Episod 6

Maid in Love

“Tak nak!” ujar Sora sambil berpeluk tubuh.

            Baru sebentar tadi Baekhyun meminta dia menggantikan Kyungsoo untuk seminggu. Dan semestinya Sora tak mahu. Dia ialah orang gaji Baekhyun. Macam mana orang gaji boleh bertukar jadi pembantu peribadi pulak?

            “Tolonglah Sora, kau kena tolong aku. Bukannya lama pun seminggu je.” Baekhyun masih lagi tidak berhenti merayu pada Sora.

            Namun Sora tetap dengan keputusannya. “Tak nak. Saya ni cuma orang gaji je. Lagipun takkanlah awak tak boleh uruskan diri sendiri untuk seminggu? Bukannya susah pun. Setahu saya awak ada kereta sendiri kan? Lesen pun ada? bawak ajelah kereta awak tu. Nak simpan pun bukannya boleh buat ikan pekasam. Baekhyun-ssi, jangan jadi pemalas dan asyik harapkan orang lain je. Sekali kali kenalah pandai berdikari juga. Kalau awak tak nak kereta mahal tu baik jual aje...

            “Cukup!” bentak Baekhyun. Bebelan Sora terhenti di situ. Dia memandang wajah Baekhyun yang sudah kemerah-merahan kerana menahan marah.

            “Sama ada kau suka atau tak, kau tetap kena setuju,” ujar Baekhyun tegas menyebabkan Sora sedikit gugup.

            “Dan jangan cakap macam kau tahu semua pasal aku.”

            Baekhyun meninggalkan Sora di ruang tamu dalam keadaan terpinga-pinga.

 

Pagi-pagi lagi Baekhyun sudah melancarkan perang dingin terhadap Sora. Dia langsung tak bercakap dengan gadis itu walaupun sepatah perkataan. Tapi itu tidak bermakna yang Sora tidak perlu jadi pembantu peribadinya. Kerja tetap kerja.

            Sora menghidupkan enjin kereta Audi milik Baekhyun. Untuk minggu ini mereka terpaksa menggunakan kereta itu memandangkan van putih yang biasa digunakan di hantar ke bengkel.

            “Kenapa awak tak duduk belakang?” soal Sora saat memakai tali pinggang keledar.

            “Suka hatilah,” balas Baekhyun masih jelas kedinginan pada nada suaranya. Tak kisahlah, sekurang-kurangnya Sora tahu yang majikannya itu masih lagi belum bisu.

            Sepanjang perjalanan baik Sora mahupun Baekhyun masing-masing tidak bersuara. Sora hanya fokus pada pemanduannya manakala Baekhyun pula melayan perasaannya sendiri.

            Baekhyun mula diserang rasa cemas apabila Sora menekan pedal minyak menambah kelajuan. Mungkin pada Sora atau orang lain itu hanyalah kelajuan biasa kalau memandu. Tetapi tidak bagi Baekhyun.

            “Boleh bawak perlahan sikit tak?” ujar Baekhyun sambil memegang erat tali pinggang keledar yang dililit di tubuhnya.

            “Nak perlahan macam mana lagi? Ini pun dah kira perlahan tau. Awak tu dah lambat,” bidas Sora sambil fokus pada pemanduannya. Langsung tidak perasan akan wajah Baekhyun yang mula berubah pucat.

            “Tak kisahlah lambat sampai sekalipun. Yang penting jangan bawak laju.”

            Sora kali ini hanya buat tak tahu. Apa yang penting bagi dia sekarang ialah Baekhyun perlu cepat sampai kerana mereka sudah terlewat 15 minit.

            Tiba-tiba ada seorang gadis melintas di hadapan mereka membuatkan Sora terpaksa berhenti mengejut. Tubuh mereka terdorong ke hadapan namun tali pinggang yang dipakai menjadi penyelemat daripada mereka terperosok ke hadapan. Dalam hati Sora menyumpah seranah gadis tadi yang sudah pun hilang dari pandangan.

            “Sorry,” ujar Sora tanpa memandang ke arah Baekhyun di sebelahnya. Dia mengharapkan yang Baekhyun akan memarahinya kerana cuai dan menyebabkan mereka hampir kemalangan tetapi lelaki itu hanya membisu.

            Sora tergerak hati untuk menoleh ke arah majikannya. Dilihatnya lelaki itu memandang hadapan dengan pandangan yang kosong. Tetapi anak matanya penuh dengan ketakutan dan bergenang dengan air mata. Wajahnya juga pucat lesi dan terketar-ketar seperti ingin mengatakan sesuatu.

            “Baekhyun, awak okey tak?” Sora mula panik melihat Baekhyun dalam keadaan seperti itu. Dia menanggalkan tali pinggang keledar dan mengiring ke sebelah kanan.

            Mujurlah jalan yang mereka lalui itu hanyalah jalan kampung dan tidak ada banyak kereta yang lalu lalang. Jadi Sora langsung tidak berniat untuk berhenti di bahu jalan. Apa yang lebih penting sekarang ialah Baekhyun.

            Baekhyun masih lagi seperti itu. Sora semakin buntu tak tahu apa yang harus dilakukan. Sudahnya, dia mencapai tangan Baekhyun.

            “Baekhyun, tolonglah jawab. Awak okey tak?” jelas kerisauan dan rasa bersalah pada diri Sora. Sepatutnya dia dengar saja cakap Baekhyun tadi.

            Sora sedikit lega apabila lelaki itu mengangguk lemah. Tetapi air mata yang mengalir dari tubir mata lelaki itu membuatkan Sora diburu seribu satu rasa.

            Belum pun sempat Sora bertanya apa-apa dia diserang dengan pelukan daripada Baekhyun diikuti dengan esakan halus daripada lelaki itu.

            “Tolong.. jangan tinggalkan saya,” ujar Baekhyun. Suaranya mula serak.

            Sora bingung namun dia tetap membalas pelulakan lelaki itu untuk menenangkannya.

Dengan menggunakan kudrat yang dia ada, Sora membaringkan tubuh Baekhyun di atas katil. Dia sendiri tak pasti berapa lama Baekhyun menangis dibahunya. Sedar-sedar sahaja lelaki itu sudah terlena. Sora terpaksa menelefon pihak produksi dan memaklumkan bahawa Baekhyun tidak boleh hadiri penggambaran hari ini atas masalah kesihatan. Mujurlah mereka semua faham. Sesudah itu, Sora terus memandu pulang semula ke Seoul.

            Wajah Baekhyun yang tenang itu dipandang. Di sebalik raut wajah lelaki itu tersimpan seribu satu rahsia yang Sora tahu lelaki itu pendam sendiri tanpa beritahu sesiapa. Di sebalik sikapnya yang kekwat itu, Baekhyun kesepian dan sangat terluka.

            Hati Sora sangat memberontak ingin tahu siapa Byun Baekhyun yang sebenarnya. Dan dia tahu hanya seorang saja yang boleh bantu dia mencari jawapan. Kim Junmyeon.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's