Evidence 09

I'm A Psycho

“Hyung! Ireona! Dah pagi ni. Saya dah masak sarapan untuk hyung. Palli ireona!” kata Jongup. Pintu bilik Yongguk diketuknya beberapa kali. Tetapi, masih tiada tindak balas. Jongup mengetuk pintu tersebut sekali lagi. “Hyung! Ireona!” katanya lagi. Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terbuka. Jongup tersenyum manis selepas melihat Yongguk. “Hyung! Palli! Saya dah sediakan sarapan untuk hyung!” kata Jongup. Tangan Yongguk ditarik perlahan oleh Jongup.

 

“Aku sibuk hari ni. Aku ada kerja kena buat dengan Youngjae. Kau makan jelah sorang-sorang,” kata Yongguk. Tangan Jongup ditepis dengan kasar. “Semalam hyung tak nak makan dan sekarang pun hyung tak nak makan. Kenapa??? Saya masak semua ni khas untuk hyung. Saya cuma nak hyung makan makanan yang saya buat ni. Saya...,” kata Jongup. Rasa kasihan mula melanda diri Yongguk. Memang kejam kalau Yongguk tak nak makan makanan Jongup buat tu lagi. Dah lah Jongup sanggup bangun awal pagi hanya untuk buat sarapan untuk Yongguk.

 

“Kalau macam tu, hyung makan dululah memandangkan si Youngjae tu tak siap lagi,” kata Yongguk. Dia segera menuruni anak tangga tersebut dan pergi ke meja makan. Jongup mula berasa gembira selepas melihat Yongguk menjamah sarapan yang disediakan olehnya tadi. “Jongup? Awal awak bangun,” kata Youngjae. “Youngjae hyung! Awak dah bangun? Sebenarnya saya bangun awal untuk buat sarapan dekat awak dan Yongguk hyung. Saya harap hyung suka makanan yang saya buat tu,” kata Jongup.

 

“Dia tak nampak jahat langsung... Betul ke budak ni yang bunuh abang dia tu? Ke aku dah silap orang. Ani! Tak mungkin aku silap orang. Tapi, Moon Jongup ni baik sangat-sangat. Tak macam apa yang aku sangkakan sebelum ni. Memang lain sangat...,” getus hati Youngjae. “Hyung?” kata Jongup kepada Youngjae yang sedang mengelamun tadi. “Ah, saya makan dulu ya,” kata Youngjae sambil menuju ke arah meja makan.

 

“So, apa pendapat kau?” bisik Yongguk ke arah Youngjae. “Saya rasa budak tu tak nampak jahat pun. Nampak macam biasa je,” bisik Youngjae pula. “Kan aku dah cakap,” bisik Yongguk. Youngjae mula berasa runsing. Betul ke tu Moon Jongup? Inilah pertama kali Youngjae terpaksa selesaikan kes yang susah. Sebelum ni, kes yang diterima selalunya senang je nak selesaikan. Youngjae memang tak pasti sekarang ni. Adakah Jongup ni baik ataupun jahat?

 

Yongguk bangun dari meja makan tersebut kemudian dia melangkah ke luar rumah. “Hyung dah nak pergi dah ke?” soal Jongup. “Kalau dah tau tu, tak payah tanya,” kata Yongguk. Langkahnya diteruskan. Tidak lama kemudian, Youngjae pun turut bangun dan ingin menuju keluar. Ketika dia ingin memegang tombol pintu rumah tersebut Jongup berkata, “Saya  tak bunuh orang...” Youngjae terhenti sebentar. Pandangannya tertumpu ke arah Jongup. “Mworago?” soal Youngjae.

 

“Ani! Balik cepat tau,” pesan Jongup. Youngjae hanya menganggukkan kepalanya kemudian dia keluar dari rumah tersebut. “Yoo Youngjae. Dia ni nak tangkap aku ke? Kenapa Yongguk berpakat dengan Youngjae tu??? Bukan ke Yongguk sayangkan aku?! Youngjae tak guna!!! Berani kau hasut abang aku!” getus hati Jongup.

 

*****

 

“So, kita nak pergi mana sekarang?” soal Yongguk. “Kita akan pergi rumah lama Jongup,” kata Youngjae. “Rumah lama dia? Untuk apa?” soal Yongguk lagi. “Saya nak kenalpasti mayat tu milik siapa,” kata Youngjae. “Oh... Jadi, kau nak cek DNA mayat tu?” kata Yongguk. Youngjae menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba, telefon bimbit Youngjae berdering. Dia mengangkat panggilan tersebut. “Yeoboseyo?” kata Youngjae. “Ni Detektif Yoo kan? Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau. Kau ada kat mana sekarang?” soalnya. “Mian, aku sibuk sekarang. Lain kali, boleh?” kata Youngjae.

 

“Tapi-,” kata-kata lelaki tersebut berhenti di situ setelah Youngjae memutuskan panggilan tersebut. “Siapa tu? Kenapa putuskan panggilan?” soal Yongguk. “Tak penting,” balas Youngjae ringkas. Yongguk hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, mereka sampai di rumah lama Jongup. “Ini ke rumah dia?” soal Yongguk. “Ya,” balas Youngjae. Rumah tu kecil dan nampak macam nak roboh. Maklumlah, dah lama terbiar. Kalau nak diikutkan, dah 6 tahun rumah tu kosong.

 

“Apa tunggu lagi? Jom  masuk,” kata Youngjae kepada Yongguk. Mereka pun masuk ke dalam rumah tersebut. Mereka mula memeriksa setiap bilik di dalam rumah tersebut. “Mana mayat tu? Aku tak nampak pun,” kata Yongguk. Walaupun dia takut untuk tengok mayat tu, tapi dia nak tengok juga. “Mayat tu ada kat belakang rumah ni. Mayat tu dah ditanam tapi saya gali dan keluarkan mayat tu,”  kata Youngjae. “Ditanam???” kata Yongguk. “Ya,” kata Youngjae.

 

Kini, Yongguk terkedu. Takkanlah Jongup yang buat semua tu. “Itu dia,” kata Youngjae sambil menudingkan jarinya ke arah mayat itu. Yongguk tergamam. Seluruh tubuhnya mula menggeletar. “Teng... Tengkorak???” kata Yongguk. “Mestilah mayat tu dah jadi tengkorak sebab dah lama terbiar,” kata Youngjae. Yongguk menggosok matanya beberapa kali. Tetapi, dia tidak bermimpi. Apa yang dia nampak sekarang ni ialah realiti!

 

*****

 

Jongup mundar-mandir di ruang tamu. Sekarang ni dah lewat malam tapi Yongguk dan Youngjae masih belum pulang. “Hyung... Hyung pergi mana? Hyung lari dari saya ke? Hyung benci saya ke? Mianhae... Saya tau saya dah banyak kali menyusahkan hyung... Hyung takkan buat camni kan? Saya tak nak hyung lari dari saya macam mana Daehyun hyung buat kat saya...,” kata Jongup.

 

 

 

 


Waktu hujan ni idea aq selalu muncul~ XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^