Episod 20

Maid in Love

 Baekhyun masuk ke dalam perut kereta dan menutup pintu dengan kasar. Hampir saja handphone Kyungsoo terjatuh dari tangannya.

 

Dia menoleh ke belakang dan hanya disambut dengan wajah dingin daripada Baekhyun. Semua orang tahu yang Baekhyun memang dingin tetapi kali ini auranya lain sikit. Seperti ada sesuatu yang tak kena.

 

“Hyung, okey ke?” soal Kyungsoo.

 

“Hantar aku balik,” arah Baekhyun.

 

Kyungsoo tidak banyak bicara. Takut nanti dia pula yang kena sembur. Dia terus menekan pedal minyak memecut kereta meninggalkan kawasan itu.

 

Sampai saja di rumah, Baekhyun terus saja mengurungkan dirinya dalam bilik meninggalkan Kyungsoo terpinga-pinga. Dia bersandar pada kerusi. Apalah agaknya terjadi tadi? Baekhyun baru saja memulakan hidupnya seperti biasa selepas Sora pergi.

 

Kyungsoo mencapai telefon bimbitnya yang berdering. Melihat nama yang tertera pada skrin membuatkan lelaki itu mengeluh.

 

“Nae hyung,” ujar Kyungsoo acuh tak acuh.

 

“Kau kat mana?” soal Junmyeon di hujung talian.

 

Kyungsoo sedikit teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Junmyeon. Namun dia tahu dia bukannya boleh tipu lelaki itu.

 

“Saya kat rumah Baekhyun hyung,” balas Kyungsoo.

 

“Kau buat apa kat sana?” soal Junmyeon dengan nada tidak puas hati.

 

Kyungsoo dah agak yang Junmyeon akan beri reaksi seperti itu.

 

“Apa salahnya saya nak duduk sini kejap? Lagipun Baekhyun hyung nampak macam tak sihat aje,” ujar Kyungsoo.

 

“Dia dah besar. Pandai-pandailah dia jaga diri dia sendiri. Aku nak kau datang pejabat sekarang. Ada hal penting,” arah Junmyeon. Lelaki itu terus mematikan panggilan tanpa sempat Kyungsoo berkata apa-apa.

 

Kyungsoo memandang telefon bimbitnya sambil mengeluh. Bilalah agaknya benda ni nak selesai? Dia yang tak ada kena mengena pun tak pasal-pasal terbabit sama.

 

Dia bangun dari sofa dan menuju ke bilik Baekhyun. “Hyung, saya kena pergi pejabat. Hyung okey ke sorang-sorang?” soal Kyungsoo dari luar.

 

Tetapi tiada jawapan dari dalam. Kyungsoo hanya mengandaikan yang Baekhyun tak kisah kalau dia pergi untuk seketika. “Hyung kalau ada apa-apa beritahu saya tau?” ujar Kyungsoo lagi.

 

Dalam hati dia sangat bersimpati terhadap Baekhyun. Majikannya itu boleh dikatakan keseorangan dalam dunia ini. Ada sahabat, sahabat pun mula abaikan dia. Membiarkan lelaki itu terkontang-kanting seorang diri.

 

Baekhyun duduk bersandar pada pintu bilik. Dia sengaja tidak menjawab pertanyaan Kyungsoo. Selepas apa yang jadi di kafe tadi dia terus tiada semangat walaupun untuk berkata-kata. Baekhyun mendongak memandang siling. Dia tak tahu sampai bila dia perlu hidup macam ni. Dari dulu dia selalu ditinggalkan keseorangan. Adakah orang macam dia tak layak untuk dapatkan kasih sayang?

 

Ya, Baekhyun tahu dia salah kerana melukakan hati Sora dan biarkan gadis itu pergi. Padahal selama ini Sora yang selalu besabar di sampingnya. Mungkin agaknya ini balasan yang harus dia terima. Tetapi kenapa Sora harus bertunang dengan lelaki lain. Dia sudah cukup dihukum dengan kepergian gadis itu. Kenapa dia perlu dihukum lagi dengan menerima khabar yang gadis itu milik lelaki lain?

 

Terimalah hakikat Byun Baekhyun, kau langsung tak layak dicintai oleh sesiapa pun di dunia ni.  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's