Episod 15
Maid in LoveBaekhyun mengintai di sebalik tembok. Dia hanya memerhati orang gajinya yang sibuk mengemas dapur. Baekhyun kelihatan serba salah untuk mendekati Sora. Nak kata yang Sora masih marah gadis itu sudah lama maafkannya. Tapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk meminta bantuan Sora.
Ya! Byun Baekhyun! Sekarang ni yang jadi majikan siapa? Kau atau dia? Bukan susah pun nak minta tolong dia. lagipun kau ada hak sebagai majikan! Lelaki itu memarahi dirinya sendiri sebelum berjalan mendekati Sora.
"Ehem.. ehem.." Baekhyun berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian Sora.
Sora berpaling menghadap Baekhyun. "Kenapa?" soalnya.
"Esok Kyungsoo tak ada. So kau kena hantar aku pergi shooting," arah Baekhyun.
"Okey," balas Sora ringkas sebelum menyambung kembali kerjanya. Mengabaikan Baekhyun yang termangu-mangu dengan jawapannya.
Biasanya kalau dia minta pertolongan seperti ini pasti Sora akan bising dan mula membebel. Ada saja benda yang dia tak puas hati. Tapi hari ini dia setuju? Tanpa komen apa-apa? Demam ke dia ni?
Bersyukurlah Baekhyun. Kalau dia membebel kat kau nanti kau juga yang letih nak mendengarnya, minda Baekhyun mengingatkannya. Dia memandang Sora sekilas sebelum kembali ke ruang tamu.
Sora melepaskan keluhannya apabila Baekhyun tiada lagi di dapur. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia mempersoalkan kenapa Baekhyun tak boleh memandu sendiri untuk ke lokasi. Tetapi dia tahu itu adalah isu sensitif bagi Baekhyun. Mengenang kembali peristiwa kali pertama lelaki itu memarahinya kerana perkara ini, Sora mengalah.
Namun dalam hati Sora berharap yang Baekhyun boleh atasi traumanya. Takkan dia nak hidup dalam ketakutan sampai bila-bila? Tak boleh jadi ni. Dia perlu lakukan sesuatu.
Comments