Episod 3

Maid in Love

Baekhyun bersandar pada kusyen kereta sambil matanya terpejam rapat. Terasa sengal otot-ototnya kerana dari pagi bekerja tanpa henti.

            “Hyung, kita nak pergi mana?” soal Kyungsoo.

            “Hantar aku balik rumah,” jawab Baekhyun dengan matanya masih terpejam rapat. “Nanti kalau dah sampai kejutkan aku,” sambungnya lagi.

            “Nae, hyung.” Kyungsoo menurut tanpa banyak bicara.

Baekhyun memulas tombol pintu. Dia meluru masuk dan terus berbaring di atas sofa.

            “Sedapnya kalau dapat minum jus.” Dia melelapkan matanya. Tekaknya sudah terbayang betapa nikmatnya kalau dia dapat minum jus epal hijau saat ini. Tetapi dia terlalu malas dan letih untuk membuatnya.

            “Nah, air.”

            Baekhyun duduk. Tanpa memandang gerangan yang memberikan jus itu, dia terus meneguk jus oren dengan penuh nikmat. Walaupun dia bukanlah penggemar jus oren tetapi memandangkan dia terlalu haus dia telan saja. Tetapi seingatnya dia sudah mengingatkan orang gajinya bahawa dia lebih suka jus epal hijau berbanding jus oren. Mungkin orang gajinya itu terlupa.

            Orang.... gaji? Baekhyun tiba-tiba teringat sesuatu. Jus oren yang masih berbaki lagi separuh itu diletakkan di atas meja. Bukankah dia tiada orang gaji buat masa sekarang? Tapi siapa pula yang buatkan jus oren ni? Baekhyun mula tidak sedap hati. Dia bangun dan menuju ke dapur apabila menangkap bunyi dari situ.

            “Kau ni siapa?” terjah Baekhyun.

            Air yang diminum oleh Sora terus tersembur keluar. Hampir tercabut jantungnya apabila disergah begitu. Dia menoleh. Baekhyun memandangnya macam harimau tak makan 10 tahun.

            “Aku tanya kau ni siapa?” soal Baekhyun lagi. Kemudian mata lelaki itu terbeliak seperti orang nampak hantu.

            Mamat ni dah kena sawan ke? Sawan. Hanya itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan Baekhyun sekarang.

            “Jangan-jangan kau ni sasaeng fan tak? Macam mana kau boleh masuk rumah aku? Macam mana kau tahu password rumah aku?”

            Sasaeng fan? What the fish!  Gaya aku ni macam ada gaya sasaeng fan ke? Kalau ya pun aku ni sasaeng fan aku takkan stalk dia. Baik aku stalk Infinite ke, Beast ke, paling tak pun SHINee. Lagi berbaloi.

            Sora hanya mampu memandang dengan dahi yang berkerut apabila  Baekhyun kelam kabut mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya dan mendail nombor seseorang.

            “Hello, Kyungsoo-ah. Kat rumah aku ada...” belum sempat Baekhyun habis bercakap, Sora mendekati pelakon itu dan merampas telefon bimbitnya sebelum mematikan panggilan.

            “Ya!” Baekhyun ingin merampas telefon bimbiti di tangan Sora tetapi dia cepat-cepat menyorokkan kedua-dua tangannya di belakang.

            “Saya ni orang gaji awak lah,” balas Sora.

            “Tipu. Kau ingat aku tak tahu yang kau ni sasaeng fan? Kau pecah masuk rumah aku lepas tu kau rancang nak culik aku kan?” Baekhyun tak habis-habis dengan imaginasi kelas pertamanya.

            Susah betullah dapat majikan yang jadi pelakon ni. Kerja dia nak berdrama aje 24 jam, cemuh Sora dalam hati.

            “Kalau awak tak percaya cuba telefon Junmyeon,” ujar Sora. Kalau dia terangkan panjang-panjang kat ahjussi ni pun belum tentu dia boleh terima. Jadi lebih baik kalau mamat ni tanya sendiri kat Junmyeon, biar dia percaya.

            Baekhyun memandang Sora dengan penuh curiga. Boleh percaya ke perempuan ni? Tapi dia sebut nama Junmyeon. Betul lah kot.

            “Bak sini handphone aku.”

            Sora menyerahkan kembali telefon bimbit milik lelaki itu.

            Baekhyun lantas mendail nombor telefon Junmyeon. Dia sengaja menjauhkan dirinya sedikit daripada Sora.

            “Junmyeon-ah.”

            “Hmm. Kenapa?”

            “Betul ke perempuan yang ada kat rumah aku ni orang gaji aku?” soal Baekhyun.

            “Sora ke?” Junmyeon pula bertanya. “Betullah tu.”

            Oh jadi nama dia Sora. Baekhyun menjeling ke arah Sora. Gadis itu masih lagi tidak lepas memandangnya. Seram sejuk pula Baekhyun jadinya. Dia membuang pandang ke tempat lain.

            “Kenapa kau tak beritahu aku yang kau dah jumpa orang gaji yang baru? Aku hampir nak kena serangan jantung tau bila ada perempuan dalam  rumah aku. Mati-matilah aku fikir dia tu sasaeng fan,” marah Baekhyun.

            “Cuba kau tengok balik telefon bimbit kau. Dekat 20 kali aku telefon tapi kau tak angkat. Aku ingatkan kau nak telefon aku balik tapi hampeh.”

            “Kenapa kau telefon aku?” soal Baekhyun lurus.

            “Nak beritahu kau yang kontrak kau dengan aku dah tamat,” balas Junmyeon sinis. “Mestilah nak beritahu kau pasal Sora,” marah Junmyeon. Sejak bila pula Baekhyun jadi blur ni?

            “Baekhyun-ah, aku harap sangat kali ni kau tak pecat Sora tu. Aku dah penat tau carikan orang gaji untuk kau. Kau bukannya seorang je artis yang aku kena handle, ada ramai lagi artis yang aku kena uruskan. Kalau kau pecat Sora, lepas ni kau cari sendiri orang gaji kau. Aku malas nak uruskan.” Kali ini nada suara Junmyeon begitu serius. Ada keluhan yang keluar dari mulut lelaki itu.

            Baekhyun diam. Dia tahu kawannya itu sudah terlalu banyak bersabar melayan kerenahnya. Timbul juga rasa bersalah kerana dia selalu buat Junmyeon pening kepalanya dengan sikapnya cerewet. Dalam hati dia sangat berterima kasih kerana Junmyeon selalu bertahan dan bersabar dengannya.

            “Yalah,” balas Baekhyun. Sekadar untuk menyedapkan hati Junmyeon. Dia sendiri tak boleh berjanji yang dia takkan pecat Sora.

            Selesai bercakap dengan Junmyeon, Baekhyun mematikan panggilan. Dia memanggil Sora supaya ke ruang tamu.

            Sora duduk di sofa menghadap Baekhyun yang berwajah serius. Takkanlah tak sampai 24 jam aku kerja, dia dah nak pecat aku? Sora mula resah. Dia hanya memandang Baekhyun yang sedang menulis sesuatu di atas sehelai kertas A4 berwarna putih.

            “Nah.” Baekhyun menghulurkan kertas tadi kepada Sora.

            “Apa ni?”

            “Baca ajelah,” balas Baekhyun dingin.

            Sora membaca tulisan tangan Baekhyun. Dahinya mula berkerut seribu.

            “Perjanjian apa ni?”

            “Perjanjian yang kau takkan jatuh cinta dengan aku sepanjang kau jadi orang gaji aku.”

            Sora hampir tergelak mendengar jawapan Baekhyun. “Macamlah aku hadap sangat nak suka kat kau.”

            Baekhyun bangun dari sofa dan duduk di sebelah Sora. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah orang gajinya. Sebelum dia kembali duduk tegak.

            “Kau tahu tak yang aku ni pelakon popular?”

            Sora mencebik. Ada aku kisah?

            “Tak ada seorang pun perempuan yang tak suka kat aku. Sebab aku handsome.”

            Apa class puji diri sendiri?

            “Dan aku yakin yang kau pun akan sukakan aku. Sebab itulah aku buat perjanjian ni.”

            Macam manalah dia yakin sangat yang aku akan sukakan dia sedangkan tak ada satu pun ciri-ciri lelaki idaman aku dalam diri dia?

            “Kalau aku sukakan kau? Macam mana?” soal Sora.

            “Aku dah tulis dalam tu.” Jari telunjuk Baekhyun lurus menghala ke arah kertas di tangan Sora.

            Jika saya jatuh hati dengan majikan saya, Byun Baekhyun, saya dengan sendirinya akan berhenti menjadi orang gaji Byun Baekhyun dan keluar dari rumah ini.

 What the Fish?! Perjanjian mengarut apa yang mamat ni cuba buat? Gumam Sora. Dia memandang Baekhyun tetapi lelaki itu hanya buat muka tak bersalah. Nak tak nak terpaksalah dia turunkan tandatangan. Tetapi dia yakin perjanjian ini tak akan ke mana. Tak ada maknanyalah dia akan jatuh dengan pelakon kekwat ni.

            Sora sengaja menghentak pen di atas meja dengan kasar sebelum surat perjanjian tadi diserahkan kepada Baekhyun.

            Baekhyun meneliti balik surat perjanjian tadi. “Bagus.” Surat itu kemudiannya dilipat dua.

            “Apa kata kau pergi ambil kertas dengan pen sekarang,” arah Baekhyun.

            “Nak buat apa?”

            “Jangan banyak tanya boleh tak. Ambil ajelah.”

            Akhirnya dengan penuh terpaksa dan penuh dengan sumpah seranah, Sora bangun dan masuk ke bilik untuk mengambil diari miliknya dan juga pen.

            “Kau nak aku buat apa?” Sora kembali ke ruang tamu dan duduk di sofa tadi.

            “Memandangkan aku terpaksa terima kau jadi orang gaji aku. Ada beberapa peraturan dan syarat yang kau kena patuhi. Jadi aku nak kau salin semua yang aku nak cakap sebab aku tak nak kau lupa faham?”

            Sora hanya mengangguk. Dia mencebik saat Baekhyun menyebut perkataan terpaksa. Dia fikir dia punya terpaksa je. Aku ni yang terpaksa jadi orang gaji dia tak nak fikir pulak?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's