Episod 1

Maid in Love

“Ya! Byun Baekhyun! Berapa kali kau nak pecat orang gaji kau ni? Masuk ni dah 20 orang gaji aku carikan untuk kau tapi semuanya kau pecat. Apa masalah kau ni?” Junmyeon melabuhkan punggung di atas sofa yang bertentangan dengan Baekhyun.

            Dalam ramai-ramai artis di bawah naungan syarikatnya, Baekhyun ialah artis yang paling menguji kesabarannya. Sudahlah dia perlu uruskan perihal artis-artis yang lain sekarang dia perlu serabutkan fikirannya untuk mencarikan Baekhyun orang gaji yang baru. Boleh kena darah tinggi dia kalau macam ni.

            Sementara itu Baekhyun leka menghadap telefon bimbitnya. Kata-kata Junmyeon tadi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia langsung tak peduli kalau majikan yang juga merangkap rakan baiknya itu ingin marah atau membebel sekali pun sebab dia tahu Junmyeon tetap akan carikan dia orang gaji yang baru.

            “Dahlah. Aku sibuk ni. Kejap lagi aku ada shooting drama. Aku datang sini pun sebab nak beritahu kau pasal orang gaji ni je. Annyeong.” Baekhyun berdiri. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam telefon bimbit lalu dengan penuh bergaya dia berjalan keluar dari bilik Junmyeon.

            “Byun Baekhyun! Ya!” panggil Junmyeon tetapi diabaikan oleh Baekhyun.

            “Aish... aku tak habis cakap lagi dia dah cabut,” ujar Junmyeon seorang diri sebelum kembali ke mejanya untuk menyambung kembali kerja yang tergendala.

 

 

“Kya... Baekhyun oppa!!!”

“Oppa!! Nak tandatangan!!”

“Oppa!! Saranghae!!”

            Jeritan para peminat Baekhyun yang menunggu di luar bangunan 5staR Ent membingitkan telinga Baekhyun. Tanpa mempedulikan peminatnya, Baekhyun menyarungkan cermin mata hitam sebelum masuk ke dalam van putih yang berada di hadapan di bangunan itu       

            “Kyungsoo, jalan cepat. Diorang semua buat aku gila,” ujar Baekhyun yang merujuk kepada peminat-peminatnya yang mula mengetuk cermin van sambil menjerit-jerit memanggil nama Baekhyun.

            “Nae, hyung,” balas Kyungsoo, pengurus Baekhyun sebelum memandu van putih itu meninggalkan bangunan 5staR Ent. menuju ke lokasi seterusnya.

 

“Kya!!! Baekhyun oppa!!!”

“Oppa!!” “Oppa!!”

            Sebaik saja Baekhyun turun dari van dia disambut dengan jeritan para peminatnya. Baekhyun hanya buat tak tahu saja. Dia menyarungkan cermin mata hitamnya lalu menuju ke arah pengarah dan pihak produksi lain yang sedang bersiap sedia untuk melakukan babak seterusnya.

            “Oh, Baekhyun.” Pengarah Lee Donghae menyambutkan ketibaan Baekhyun.

            Seperti biasa Baekhyun hanya membuat muka ketatnya. Langsung tak ada perasaan. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya. “Hari ni saya nak kena buat apa?”

            Pengarah Lee sedikit tersentak dengan kedinginan sikap Baekhyun tetapi dia hanya buat tak tahu sahaja memandangkan dia sudah lama bekerja dengan Baekhyun dan masak dengan sikap Baekhyun yang sememangnya dingin dengan semua orang.

            “Hari ini kita buat babak #59. Babak awak dengan Jung Eunji,” terang Pengarah Lee.

            “Siapa Jung Eunji?” soal Baekhyun. Dia tak pernah mendengar nama itu sebelum ini.

            “Dia pelakon baru. Dia yang akan gantikan Kang Sora sebab Kang Sora tak boleh teruskan drama ni atas faktor kesihatan,” jelas Pengarah Lee lagi.

            “Okey.” Baekhyun terus pergi ke tempat rehat yang telah disediakan untuknya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Lambaian peminatnya yang sedang berdiri di belakang penghadang langsung tidak dihiraukan buang masa.

            “Kyungsoo, skrip saya.” Baekhyun menghulurkan tangannya.

            Cepat-cepat dia mengeluarkan skrip drama dari dalam beg lalu dihulurkan kepada Baekhyun.

            Baekhyun mula membaca babak yang dia akan lakonkan untuk hari ini. Pada masa yang sama dia mula menghayati wataknya dengan sebaik mungkin.

 

“Action!”

            “Tae Joon-ah, kenapa awak nak putus dengan saya?” seorang gadis berambut panjang memegang tangan Tae Joon.

            “Saya tak cintakan awak. Saya minta maaf,” ujar Tae Joon tanpa sedikit pun memandang teman wanitanya.

            “Tapi... Tae Joon-ah, awak dah janji yang awak akan sentiasa bersama saya. Kenapa tiba-tiba awak nak putus?”

            “Stop!” tiba-tiba Baekhyun berteriak.

            Semua produksi dan juga Eunji yang berlakon bersama-sama Baekhyun terkejut. Pengarah Lee mendekati kedua-dua orang pelakon itu.

            “Kenapa ni? Baekhyun? Semuanya dah cantik tadi.”

            Eunji memandang Baekhyun tanpa berkelip. Dia perasan yang dia masih lagi memegang tangan lelaki itu lalu cepat-cepat dia melepaskannya.

            “Jung Eunji.”

            Eunji mula tak tentu arah apabila pelakon kacak itu menyebut nama penuhnya. “Ya?” Dia tunduk memandang tanah.

            “Macam mana awak boleh diterima untuk berlakon dalam drama ni?” satu soalan yang tidak diduga keluar dari mulut Baekhyun.

            “Saya pergi casting.” Walaupun dia tak menyangka yang Baekhyun akan bertanya soalan seperti itu dia tetap menjawabnya.

            “Biarlah saya berterus terang. Awak tak reti berlakon,” komen Baekhyun.

            Pang! Kata-kata Baekhyun bagaikan satu tamparan baginya. #ouch.

            Baekhyun memeluk tubuhnya. “Saya rasa awak tahu yang babak kita nak lakonkan ni sedih. Dan awak perlu menangis sebab saya nak putus dengan awak. Tapi saya langsung tak rasa kesedihan awak tu. Walaupun awak menangis, saya dapat rasa yang awak memaksa diri awak untuk menangis. Lakonan awak langsung tak neutral.” Tanpa mempedulikan perasaan Eunji ketika itu, Baekhyun memberi komen tentang lakonan gadis itu.

            “Macam nilah. Apa kata awak berlatih dulu cara-cara untuk menghayati watak awak. Bila awak dah cukup yakin untuk baru kita lakonkan babak ni,” sambung Baekhyun lagi. Eunji hanya mengangguk. Dia terima komen Baekhyun sebagai nasihat daripada seorang senior kepada junior.

            “Pengarah Lee.” Baekhyun mengalihkan pandangannya ke arah Pengarah Lee pula.

            “Ya?”

            “Saya nak awak aturkan babak yang lain dulu untuk saya. Bila Eunji dah sedia baru kita lakokan babak ni.” Dia mengerling ke arah jam di tangannya.

            “Saya dah lewat. Kyung Soo!” panggil Baekhyun.

            “Nae, hyung.” Sahut Kyung Soo dari jauh.

            “Kemas barang saya. Kita pergi sekarang,” arah Baekhyun sebelum melangkah ke van putih yang diparkir tidak jauh dari situ.

            Pengarah Lee kehilangan kata-kata. “Kenapa aku yang kena ikut cakap dia?” dia bertanya dirinya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's