Evidence 18

I'm A Psycho

Telefon bimbit Jongup berdering sekali lagi. Masuk kali ni, dah lima belas kali Yori menghantar mesej kepada Jongup. Tapi, satu pun dia tak balas. Bukannya apa cuma Jongup malas nak balas mesej Yori tu. Apa yang dia tulis bukannya penting sangat pun. ‘Oppa? Eodiya?’ ‘Oppa dah sampai?’ ‘Saya dah lama sampai. Mana oppa pergi?’ ‘Bila oppa nak sampai?’ ‘Palli~ Cepat temankan saya...’ ‘Oppa?’ ‘Kenapa oppa tak balas mesej saya?’

 

Itulah apa yang dihantar kepada Jongup. Memang Jongup cadang nak balas tapi lepas tengok dia dari tadi tak berhenti hantar mesej, terus Jongup putuskan niat tersebut. Tidak lama kemudian, telefon bimbit Jongup berbunyi sekali lagi. Kali ini panggilan pula. Dari siapa? Siapa lagi kalau bukan Yori. Jongup segera menutup telefonnya. Memang rimas. Jongup tak suka semua tu. Setelah agak lama berjalan, akhirnya Jongup sampai di hospital.

 

Setelah bertanya kepada jururawat yang berada di situ, Jongup segera menuju ke wad Youngjae. Jongup membuka pintu. “Oppa!” kata Yori dengan mata yang sedang berair. Jongup agak terkejut melihat Yori. Yori segera pergi ke arah Jongup dan ingin memeluknya tetapi Jongup menepis pelukan tersebut. Yori agak terkejut dengan tindakan Jongup itu. “Mianhae... tadi kredit telefon bimbit saya dah habis... Lepas tu bateri pulak buat hal...,” terang Jongup sambil membuat riak muka sedih.

 

Yori tersenyum kemudian berkata, “Patutlah oppa tak balas mesej saya tadi. Saya risau tau! Saya ingat ada sesuatu berlaku kat oppa...,” kata Yori. “Kenapa Yori nak risau pasal saya pulak?” soal Jongup. “Babo! Sebab saya sukakan oppa!!!” jerit Yori. Yori terkejut mendengar kata-katanya tadi. Mukanya mula bertukar menjadi merah padam. “Apa aku dah cakap tadi???” getus hati Yori. “A... Ani! Saya... Saya... Bukan itu maksud saya... Saya nak keluar kejap!” kata Yori kemudian dia segera keluar dari bilik tersebut.

 

Jongup hanya memerhati Yori. Jongup nak pastikan yang Yori tu betul-betul pergi atau tidak. Setelah pasti bahawa Yori telah pergi, Jongup segera menuju ke arah Youngjae. Wajah lelaki itu dipandangnya dengan rasa tidak puas hati. “Kenapa kau tak mati lagi???” getus hati Jongup. Sememangnya dia nak bunuh Youngjae kat situ tapi disebabkan kat situ ada ramai orang, dia terpaksa membatalkan niatnya itu.

 

Jongup cuba buat seperti biasa. Dia duduk di kerusi yang ada di tepi katil itu. Tangan Youngjae diusap lembut. Entah kenapa tiba-tiba hatinya jadi lembut. Dia teringat akan abangnya itu, Daehyun. Masa kecil, Daehyun selalu jaga Jongup kalau dia sakit. Jongup suka detik tersebut. Dia nak jadi macam dulu di mana ketika itu dia dan Daehyun hidup aman bersama-sama. ‘Daehyun tu dah tak sayangkan kau lagi... Sebab tu dia lari dari rumah. Kau tu cuma sampah bagi dia!’

 

Jongup terkedu selepas teringat kembali kata-kata itu. Dia berdiri. Wajah Youngjae ditatap. Dia ingin mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluarnya tetapi tiba-tiba satu suara kedengaran, “Oppa!” Jongup menoleh ke arah suara tersebut. “Ah! Yori ah,” kata Jongup. Pisau tadi diletakkan semula ke dalam poket seluarnya. Kalau Yori nampak apa  yang dia buat tadi, memang terbongkar segalanya. Ketika itu fikiran Jongup terlintas akan rancangannya semalam.

 

“Yori ah...,” kata Jongup sedikit perlahan. Dia menatap wajah Yori. “Wae?” soal Yori. Mukanya mula bertukar merah padam sebab Jongup berdiri terlalu dekat dengannya. “Pasal tadi tu... Oppa pun suka kat Yori...,” luah Jongup. Yori terpaku kemudian dia memandang tepat ke arah mata Jongup. “Jinjja?!” soal Yori. Jongup mengangguk. Air jernih mula menitis dari mata Yori. Dia berasa amat gembira. Dia menundukkan kepalanya kerana dia tidak mahu Jongup melihatnya menangis.

 

Jongup tersenyum sinis. Rancangannya berhasil! Memang ini yang dia nak. Memang ini! Jongup memujuk Yori agar berhenti menangis tetapi dia masih tidak berhenti. Bagi Yori, dapat dengar Jongup cakap macam tu hanyalah akan terjadi di dalam mimpi. Memang dia tak sangka langsung Jongup akan cakap macam tu. Jongup tersenyum sinis sekali lagi. Dia cuba tahan gelak. Sememangnya dia nak sangat gelak dekat situ.

 

*****

 

“Jongup, macam mana keadaan Youngjae?” soal Yongguk kepada Jongup yang baru sahaja pulang. “Okey je. Tak teruk sangat cuma peluang untuk dia bangun masih tipis,” kata Jongup. Yongguk mengeluh mengenangkan nasib Youngjae. Walaupun Youngjae cuba nak bunuh Jongup, Youngjae tetap kawan dia. Malahan, Yongguk masih tidak percaya bahawa Youngjae sanggup berbuat sedemikian.

 

“Hyung okey?” soal Jongup setelah terlihat Yongguk asyik termenung dari tadi. “Okey je,” kata Yongguk sambil mengukir senyuman palsu. Kemudian dia segera masuk ke dalam biliknya. Jongup hanya memerhati langkah Yongguk. Dia rasa tak sedap hati. Dia takut Yongguk dapat tau perkara sebenar. Kalau Yongguk tau, segalanya akan berakhir. Jongup cuba menenangkan dirinya. Dia segera masuk ke dalam biliknya.

 

Dia mengunci pintu kemudian segera membuka komputernya. Apa yang dia nak buat? Dia nak selidik pasal Yoo Youngjae... Itu tujuan dia! Dia nak korek semua rahsia Youngjae kemudian Jongup akan bunuh dia. Memandangkan Youngjae seorang detektif yang terkenal memang senang nak cari maklumat pasal dia dekat internet. “Dah jumpa!” kata Jongup.  Sedang asyik membaca biodata Youngjae, Jongup ternampak sesuatu. “Detektif baru?” katanya. Dia segera melihat biodata detektif baru itu. Matanya membulat. Dia seakan-akan bermimpi. “Dia ni...,” kata Jongup.

 

 

 

 


Sorry sesangat sebab lama dah x update >< Kebelakangan ni  asyik sibuk and x de masa nak update ff ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^