Evidence 26

I'm A Psycho

Youngjae memandang ke arah tingkap. Hujan turun makin lebat menutupi permukaan jalan raya. Entah mengapa ketika itu dia rasa seperti tidak sedap hati. Mengapa? Youngjae tidak pasti. Dia bercadang untuk menelefon adiknya tetapi dia membatalkan hasrat tersebut. Dia dah tak sanggup nak  ganggu Yori lagi. Selama ini, Yori sentiasa ada bersama Youngjae. Demi abangnya itu, Yori sanggup berjaga malam hanya untuk memerhati keadaan Youngjae.

 

Hari ini, Youngjae telah menyuruh Yori tinggal di rumah sahaja memandangkan keadaan Youngjae sudah semakin stabil dan juga dia akan dikeluarkan dari dospital tersebut beberapa hari lagi. Tiba-tiba, satu suara kedengaran, “Yoo Youngjae!!!!!” Youngjae terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia segera memandang ke arah pemilik suara tersebut dan bertanya, “Awak... siapa?” “Ini akulah! Aku! Bang Yongguk! Kau ingat tak???” kata Yongguk.

 

Youngjae menggelengkan kepalanya. “Saya tak kenal awak. Tapi, nama awak macam saya pernah dengar,” katanya. “Kau dah tak ingat kat aku lagi ke? Kau ingat tak, dulu kau selalu datang rumah aku sebab nak siasat Jongup. Kau ingat?!” soal Yongguk bertubi-tubi. “Siasat Jongup? Buat apa saya nak siasat dia? Dia ada buat salah ke?” soal Youngjae pula. Yongguk mengeluh kemudian dia berkata dengan nada perlahan, “Jongup... Dia bunuh abang dia sendiri. Kau tak ingat?”

 

Jantung Youngjae mula berdegup kencang setelah mendengar kata-kata Yongguk. Dia rasa seperti pernah terdengar akan kes sebegitu. Youngjae menggeleng-gelengkan kepalanya kemudian dia berkata, “Seolma... Seolma... Jongup tak bunuh orang. Tapi... Tapi... hati aku tak cakap camtu. Cuma diri aku je yang cakap camtu,” getus hati Youngjae. Kepalanya mula berasa sakit kemudian dia menjerit sekuat hati.

 

“Ya! Neo gwaenchanha???” soal Yongguk. Dia segera  memanggil doktor yang berada berdekatan di situ agar memeriksa keadaan Youngjae. Doktor tersebut mula memeriksa Youngjae. “Maafkan saya, awak ada cakap sesuatu kat die ke?” soal doktor tersebut kepada Yongguk. Yongguk hanya menganggukkan kepalanya sedikit. “Pergi! Pergi dari sini!!! Kau penipu! Jongup tak buat mcam tu!!!” jerit Youngjae kepada Yongguk.

 

Yongguk agak terkilan selepas mendengar kata-kata Youngjae. Dia sangka Youngjae akan ingat semula apa yang telah berlaku sekiranya dia bagitau kepadanya apa yang telah berlaku kepada Jongup sebelum ini. Namun, semuanya hampa. Bukan senang untuk mengembalikan ingatan Youngjae semula. “Saya rasa awak patut balik dulu...,” kata doktor tersebut. Yongguk mengeluh dan dia segera keluar dari situ.

 

Setelah melangkah keluar dari bilik tersebut, hatinya mula berdebar. Apa yang patut dia buat sekarang? Siapa lagi yang patut dia bagitau akan kebenaran ini? Yongguk menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali kemudian dia berlalu pergi dari situ. Nampaknya, dia terpaksa pendamkan perkara tersebut dahulu dan tunggu sehingga ingatan Youngjae pulih semula. Langkahnya tiba-tiba terhenti.

 

“Aku takut nak balik rumah... Kalau diorang dapat tau bahawa aku dah tau apa yang berlaku semuanya, memang dah sah aku pun kena bunuh sekali!” getus hatinya. Tiba-tiba, telefon bimbit Yongguk berbunyi. “Jongup???” kata Yongguk setelah melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya itu. “Yeo... Yeoboseyo?” soal Yongguk dengan nada yang agak gagap. “Kenapa ni hyung? Suara hyung perlahan. Selalunya bukan main kuat,” kata Jongup pula.

 

“Itu sebab tekak hyung sakit sekarang ni...,” balas Yongguk. “Oh~ Bila hyung nak balik? Dah malam ni,” kata Jongup. “Mianhae, Jongup ah... Hari ni hyung kena balik rumah hyung semula sebab ada hal sikit,” balas Yongguk. Dia harap sangat Jongup percaya kan tipu helahnya itu. “Oh, okay... Jangan lama sangat tau. Nanti saya rindu~” balas Jongup dengan perasaan yang sangat gembira. “Ne~” kata Yongguk kemudian dia segera memutuskan panggilan tersebut.

 

Jantung Yongguk mula berdegup kencang. Sememangnya dia takut sangat tadi jika tipu helahnya itu tidak dipercayai oleh Jongup. Yongguk amat bertuah hari ini. Dia pun segera pulang ke rumahnya semula. Setelah sampai, Yongguk terkejut melihat lampu rumanya itu terbuka. “Aku lupa tutup lampu ke sebelum ni?” getus hati Yongguk. Tiba-tiba, suatu suara kedengaran, “Yongguk ah!” Yongguk memandang ke belakang dan berkata, “Appa???”

 

*****

 

“Macam mana?” soal Daehyun. “Yongguk hyung terpaksa balik ke rumah dia sebab katanya ada hal sikit,” kata Jongup kemudian dia mengeluh. “Kenapa mengeluh?” soal Daehyun lagi. Jongup memandang tepat ke arah abangnya kemudian dia mengeluh sekali lagi. Daehyun semakin kehairanan.  “Ah! Wae?” kata Daehyun dengan nada yang agak tinggi. “Walau apapun, Yongguk tetap abang saya. Kalau sehari tak jumpa dia, dah memang buat hati saya tak keruan,” luah Jongup.

 

Daehyun tersenyum kemudian dia mengusap rambut adiknya itu. “Janganlah sedih... Hyung kan ada kat sini,” kata Daehyun. Dia memgang bau Jongup dan memandang tepat ke arah matanya. “Jadi, kamu senyumlah sikit. Janganlah masam je,” sambungnya lagi. Jongup tersenyum selepas mendengar kata-kata semangat daripada Daehyun. “Betul tu. Lagipun kalau Yongguk hyung takde, takdelah rahsia kita terbongkar nanti,” kata Jongup pula.

 

Jauh di dalam sudut hati Jongup, entah kenapa dia rasa sekarang ni Yongguk nampak macam lebih penting dari abang kandungya sendiri, Daehyun. Memang betul dia dah jumpa abaangnya yang telah sekian lama menghilang tetapi dia tidak mahu Yongguk juga menghilang seperti Daehyun sebelum ini. Fikiran Jongup mula kusut memikirkan hal ini. Akhirnya, dia hanya membiarkan perkara tersebut dan segera masuk ke dalam biliknya.

 

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^