Evidence 11

I'm A Psycho

Jongup cuba membuka matanya sedikit demi sedikit. Hanya kegelapan menemaninya di situ. Jongup ingin bangun tetapi gagal kerana seluruh badannya telah diikat. Dia tidak dapat bergerak langsung. “Dah bangun?” kata satu suara. Jongup cuba mencari pemilik suara tersebut. “Zelo! Tak guna!!! Kau lepaskan aku sekarang!!!” marah Jongup. Zelo menuju ke arah Jongup lalu berkata, “Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je?” “Kau... Apa tujuan kau hah?!” soal Jongup. Kaki Zelo disepaknya dengan kuat sekali.

 

Zelo menjerit kesakitan. “Tak guna kau!!!” kata Zelo. Perut Jongup disepak banyak kali. Jongup meraung kesakitan. “Haha! Padan muka kau! Kau dengar apa yang aku nak cakap ni dan kau senyap je okey?” kata Zelo. Jongup memandang ke arah Zelo. Masa tu, dia nak sangat belasah Zelo. Disebabkan dia dah diikat, dia tak boleh nak buat apa-apa. “Argh!!! Kalaulah aku tak fikir dulu sebelum ni, mesti benda ni takkan jadi!” getus hati Jongup.

 

“Aku buat semua ni sebab aku benci kau. Aku benci! Kau ingat tak? Dulu abang kau selalu buli aku. Dia kata anak haram macam aku ni tak patut wujud kat dunia ni. Aku benci dia!!! Semenjak hari tu, aku bertekad untuk balas dendam. Tapi setiap kali aku melawan apa yang dia buat, mesti aku yang kena teruk. Selamatlah lepas tu ada orang sanggup jadikan aku anak angkat diorang. Aku gembira. Aku gembira! Beberapa tahun lepas tu, aku cuba cari korang balik untuk balas dendam. Tapi, semuanya dah terlambat sebab korang dah takde kat rumah tu! Aku rasa tak puas hati. Tapi, aku dah jumpa kau sekarang. Aku dengar abang kau lari rumah dan mati kan??? Haha! Aku puas hati sangat-sangat. Tapi, hanya satu benda je yang menyebabkan aku tak puas hati sepenuhnya. Kenapa kau masih wujud lagi kat dunia ni??? Kau patut mati!” kata Zelo.

 

“Orang yang buli kau tu bukan aku tapi abang aku! Kenapa kau nak bunuh aku lak??!!” kata Jongup. “Aku nak bunuh semua keturunan korang. Aku takkan benarkan korang hidup dengan senang-lenang lepas ni,” kata Zelo. “Kau... Kau gila!!!” jerit Jongup. “Memang aku gila... Aku gila sebab kau! Sebab kau!!!” kata Zelo. Tengkuk Jongup dicekiknya dengan kuat. “Ka... kau...,” kata Jongup tergagap-gagap. “Ahahaha! Aku akan bunuh kau, Moon Jongup!!! Kau patut mati!!!” kata Zelo.

 

“Kau... takkan... da...dapat... bunuh... a...a...aku... se...bab aku... yang... a...kan... bu...nuh... kau!” kata Jongup tergagap-gagap. “Kau jangan banyak cakap! Pergi mati jelah!!!” kata Zelo. Jongup mengangkat tangannya yang sedang memegang sebilah pisau dan dia memotong tangan Zelo. “Kau... Kau...,” kata Zelo. Dia berasa amat terkejut sebab sebelah tangannya dah dikerat! “Haha! Kan aku dah cakap tadi. Aku yang akan bunuh kau...,” kata Jongup kemudian dia bangun perlahan-lahan.

 

“Ma... Mana kau dapat pi...pisau tu???” soal Zelo. “Pisau ni?” soal Jongup kemudian dia tersenyum sinis. “Kau tau tak aku selalu bawak pisau ni dengan aku? Masa kau membebel tadi, aku ambil masa tu untuk kerat tali yang dah ikat aku ni. Lepas tu, aku potong tangan kau. Senang je kan???” terang Jongup. “Kau...,” kata Zelo. Kerusi yang berada di situ diambil oleh Zelo kemudian dia membaling kerusi tersebut ke arah Jongup.

 

Tapi, Jongup sempat mengelak. “Tu je ke yang kau dapat buat? Kau ingat senang ke nak bunuh aku?” kata Jongup. Dia menuju ke arah Zelo selangkah demi selangkah. Zelo segera mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya  dan dia terus mendail nombor pengawalnya. Pisau yang Jongup pegang tadi dibaling tepat ke arah telefon bimbit Zelo. “Dah terlambat untuk kau telefon orang lain minta pertolongan. Kau akan mati kat sini...,” kata Jongup.

 

“Aku takkan mati kat sini! Takkan!!!” kata Zelo. Dia mengambil pisau tadi lalu dia bangun dan berlari ke arah Jongup. “Aku akan bunuh kau!!!” jerit Zelo. Pisau itu tertusuk di perut Jongup. Darah mula memancut keluar. “Aku... dah menang...,” kata Zelo. Dia perlahan-lahan melepaskan pisau itu dari tangannya. “Hahaha! Aku menang!!!” kata Zelo lagi. “Tak... Kau masih belum menang...,” kata Jongup. Pisau yang tertusuk di perutnya tadi ditarik keluar. Kini, Zelo tergamam lalu dia terduduk.

 

“Kau... kau...,” kata Zelo tergagap-gagap. Seluruh tubuhnya mula menggeletar. “Aku yang akan menang. Aku!!!” kata Jongup. Kemudian, Jongup menikam dada Zelo dengan pisau tersebut banyak kali. “Kau... tak guna!!! Kau yang patut mati dan bukan aku!!!” Kini, dia menikam anggota badan Zelo yang lain berpuluh-puluh kali sampailah ianya hancur... “Orang yang menang ialah aku!!! Hanya aku!!!!!” kata Jongup kemudian dia gelak sekuat hati.

 

*****

 

“Ya, kau ada nampak Moon Jongup?” soal Yongguk kepada salah seorang pelajar di situ. “Tak... Tak... Sa... Saya tak nampak...,” balas pelajar tersebut kemudian dia pergi dari situ kerana berasa takut dengan Yongguk. “Kenapa diorang semua lari macam nampak hantu lepas cakap dengan aku?” kata Yongguk. Dia mula berasa hairan. “Mestilah diorang takut dengan awak. Awak kan abang kepada Moon Jongup yang merupakan pelajar yang paling dibenci dalam sekolah ni. Memang pelik sebab kau tiba-tiba nak cari orang yang kau benci. Kan?” kata Youngjae.

 

“Betul jugak cakap kau tu. Semenjak dua menjak ni aku tak tau apa yang dah jadi kat aku. Perasaan benci aku kat si Jongup tu mula hilang sedikit demi sedikit. Aku rasa aku dah gila,” kata Yongguk. “Baguslah kalau macam tu. Lagipun, Jongup tu kan adik awak. Lama-kelamaan awak akan dapat terima Jongup,” kata Youngjae. “Betul jugak tu... Aku memang bodoh selama ni...,” kata Yongguk. Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan datang ke arah mereka berdua.

 

“Awak berdua cari Moon Jongup ke?” soalnya. “Ne, awak tau dia kat mana?” soal Youngjae. “Saya nampak Zelo pukul dia tadi. Lepas tu, Zelo suruh pengawal dia bawa Jongup masuk dalam kereta dia. Saya tak tau apa jadi seterusnya sebab kereta tu berlalu. Mungkin dia ada kat rumah Zelo sekarang,” terang pelajar tersebut. “Boleh kau bagitau alamat rumah Zelo tu???” soal Yongguk. “Ne,” balas pelajar tersebut.

 

 

 

 


Memandangkan aq ni pemalas bebeno, aq akan hiatuskan cite ni ._.  Lepas aq siapkan cite They Are Vampire?!, baru aq akan update balik cite ni~ okay? :3 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^