Evidence 25

I'm A Psycho

“Yori, Jongup dah angkat ke?” soal Youngjae sambil perlahan-lahan menuju ke arah adiknya itu. Dia berasa amat terkejut setelah terlihat adiknya sedang terduduk di atas lantai. “Yori ah, gwaenchanha???” soal Youngjae sambil menggoncang badan adiknya itu. Air mata Yori mengalir makin deras setelah melihat abangnya. “Oppa... Mian... Mian...,” kata Yori berulang-ulang kali. “Wae? Yori tak buat salah pun...,” kata Youngjae sambil mengesat air mata Yori.

 

“Jongup oppa... Dia... Dia benci Yori... Tadi, dia marah-marah Yori lepas tu dia terus putuskan panggilan...,” terang Yori sambil memeluk erat tubuh Youngjae. “Gwaenchanha... Mungkin Jongup marah sebab masa tu dia tengah sibuk kot... Dah lah, kamu janganlah fikir benda yang bukan-bukan lagi. Dia takkan benci kamu. Dia takkan... Takkan...,”kata Youngjae. Kini, hati Yori mula tenang sedikit setelah mendengar kata-kata Youngjae sebentar tadi.

 

Tapi, betul ke Jongup rasa macam tu? Persoalan tersebut mula bermain di mindanya. Dia cuba berfikiran positif dan cuba setuju akan kata-kata Youngjae itu. “Oppa, gomawo~ Sebab oppa, saya dah rasa tenang sikit,” luah Yori sambil melepaskan pelukan tadi. “Perkara biasa je ni~ Tak payah berterima kasih sangat pun...,” kata Youngjae. “Bukan... Benda ni bukan perkara biasa...,” getus hati Yori. Dia tersenyum manis ke arah Youngjae.

 

*****

 

“Tuan, boleh saya masuk?” soal Daehyun sambil mengetuk pintu bilik Lee Ji Oh iaitu tuannya beberapa kali. “Masuklah,” balasnya. Daehyun segera masuk ke dalam bilik tersebut. Kemudian, diserahkannya dokumen yang diterima olehnya itu kepada Ji Oh semula. “Hmm?” kata Ji Oh. “Tuan! Kes ni tak betul sama sekali. Suspek tak bunuh abang dia sendiri! Suspek ni tak bersalah!” kata Daehyun dengan muka serius.

 

“Kejap! Kejap! Boleh kamu terangkan dengan lebih terperinci tak? Saya tak berapa faham,” katanya. “Kes yang tuan bagi saya hari tu... Kes ni patut ditutup sebab suspek tak bersalah! Dia tak bunuh abang dia! Abang dia masih hidup!” terang Daehyun. Ji Oh menyemak dokumen yang diberinya tadi kemudian dia memandang ke arah Daehyun. “Jadi, siapa abang dia?” soalnya. “Saya!” balas Daehyun.

 

Dahi Ji Oh mula berkerut dan dia berkata, “Awak?” Daehyun menganggukkan kepalanya beberapa kali. Ji Oh menarik nafas lega. “Baguslah kalau budak ni tak bersalah. Lagipun, saya tengok muka budak ni nampak baik je. Memang mustahil pun kalau dia buat semua ni, kan?” kata Ji Oh. “Be... Betul tu...,” balas Daehyun sedikit perlahan. “Jadi maknanya mayat yang ada kat rumah budak tu bukanlah mayat abang dia. Jadi, itu mayat siapa???” kata Ji Oh. “Mung... Mungkin itu mayat orang lain. Lagipun, tengoklah~ Saya masih ada kat sini. Abang dia, Moon Daehyun!” kata Daehyun.

 

Ji Oh tersenyum. “Ya~ Saya tau tu. Dan saya tau awak tengah gembira sangat-sangat sekarang ni sebab adik awak tak bersalah,” kata Ji Oh. Daehyun terangguk-angguk sambil tersenyum manis. “Kalau macam tu, saya keluar dulu ye?” pinta Daehyun. Ji Oh hanya membenarkan Daehyun pergi. Daehyun segera keluar dari situ dan menutup semula pintu bilik tersebut. Tangannya terketar-ketar sekarang. Mengapa? Sebab tadi dia takut sangat-sangat kalau cadangan dia tu tak berhasil. Tapi, sekarang ni dia memang betul-betul tak percaya yang Ji Oh percaya cakap dia.

 

“Haha... Haha!!!” gelak Daehyun kemudian dia segera pulang ke rumahnya. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang. Entah kenapa dia rasa macam nak gelak je kat situ. Tapi, dia terpaksa tahan sebab kat situ ramai orang. Setelah sampai di rumahnya, Daehyun segera menuju ke arah Jongup. “Jongup ah!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Daehyun. Jongup yang berasa agak terkejut dengan suara Daehyun yang agak kuat itu segera memandang ke arahnya.

 

“Wae, hyung?” soal Jongup. “Kamu... Kamu dah dianggap tak bersalah!!!! Kamu bebas!!!” jeritnya lagi. “Jinjja???!!!” soal Jongup. Senyuman mula terukir di bibirnya. Daehyun mengangguk laju. Jongup segera memeluk erat tubuh abangnya itu sambil menjerit-jerit tanda gembira. Yongguk yang telah melihat aksi Daehyun dan Jongup itu turut tersenyum. Tetapi terukir di dalam hatinya perasaan iri hati. “Jongup, kau dah tak perlukan aku lagi, kan??? Kau hanya perlukan Daehyun je kan, sekarang ni???” getus hati Yongguk. Dia mengeluh kemudian tersenyum sedikit.

 

Ketika Yongguk ingin berlalu dari situ dia terdengar Daehyun berkata, “Cadangan kita berjaya!!! Tapi, hyung betul-betul tak sangka yang dia percaya dengan tipu helah kita ni! Ahahahahaha!!! Lawaklah pulak~ Sakit perut hyung asyik gelak je!” Yongguk terkedu. “Ti... Tipu helah???” getus hati Yongguk. Dia menyorok sedikit dari mereka agar kelibatnya tidak kelihatan. Perbualan diantara Jongup dan Daehyun mula dia dengari.

 

“Betul tu~ Saya pun tak percaya. Saya ingat takkan berhasil tadi...,” kata Jongup pula. “Betul tu~ Tapi, mungkin ini balasan kat Taehyung jugak... Dulu dia selalu buli Jongup, kan? Inilah balasan dia! Kematian dia takkan ada siapa yang tau... Ahahahahahaha!” kata Daehyun. Darah Yongguk mula berderau. “Jadi, betullah yang Jongup bunuh orang??? Taehyung... Siapa dia???” getus hatinya lagi. “Ah! Saya lupa yang Yongguk hyung ada kat sini. Baik kita cakap perlahan sikit. Nanti dia dengar...,” kata Jongup sedikit perlahan. Tetapi, suaranya masih boleh Yongguk dengari.

 

“Yongguk hyung!!! Awak kat mana???” jerit Daehyun. Yongguk segera menekup mulutnya. Kalau dia bagitau mereka bahawa dia dah dengar pasal tu, mesti dia akan dibunuh jugak. Jadi, Yongguk buat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. “Macam mana ni??? Aku nak bagitau siapa??? Kalau bagitau kat Lee Ji Oh tu memang dia takkan percaya punya cakap orang biasa macam aku ni! Tunggu... Ya! Dia masih ada! Youngjae! Youngjae!!! Aku kena bagitau dia!” getus Yongguk.

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^