dan mengambil perkakas dan alatan untuk mencuci tandas di dalam bilik air. Dengan penuh berdebar, dia memulas tombol pintu bilik Baekhyun.

            “Mak datuk, kemasnya.” Sora meletakkan baldi di tangannya di atas lantai.

            Bilik Baekhyun jauh lebih kemas daripada biliknya. Bilik utama itu tidak terlalu serabut dengan perabot. Hanya ada katil king size, meja solek, sebuah meja belajar, rak buku, dan juga sebuah keyboard di sudut bilik.

            Ternyata majikannya itu bijak menghias biliknya apabila memilih konsep hitam dan putih sebagai tema warna biliknya. Sebuah gambar Baekhyun bersaiz besar milik Baekhyun tergantung pada dinding.

            “Memang artis top ni suka gantung gambar sendiri dekat dalam bilik ke? Gambar tak nak kalah besar pulak tu? Nasib baiklah muka kau ni boleh tahan handsome kalau muka macam biskut basah memang teruk kau kena bahan dengan aku,” komen Sora.

            Dia bergerak ke meja belajar lelaki itu. Semua barang-barang tersusun kemas. Kemudian baru dia perasankan sesuatu. Di dalam bilik itu langsung tiada gambar Baekhyun bersama-sama keluarga, atau pun kawan-kawannya.

            Dia teringat yang Baekhyun memang seorang artis yang kuat berahsia. Seingatnya tidak pernah sekali pun Baekhyun bercerita perihal keluarganya kepada media dan tiada siapa pun yang tahu tentang latar belakang artis itu.

            Telefon bimbit Sora berdering dan tertera nombor yang tidak dikenalinya.

            “Hello.” Teragak-agak Sora menjawab panggilan telefon.

            “Sora, tolong pergi pasar raya sebab barang-barang dapur dah habis. Dan tolong masak untuk tengah hari sebab saya makan kat rumah dengan kawan saya.”

            “Nae,” balas Sora ringkas. Ini nombor Baekhyun rupanya.

            “Lagi satu. Saya harap awak boleh keluar dari bilik saya. Tak ada apa yang menarik pun dalam bilik saya tu.”

            Gulp! Sora menelan liur. Matanya meliar memandang seluruh bilik Baekhyun. Macam mana dia tahu aku ada dalam bilik dia? Mamat tu ada letak CCTV ke kat dalam ni? Sora sudah dapat merasakan yang dia akan teruk dimarahi oleh Baekhyun selepas ini. Dia ingin bertanya macam mana lelaki itu boleh keberadaannya di dalam bilik itu tetapi Baekhyun sudah pun mematikan panggilan. Cepat-cepat Sora mengambil baldi yang dibawanya tadi lalu keluar dari bilik lelaki itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's