Episod 28

Maid in Love

Sora yang masih berpakaian pengantin berlari ke lobi menuju ke lif. Dia tidak peduli akan beberapa pasang mata yang tidak berhenti merenung ke arahnya. Apa yang dia tahu, dia perlu berjumpa dengan Baekhyun sekarang.

 

            Dia menekan loceng beberapa kali tetapi tiada jawapan dari dalam. Dengan kesabaran yang semakin nipis, Sora mengetuk pintu pula. Namun jawapannya masih sama. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk masuk saja ke dalam rumah.

 

            Sebaik saja melangkah masuk ke dalam, langkahnya mati di tengah ruang-ruang tamu. Dia tersentak dengan apa yang dilihatnya sekarang. Semua perabut di ruang tamu itu ditutup dengan kain putih. Barang-barang milik Baekhyun yang tersusun di rak semuanya telah tiada.

 

            Rumah itu terasa kosong. Seperti sudah tiada penghuni. Tetapi Sora tidak mahu percaya akan fakta itu. Dia menuju ke bilik yang sebelum ini dihuni oleh Baekhyun. Hasilnya tetap sama. Tiada lagi gambar Baekhyun yang dahulunya tergantung di tengah-tengah bilik.

 

            Sora bergerak pula ke almari lelaki itu. Kosong. Dengan mata yang berair dia meliar memerhati bilik yang sejuk dan dingin itu. Sora tidak mampu lagi untuk berdiri. Dia terduduk di atas katil saat air matanya mengalir deras.

 

            “Noona?”

 

            Sora mengangkat kepalanya. Kyungsoo berdiri di hadapan pintu. Kebingungan jelas terpancar di wajahnya.

 

Sora lantas menyeka air matanya. “Kyungsoo-ah.”

Kyungsoo mendekati Sora. “Noona buat apa kat sini? Bukan ke noona sepatutnya..” pertanyaan Kyungsoo tergantung di situ. Dia tidak meneruskan soalannya sebaik saja mindanya dapat menduga apa yang terjadi.

 

“Kyungsoo-ah, mana Baekhyun? Kenapa barang-barang dia semua dah tak ada? Dia pergi mana?” soal Sora bertalu-talu. Dia tak boleh tunggu lagi. Dia perlu tahu di mana Baekhyun berada.

 

“Saya tak tahu. Baekhyun hyung tamatkan kontrak dengan Junmyeon hyung sebelum dia pergi. Dia tak beritahu apa-apa kat saya. Cuma dia ada pesan kat saya supaya beri surat ni kat noona,” jelas Kyungsoo lalu dia mengeluarkan sepucuk surat dari poket seluarnya.

 

Perlahan-lahan Sora mengambil surat tersebut dari tangan Kyungsoo. Matanya tidak berkalih daripada memandag surat tersebut. Dia hanyut dalam lamunannya sehingga tidak yang sudah pun bersendirian di dalam bilik bekas majikannya. Dengan penuh berdebar dia mengeluarkan surat tersebut dari sampulnya. Dia menarik nafas dalam cuba menenangkan dirinya sebelum membaca bait-bait ayat yang dititipkan oleh lelaki itu.

 

Sora-ah,

Bila awak baca surat ni mungkin saya dah tak ada kat sini. Pergi ke satu tempat yang saya sendiri tak tahu hala tujunya. Saya nak minta atas apa yang terjadi. Saya tahu sepatutnya saya berdepan dengan awak tetapi saya risau yang saya tak cukup kuat untuk berdepan dengan awak lagi. Biarlah surat ni jadi wakil saya.

Saya tahu awak mesti susah nak maafkan saya. Saya tak salahkan awak pun. Awak berhak untuk marahkan saya sebab saya tahu apa yang buat bukannya sesuatu yang mudah dimaafkan. Saya dah lukakan hati awak. Saya minta maaf sekali lagi.

Saya tak nak beri apa-apa alasan kenapa saya buat macam tu. Sebab ini memang salah saya. Sekali lagi saya minta maaf sebab saya dah banyak menyusahkan awak sepanjang awak bekerja dengan saya.

Tapi saya nak awak tahu satu benda. Saya sayangkan awak. Saya tak tahu bila perasaan itu mula hadir tapi yang saya tahu perasaan saya tak menipu. Saya tahu saya dah terlambat untuk memiliki hati awak. Tapi saya akan tetap tunggu awak untuk datang pada saya. Walaupun itu sangat mustahil.

Saya harap awak bahagia dengan Jongdae. Dia memang bertuah dapat gadis sebaik awak. Saya percaya Jongdae ialah lelaki yang terbaik untuk awak. Sebab dia lelaki yang baik, bukannya macam saya yang selalu buat awak menangis. Saya akan selalu doakan kebahagiaan awak. Byun Baekhyun.

Sora tidak sedar yang pipi sudah dibasahi air mata. Matanya meliar memandang seluruh bilik. Dia seolah-olah tidak percaya yang Baekhyun tiada lagi di hadapan matanya. Dia sudah terlambat. Adakah begini kesudahannya antara dia dan Baekhyun?

Baekhyun-ah, saya minta maaf.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's