Episod 13

Maid in Love

“Baekhyun-ssi, selamat pagi,” sapa Sora.

            Baekhyun hanya buat tak tahu. Dia menuju ke pintu.

            “Baekhyun-ssi awak tak nak sarapan dulu ke?” soal Sora.

            “Dah kenyang,” balas Baekhyun acuh tak acuh sebelum menghilang di sebalik pintu.

            “Semalam dia bukan main baik dengan aku hari ni dingin mengalahkan aisberg pula,” ujar Sora seorang diri.

Dia mengeluh panjang. Dia memandang sarapan pagi yang sudah terhidang di atas meja.

“Sekarang siapa nak makan semua ni?”

 

Kyungsoo tersentak apabila pintu van dihempas dengan kuat. Hampir saja dia diserang sakit jantung. Dia berpaling memandang majikannya.

            “Hyung kenapa kita bertolak awal sangat ni? Bukan pengambaran mula pukul 11 ke?” soal Kyungsoo. Sudahlah dia tak cukup tidur malam tadi alih-alih Baekhyun telefon pagi-pagi buta suruh ambil dia di rumah.

            “Suka hati akulah nak pergi pukul berapa.

            Kyungsoo hanya diam. Dia menghidupkan enjin sebelum van putih itu memecut laju meninggalkan apartment mewah itu.

            Baekhyun leka menghadap telefon bimbitnya apabila tiba-tiba perutnya berbunyi. Dia mengerling memandang Kyungsoo. Dia menarik nafas lega apabila pembantunya itu tidak memberikan sebarang reaksi.

            Laparnya. Baekhyun mengusap perutnya. Itulah akibatnya kalau jual mahal pagi tadi. Dah elok Sora buat sarapan dia pergi bantai menolak. Dah kenyang konon. Baekhyun memarahi dirinya sendiri. Pengajarannya, kalau dah lapar tu makanlah jangan nak ego sangat.

            “Kyungsoo-ah, jom kita pergi makan aku laparlah,” ujar Baekhyun.

           

            “Hyung.” Panggil Kyungsoo.

            “Hmm?”

            Kyungsoo ralit memerhatikan majikannya makan. Lapar sangat ke Baekhyun hyung ni? Macam orang 10 hari tak jumpa makanan.

            “Sora noona tak masak ke?” terpacul soalan itu dari mulut Kyungsoo.

            “Masak,” balas Baekhyun dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.

            “Habis tu kenapa hyung tak makan tadi?” soal Kyungsoo lagi.

            Baekhyun diam.

            “Gaduh dengan Sora noona ke?” Kyungsoo cuba menebak.

            Melihat perubahan riak wajah majikannya itu Kyungsoo tahu telahannya betul.

            “Bila masa pulak aku gaduh dengan dia?”

            Kyungsoo hanya tersenyum sinis. “Manalah tahu kalau ada orang tu jealous sebab sekarang Sora noona dah jumpa lelaki pilihan hati dia,” ujar Kyungsoo sengaja mahu menaikkan darah Baekhyun.

            “Memang taklah aku jealous. Mana ada aku jealous. Aku tak hairanlah Sora tu dengan siapa. Bukannya aku suka pun kat dia. Sora tu cuma orang gaji ajelah,” bidas Baekhyun.

            Kali ini Kyungsoo tak bersuara. Egonya majikannya aku ni. Tak suka konon, buatnya satu hari nanti Sora noona betul-betul terlepas kat lelaki lain tahu pulak menyesal.

 

CUT!”

            Baekhyun meraup wajahnya beberapa kali. Seorang jurusolek datang mendekati Baekhyun namun lelaki itu menepis. Dia tak mahu diganggu buat masa sekarang. Lantas Baekhyun mengambil tempat di bangku.

            “Hyung.” Kyungsoo sekadar memanggil majikannya tanpa berkata apa-apa dengan lebih lanjut.

            “Baekhyun-ssi.”

            Kini Pengarah Lee pula yang mendekati pelakon muda itu.

            “Kenapa ni? Ada masalah ke?” soal Pengarah Lee dengan penuh prihatin. Ini bukanlah kali pertama dia bekerja dengan Baekhyun.

            Dia sudah masak sangat dengan perangai Baekhyun. Lelaki itu bukanlah jenis yang mudah hilang fokus ketika berkerja. Bahkan Baekhyun ialah antara pelakon paling berdedikasi yang dia pernah jumpa. Melihat Baekhyun yang seolah-olah terganggu hari ini dia dapat membaca ada sesuatu yang bermain dalam fikiran pelakon itu.

            “Tak ada apa-apa. Saya minta maaf sebab menyusahkan semua orang,” ujar Baekhyun tulus.

            Satu sikap yang ada pada Baekhyun, cakaplah dia diva atau kekwat macam mana sekalipun tapi bila dia tahu akan kesilapannya, dengan rendah dirinya dia meminta maaf.

            Pengarah Lee menepuk lembut bahu Baekhyun. “Tak apa. Kita tangguhkan dulu penggambaran hari ni sebab hari pun dah lewat.”

           

Pukul 2.00 pagi barulah Baekhyun pulang ke rumah. Perlahan-lahan dia menutup pintu rumah. Kemudian, suaranya menangkap suara seseorang sedang berbual. Sora.

            Baekhyun tergerak untuk ke dapur kerana dia tahu suara itu datang dari sana. Dia mengintai di sebalik tembok. Dilihatnya Sora sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

            Api cemburu mula membakar diri Baekhyun. Dia tahu gerangan yang berbual dengan Sora sekarang. Pasti Jongdae. Tanpa teragk-agak Baekhyun mendekati orang gajinya. Telefon bimbit di tangan Sora dirampas lalu dicampakkan di atas lantai. Puas hatinya.

            Sora tergamam. Mulutnya terkunci rapat melihat telefon bimbitnya berkecai di atas lantai dapur. Pandangannya di alihkan ke arah Baekhyun yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.

            “Apa yang awak buat ni?” marah Sora.

            “Patutnya saya yang tanya awak macam tu. Awak buat apa kat dapur pukul 2 pagi macam ni? Kalau ya pun nak bercakap dengan boyfriend awak tu tak boleh tunggu esok lusa? Nanti mulalah bangun lambat sampai kerja rumah semua awak tinggalkan. Orang lain pun bercinta jugak tapi tak adalah sampai jadi macam awak ni. Orang baru nak bercinta macam nilah jadinya,” marah Baekhyun. Sempat lagi dia menyindir Sora.

            “Awak ni lelaki yang paling teruk yang pernah saya jumpa,” ujar Sora perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Baekhyun.

           “Kalau awak nak tahu saya tak ada boyfriend. Kalau awak merujuk perkataan ‘boyfriend’ tu kepada Jongdae. Awak silap. Sebab kitorang langsung tak ada apa-apa hubungan. Dan kalau awak nak tahu tadi saya bercakap dengan Junmyeon. Dia beritahu saya awak nampak macam ada masalah sampai makan pun tak menentu. Dia suruh saya pastikan yang awak okey.”

            Baekhyun terdiam mendengar penjelasan Sora. Nafasnya tersekat di kerongkong.

            “Awak ingat saya suka sangat ke berjaga sampai 2 pagi tanpa sebab? Sekarang ni awak dah balik, saya tengok awak pun okey. Baguslah. Jangan lupa beritahu Junmyeon yang awak okey sebab saya dah tak ada telefon bimbit. Saya dah masak pastikan awak makan. Kalau sejuk panaskan sendiri. Saya nak tidur.”

            Sora terus melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup kasar, menunjukkan tanda protes. Baekhyun memandang pintu bilik Sora dan telefon milik gadis yang berkecai itu silih berganti. Tanpa sedar, dia menelan liur.

            Baekhyun tahu dia dalam masalah besar sekarang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kimtae_vlover #1
Chapter 29: Huhuhu...kta dh nk hbis...rupanya ada lagi...palli update..x sbar nk thu apa jadi dekat baekhyun dgn sora...huhuhu..sedih sgt..huaahh!!!
ParkMyeonSeok #2
Chapter 28: Palli² update.. Tak sabar pula nak baca smbungannya.. Poor baek and jongdae
amani123
#3
Chapter 28: huhuhu jongdae kau lah lelaki terbaik huhuhuhu huhuhuu maaf selama ni aku benci ko huhuhu btw update soon author ^^ huhuhu sambung nangis
hanbinhaera #4
Chapter 27: SIAPAKAHHHH BAEK KAH ITUUU
amani123
#5
Chapter 26: im crying author knp knp huhuhuhuhuh kesian baek waaaaaaa T_T update soon author
hanbinhaera #6
Chapter 25: im crying author. sedihnyaaaaa. update soon!
yana11 #7
Chapter 25: author cpat la post lgiii.....sdih la...haha....anyway daebak lah
CatallenaGirl #8
Chapter 26: Chapter 24; authornim...jebal,,,,,, nak sora dgn baek T_T
CatallenaGirl #9
Chapter 24: jeballllll make her be baek's