Episod 7

Maid in Love

“Sora?” Jumyeon kelihatan terkejut dengan kedatangan sepupunya di situ.

            “Aku nak tanya sesuatu,” ujar Sora serius.

 

Junmyeon menghidangkan segelas jus oren untuk Sora sebelum duduk di atas sofa menghadap gadis itu.

            “Kenapa kau tiba-tiba datang rumah aku ni? Ada apa-apa hal yang penting ke?” ujar Junmyeon dan dalam hati dia berharap sangat yang Sora bukan datang untuk berhenti kerja sebagai pembantu rumah Baekhyun.

            “Aku minta maaf sebab aku datang secara tiba-tiba. Tapi aku ada benda penting nak tanya kau.”

            Junmyeon tidak bersuara. Memberikan peluang kepada Sora untuk meneruskan ayatnya.

            “Aku nak tahu pasal kisah silam Baekhyun.” Kata-kata Sora itu membuatkan Junmyeon hampir diserang sesak nafas.

            Dia memandang sepupunya. Tidak sangka yang Sora sanggup datang berjumpa dengannya pada waktu malam begini hanya sebab itu.

            “Kenapa kau tiba-tiba nak tahu pasal Baekhyun?” soal Junmyeon kembali. Dia tak boleh sesuka memberitahu orang tentang kisah silam Baekhyun biarpun orang itu ialah sepupunya sendiri.

            Mahu tidak mahu Sora terpaksa ceritakan kembali bagaimana Baekhyun meminta dia menjadi pembantu peribadinya dan juga kisah yang berlaku siang tadi. Dia teringin sekali mahu tahu mengapa Baekhyun boleh panik sampai macam tu sekali dan menjadi Baekhyun yang tak pernah dia lihat sebelum ini.

            Sora dapat menangkap satu keluhan berat yang keluar dari mulut Junmyeon.

            “Okey, aku beritahu. Tapi janji dengan aku jangan beritahu sesiapa pun apa yang aku ceritakan nanti,” ujar Junmyeon serius dan Sora hanya mengangguk.

            “Dan bila kau dah tahu pasal kisah silam Baekhyun, tolong jangan tinggalkan dia.”

            Sora sedikit tersentak apabila Junmyeon berkata seperti itu. Pasti ada sesuatu pernah terjadi pada Baekhyun sebelum ini.

            “Kalau kau tertanya-tanya kenapa dia tak mahu memandu sendiri dan kenapa dia jadi macam tu siang tadi, itu sebab dia pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ni,” ujar Junmyeon.

            Junmyeon dapat lihat dengan jelas riak wajah terkejut yang ditunjukkan oleh gadis itu. Dia meneruskan kembali ceritanya.

            “Kalau tak silap aku waktu tu umur dia 16 tahun. Dia ikut keluarga dia pergi konvokesyen abang dia. Dalam perjalanan pulang, kereta yang diorang naik tiba-tiba terbabas dan kemalangan. Tak ada siapa yang selamat kecuali Baekhyun seorang. Waktu ibu bapa dan abang dia meninggal, Baekhyun koma. Dia langsung tak tahu yang pasal kematian keluarga dia.

            Selepas 6 bulan barulah dia sedar. Bila dia dapat tahu pasal berita tu, Baekhyun macam orang gila. Dia tak berhenti salahkan diri dia atas apa yang jadi. Aku tak boleh bayangkan betapa teruknya keadaan dia dan dia cuma ada aku waktu tu. Dan ibu bapa aku yang jaga dia.

            Walaupun dia nampak macam dah boleh terima kenyataan atas apa yang berlaku, dia bukan lagi Baekhyun macam dulu. Dia jadi pendiam. Nak senyum pun susah apatahlagi ketawa. Dan dia pendam semuanya sendiri. Aku tahu dia cuba tak nak susahkan sesiapa tapi bila tengok dia menderita sorang-sorang buat aku rasa macam aku ni kawan yang tak berguna.”

            Junmyeon diam. Mengingatkan kembali peristiwa ketika itu membuatkan air matanya hampir menitis. Tiada siapa yang dapat mendugakan seorang lelaki seperti Baekhyun melalui tragedi seperti itu.

            “Lepas tamat sekolah, kitorang masuk universiti yang sama dan dia pilih bidang teater sebab dia minat sangat nak jadi pelakon. Ketika itu jugalah dia kenal dengan Jung Ah. Jung Ah ialah orang pertama yang berjaya mengubah Baekhyun jadi seperti dulu. Aku tak pernah berhenti berterima kasih kat dia sebab kembalikan Baekhyun yang dulu.

            Aku juga dapat nampak betapa Baekhyun cintakan Jung Ah. Diorang pasangan yang serasi dan Jung Ah sangat setia. Walaupun Baekhyun dah mula jadi pelakon dan dikenali, Jung Ah tak pernah tinggalkan Baekhyun. Aku harapkan yang hubungan diorang kekal lama tapi aku silap.”

            “Mana Jung Ah sekarang?” setelah lama berdiam diri Sora bersuara.

            “Dia dah pergi. Selama-lamanya,” balas Junmyeon.

            “Dua tahun lepas, Baekhyun rancang untuk melamar Jung Ah jadi isteri dia. Tapi mereka terlibat dalam kemalangan. Kaki Jung Ah terpaksa dipotong, Baekhyun pula mengalami komplikasi jantung dan keadaan dia kritikal. Baekhyun boleh bertahan sampai sekarang sebab Jung Ah sudi dermakan jantung dia untuk Baekhyun. Sebab dia dapat rasa yang hidup dia tak akan lama.

            Sekali lagi, Baekhyun kehilangan orang yang dia sayang. Dan sekali lagi, dia salahkan diri dia sendiri atas apa yang berlaku. Sebab itulah Baekhyun jadi macam ni sekarang. Dingin, kuat berahsia, dan suka memendam. Dia tak mahu bergantung pada sesiapa dan dia tak mahu berharap pada sesiapa sebab dia takut kehilangan. Dia tak mahu perkara yang sama terus berulang.

            Sejak itu, Baekhyun mula fobia untuk memandu. Aku ambil Kyungsoo jadi pembantu peribadi dia. Selain daripada aku, hanya Kyungsoo yang tahu pasal perkara ni sebab dia tahu dia boleh percayakan Kyungsoo.”

            Untuk seketika, sepi menguasi suasana. Sora cuba untuk memproses setiap apa yang diberitahu oleh Junmyeon. Rasa simpati buat Baekhyun mula melimpah ruah. Selama ini dia melihat Baekhyun sebagai seorang lelaki yang sempurna. Ternyata dia salah.

            “Sora,” panggil Junmyeon. Sora mengangkat wajah memandang Junmyeon.

            “Tolong buat dia percayakan kau. Jangan tinggalkan dia. Baekhyun cuma ada aku dan Kyungsoo dan dia perlukan orang lain yang boleh dia bergantung. Dan orang tu ialah kau. Tolong jaga dia,” ujar Junmyeon penuh berharap.

            Sora diam. Dia kemudiannya mengukirkan senyuman buat sepupunya. Kalaupun Junmyeon tidak suruh, dia tetap akan jaga Baekhyun sepenuh hatinya. Itulah tekadnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's