Evidence 03

I'm A Psycho

Kini, Jongup  terkedu. Apa yang dia nak tanya? Memang Jongup tak tau. “Awak duduk sini dulu. Janganlah takut. Saya tak makan orang,” kata Youngjae. Jongup hanya akur lalu duduk di sebelah Youngjae. “Bang Yongguk-sshi,” kata Youngjae. “Ne?” soal Yongguk. “Boleh tak awak biarkan kami berdua sekejap?” soal Youngjae. “Ah, arasseo! Aku pergi dulu,” kata Yongguk lalu dia segera pergi ke biliknya. “Jadi, apa yang awak nak tanya saya?” soal Jongup. “Sebenarnya...ada satu je benda yang saya nak tau dari awak. Awak ada abang kan?” kata Youngjae.

 

Jongup mengangguk. Memang dia ada abang, Moon Daehyun. “Saya dengar sekarang ni awak dah tak jumpa abang awak lagi? Kenapa?” soal Youngjae. “Hyung...lari dari rumah masa umur saya 10 tahun. Sampai sekarang, saya tak tau dia ada kat mana. Saya nak sangat jumpa dia. Saya... Saya rindu dia... Hyung...,” terang Jongup sambil menangis teresak-esak. Jongup memang tak boleh terima kenyataan yang abangnya dah hilang. Dia nak sangat jumpa abang dia semula.

 

“Tapi, saya ada dengar khabar angin yang mengatakan sebenarnya awak bunuh abang awak sendiri. Betul ke???” soal Youngjae serius. Jongup mula berhenti menangis kemudian dia berkata, “Seolma... Sape yang sanggup bunuh abang dia sendiri?! Saya takkan buat camtu! Saya sayang abang saya. Saya takkan bunuh dia!” kata Jongup. “Arasseo. Jadi semua ni hanyalah khabar angin rupanya. Dah lah ya, awak jangan risau. Saya akan tolong awak cari abang awak tu,” kata Youngjae. Kepala Jongup diusap lembut. “Jinjja?! Gomawoyo, hyung!” kata Jongup sambil tersenyum riang.

 

Youngjae tak puas hati. Dia tau Jongup sorokkan sesuatu dari dia. Tapi apa??? Betul ke dia tak bunuh abang dia? Jadi, kenapa diorang semua buat fitnah pasal benda ni? Youngjae makin ligat memikirkan tentang hal ini. Setelah sesi perbincangan bersama Jongup tamat, Youngjae meminta diri untuk pulang. Dia sempat menyerahkan nombornya kepada Jongup. “Kalau ada apa-apa yang terjadi, call saya tau?” kata Youngjae. Jongup tersenyum manis sambil mengangguk tanda setuju. “Saya akan call hyung nanti. Pasti...,” kata Jongup. Youngjae hanya tersenyum mendengar kata-katanya.

 

Youngjae pun berlalu pergi dari rumah tersebut. Soalan Youngjae tadi masih bermain di fikiran Jongup. “Aku...bunuh Daehyun hyung???” getus hati Jongup. Tidak lama kemudian, Yongguk keluar dari biliknya. “Akhirnya balik jugak si detektif tak guna tu. Ya, apa dia tanya kau, hah?” soal Yongguk kepada Jongup. “Takde pape... Tak penting sangat pun...,” kata Jongup sambil tersenyum ke arah Yongguk. “Dah! Dah! Kau dah sihat kan? Pergi sambung kerja kau balik, faham?!” kata Yongguk sambil membaling bajunya yang hendak dibasuh ke arah Jongup.

 

“Ne, hyung,” kata Jongup. Kemudian, Jongup pun segera menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Walaupun dia letih, kerja tersebut masih dia teruskan. Dia tak nak susahkan Yongguk lagi. Dia takkan... Setelah selesai membasuh semua baju Yongguk, Jongup baring di atas sofa buat sementara waktu. Dia rasa penat sangat. Dah lah dia masih tak makan lagi. Tiba-tiba, Yongguk muncul dan berkata, “Kau pergi kedai sekarang. Pergi beli makanan. Aku lapar ni. Makanan semua dah habis,” kata Yongguk. “Tapi, saya penatlah hyung... Bagilah saya rehat kejap, boleh?” soal Jongup. Memang Jongup tak tipu. Dia penat sangat sekarang ni.

 

“Kau jangan nak merungut! Kau pergi sekarang!!!” marah Yongguk. “Tapi...,” kata Jongup. “Takde tapi tapi! Kau pergi sekarang!!!” marah Yongguk lagi. “Ne...,” balas Jongup. Akhirnya, Jongup terpaksa akur dengan arahannya. Dia rasa bersalah terhadap Yongguk. Dia tak sepatutnya buat Yongguk marah tadi. Jongup segera mencapai jaketnya dan keluar untuk membeli makanan. Nak buat macam mana? Dah dia terpaksa. Kalau dia tak beli, memang mati kelaparan lah dia sekarang ni. Semua orang yang lalu-lalang di situ mula berbisik sesama sendiri.

 

Eh? Tu bukan anak dari keluarga Bang tu ke? Dia buat apa kat sini? Biarkan dia... Dia cuma anak angkat keluarga tu je. Dia tu cuma pendatang asing kat keluarga tu! Dengar khabar, Encik Bang kutip dia dari rumah kosong yang terbiar tu. Betul ke? Jongup hanya membiarkan kata-kata mereka. Jongup dah malas nak layan orang macam mereka. Kalau dilayan, memang teruk padahnya. Nanti, nama baik keluarga Bang tercemar pulak. Jadi, Jongup hanya mendiamkan diri.

 

Setelah sampai, Jongup segera mengambil barang dan makanan yang dipesan oleh Yongguk tadi. Seperti biasa, kutukan dari orang sekeliling mengenainya masih lagi kedengaran. Jongup pula masih membisu. Setelah selesai membeli semua benda, Jongup singgah di sebuah kafe sebentar kerana dia rasa lapar sangat sekarang ni. Maklumlah, dari tadi lagi dia tak dapat makan. “Saya nak yang ni dan jugak yang ni,” kata Jongup kepada pelayan di situ. “Ne,” balas pelayan tersebut.

 

Jongup memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba, dia teringat kisah silam yang berlaku terhadapnya. Segala penderitaan yang berlaku setelah Daehyun lari dari rumah. ‘Daehyun tu dah tak sayangkan kau lagi... Sebab tu dia lari dari rumah. Kau tu cuma sampah bagi dia!’ “Encik,” kata pelayan itu. Jongup tersedar dari lamunannya sebentar tadi. “Ah, ne. Ne!,” kata Jongup kemudian dia makan makanan yang dipesannya sebentar tadi. Seketika kemudian, dia terhenti.

 

“Betul ke hyung lari rumah sebab hyung bencikan saya? Saya nak tau...,” getus hati Jongup. Jongup menggeleng-geleng kepalanya dan dia makan semula makanan yang terhidang sebentar tadi. Air matanya tiba-tiba jatuh. “Hyung..... Saya rindu hyung. Saya takkan buat Yongguk hyung bencikan saya macam mana saya buat hyung bencikan saya. Saya akan dengar semua arahan Yongguk hyung. Saya takkan buat dia marah lagi. Saya janji!” getusnya lagi.

 

*****

 

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5 petang. Tapi, Jongup masih belum pulang. Yongguk mula berasa marah. “Budak ni memang nak kena! Dia tau tak yang aku tengah lapar sekarang ni? Kalau dah tau, nape masih nak lambat balik lagi ni??? Budak ni sengaja je! Siaplah kau kalau kau dah balik nanti!” kata Yongguk.

 

 


Akhirnye, aq dh buat cover baru X'3 Ok x? *^* Sile beri pendapat anda :3 Btw, tolong kritik(?) chapter ni gak tau~ And jangan risau... Yongguk takkan bunuh Jongup :3  (Tak tanye pun XD) ._.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^