Episod 16

Maid in Love

 Lena Baekhyun terganggu apabila pintu biliknya tiba-tiba diketuk. Waktu itu, jam menunjukkan pukul 4 pagi. Pada awalnya, dia cuba mengabaikannya dan kembali sambung tidur. Namun bunyi ketukan pintu masih tidak berhenti. Dengan penuh terpaksa, Baekhyun bangkit dari katil dan menuju ke pintu.

 

“Kau nak apa?” soal Baekhyun apabila Sora berdiri di hadapan biliknya.

 

“Baekhyun-ssi, tolong hantar saya pergi klinik boleh? Saya rasa tak sedap badanlah,” adu Sora.

 

“Pagi-pagi buta macam ni? Kau dah gila ke? Tak boleh tunggu cerah sikit ke? Nanti aku boleh panggilkan teksi. Kau tahukan aku tak drive dan Kyungsoo pun tak ada.” Baekhyun cuba berdalih.

 

“Tapi Baekhyun-ssi saya betul-betul tak sihat,” ujar Sora lagi.

 

Baekhyun memandang wajah Sora. Tak nampak pucat pun? Dia agak ragu-ragu untuk membantu gadis itu. Tetapi bila dilihatnya gadis itu hampir pitam di hadapan biliknya, Baekhyun menelan segala keraguan yang bermain dalam fikirannya. Dia akhirnya bersetuju untuk menghantar gadis itu ke klinik meskipun dia terpaksa berperang dengan traumanya.

 

Dia memapah Sora ke keretanya. Kereta yang sudah lama tidak digunakan. Baekhyun menutup pintu di tempat Sora sebelum membuka pintu di bahagian pemandu. Bayangan kemalangan yang berlaku beberapa tahun lalu mula terbayang di ruang tamu membuatkan dia sedikit teragak-agak untuk masuk ke dalam perut kereta.

 

'Tak apa Baekhyun. Kau boleh buat,' gumam Baekhyun sebelum menggagahkan dirinya masuk ke dalam perut kereta.

 

Pintu kereta ditutup. Dengan penuh terketar-ketar tangan menghidupkan enjin kereta. Dia menarik nafas panjang sebelum kakinya perlahan-lahan menekan pedal minyak. Akhirnya, setelah beberapa tahun, Byun Baekhyun berjaya mengatasi traumanya.

 

Sora yang dari tadi memejamkan mata mula mencelikkan matanya. Dia tersenyum melihat Baekhyun di sebelahnya. Walaupun lelaki itu kelihatan sedikit gentar tetapi sekurang-kurangnya dia berjaya melakukannya.

 

“Baekhyun-ssi,” panggil Sora.

 

Lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah Sora sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah jalan raya.

 

“Sekejap lagi kita sampai. Kau jangan risau,” ujar Baekhyun.

 

Sora membetulkan duduknya. Dia memegang lengan Baekhyun. “Baekhyun-ssi.”

 

Baekhyun mula bingung dengan tindakan Sora. Dia menjeling gadis di sebelahnya itu. Kenapa Sora kelihatan normal? Tak macam orang sakit?

 

“Baekhyun-ssi, saya okey.”

 

Lelaki itu terus berhentikan kereta di tepi jalan. Dia menoleh memandang Sora. Wajahnya berkerut seribu. Keliru dan bingung dengan apa yang berlaku.

 

“Saya okey. Saya tak sakit,” ujar Sora.

 

Baekhyun terkedu. “Apa maksud kau?”

 

Sora menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap sebelum kembali fokus kepada Baekhyun yang masih menanti jawapannya.

 

“Saya tak sakit pun. Saya sengaja buat macam ni,” jelas Sora.

 

“Saya terpaksa buat macam ni sebab saya nak awak atasi ketakutan awak tu,” katanya lagi.

 

Baekhyun masih lagi tidak bersuara. Sora menyambung lagi.

 

“Saya tahu apa yang jadi pada awak sebelum ni. Saya ikhlas nak tolong awak. Saya tak nak tengok awak hidup dalam ketakutan lagi.”

 

“Seronok buat aku macam ni?”

 

Sora terdiam dengan soalan yang tidak diduga daripada Baekhyun.

 

“Aku tanya seronok ke buat aku macam ni?!” bentak Baekhyun.

 

Gadis itu mula mengecut apabila Baekhyun meninggikan suara terhadapnya. Dia dapat lihat dengan jelas betapa merahnya wajah lelaki kerana menahan marah.

“Aku tak tahu macam mana kau boleh tahu pasal aku. Tapi itu tak bermakna kau boleh bodohkan aku macam ni!”

 

“Baekhyun-ssi, saya bukannya nak bodohkan awak.. saya cuma..”

 

“Kalau bukan nak perbodohkan aku apa dia?” bentak Baekhyun.

 

“Sekarang ni kau boleh gelakkan aku. Kau boleh hebahkan kat semua orang pasal aku. Pergilah!” nafasnya turun naik kerana amarah yang mula menguasai diri.

 

Seumur hidupnya, dia tak pernah rasa terhina seperti ini. Dia memandang wajah Sora yang mula basah dengan air mata. Walau macam manapun Sora menangis di hadapannya itu langsung tidak melembutkan hati Baekhyun. Kini perasaannya bercampur baur. Dia marah, kecewa, terkilan.

 

“Dengarlah cakap saya dulu.” Sora cuba memegang lengan Baekhyun tetapi lelaki itu pantas menepis.

 

“Bila saya tahu apa yang jadi pada awak. Hati saya meronta-ronta nak tolong awak. Saya tak nak awak hidup dengan bayang-bayang silam. Walau teruk macam manapun hidup awak sebelum ni awak tak boleh terus hidup dalam ketakutan. Saya cuma nak awak jalani hidup awak macam biasa.”

 

“Diam!” bentak Baekhyun. Sora mula terkedu.

 

“Kau tak ada hak nak masuk campur dalam hidup aku. Kau tu cuma orang gaji aku aje. Apa hak kau nak ambil tahu hidup aku? Kau jangan ingat aku tak tahu? Yang kau sukakan aku.”

 

Sora tersentak. Baekhyun tersenyum sinis melihat perubahan pada raut wajah Sora.

 

“Kau jangan ingat bila aku bagi muka kat kau, kau boleh buat sesuka hati. Atau kau nak aku ingatkan kau pasal perjanjian kita sebelum ni?”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's