Evidence 29

I'm A Psycho

Youngjae memandang sekeliling rumah tersebut. Manalah tau kalau dia ada dapat jumpa sesuatu. Setelah dilihat beberapa kali, tiada apa-apa yang dapat dijumpainya. “Hyung?” tegur Jongup. Youngjae berasa agak terkejut dengan teguran Jongup itu. “Wae?” soal Youngjae sambil memandang ke arah Jongup. “Sebenarnya sa-,” kata-kata Jongup terhenti di situ kerana tiba-tiba Daehyun mencelah, “Jongup! Tolong hyung basuh pinggan-pinggan ni kejap. Hyung  nak pergi kedai beli makanan jap untuk Youngjae.”

 

“Ne~” kata Jongup. Dia segera bangun dan ingin menuju ke dapur. Daehyun segera keluar dari rumah tersebut dan terus pergi ke kedai yang berdekatan. Akibat bosan, Youngjae pun pergi ke dapur untuk menolong Jongup membasuh pinggan. “Jongup, boleh saya tolong?” soal Youngjae. “Saya dah agak mesti hyung akan tolong. Hyung memang tak pernah berubah,” kata Jongup. Youngjae pun segera membasuh pinggan-pinggan yang ada di situ. Dia melihat ke arah Jongup.

 

Dia berasa agak tak sedap hati ketika itu setelah melihat apa yang Jongup sedang basuh. “Jongup, biar hyung basuh pisau tu. Kamu basuh jelah pinggan-pinggan ni. Pisau tu bahaya sikit,” kata Youngjae. “Tak pelah, hyung. Saya dah biasa basuh pisau ni. Lagipun, saya takkan biarkan hyung basuh pisau ni. Nanti hyung cedera pulak,” kata Jongup pula. Youngjae hanya mengangguk dan dia segera membasuh semula pinggan-pinggan itu.

 

“Hyung, saya rasa pelik la,” kata Jongup tiba-tiba. Youngjae mula berasa tak sedap hati. “Wae?” soalnya. “Kenapa hyung tak bawa Yori sekali dengan oppa masuk nak pergi sini?” kata Jongup. “Yori tak sihat jadi saya malas nk bawa dia,” terang Youngjae. Dia cuba menenangkan dirinya. “Jinjja? Saya ingat hyung tak bawa dia sebab tak nak libatkan dia dalam kes ni dan tak nak dia cedera,” kata Jongup. Youngjae terpaku. “Jongup dah tau ke???” getus hatinya.

 

“Kes? Bahaya apa?” soal Youngjae. Dia cuba pura-pura tak tau. “Ah ye! Kenapa tak bawa Yongguk hyung sekali ke rumah Daehyun hyung ni?” soal Jongup. “Yongguk? Siapa tu?” kata Youngjae. “Hyung, berhenti berlakon lah. Hyung dah ingat semula, kan?” kata Jongup. Kini, Youngjae terekedu. “Macam mana dia tau???” getus hati Youngjae. Jongup tersenyum sinis. Ternyata senyuman tersebut telah membuatkan Youngjae berasa amat takut.

 

“Selain saya, hanya Yongguk hyung dengan Ji Oh sunbaenim je yang tau rumah Daehyun hyung,” sambung Jongup lagi. Pisau yang dibasuhnya tadi dibelek-beleknya beberapa kali. “Jadi, mustahil kalau Yori atau hyung boleh tau rumah Daehyun hyung ni kat mana. Mungkin hyung ada tanya Yongguk hyung atau Ji Oh sunbaenim, kan?” kata Jongup. Dia meletakkan semula pisau tersebut kemudian dia membasuh pisau yang lain pula.

 

“Dan mungkin jugak Ji Oh sunbaenim yang bawa hyung kat sini. Dia tengah ada kat luar tak jauh dari rumah ni kan? Dia saja letak kereta jauh dari rumah ni sebab tak nak saya nampak, kan? Lepas tu, hyung tak nak dia masuk sekali sebab hyung masih nak berpura-pura hilang ingatan, kan?” sambungnya lagi. Youngjae tergamam. Ternyata betul semua yang Jongup cakapkan. Youngjae dah tak mampu balas lagi kata-katanya itu. Die berasa amat menyesal sebab tak bawa Yongguk sekali tadi.

 

“Kenapa diam?” soal  Jongup. “Hahahahaha! Kau memang hebat, Jongup. Tapi, sehebat mana pun kau, aku takkan biarkan kau terlepas lagi kali ni! Aku dah suruh Ji Oh call polis tadi. Jadi, kau pasti takkan terlepas lagi kali ni!” kata Youngjae. Tiba-tiba, Jongup tergelak besar. “Aku? Kena tangkap??? Ahahahahahah! Jangan nak buat lawaklah! Benda tu takkan terjadi sebab tujuan Daehyun hyung keluar tadi ialah untuk belasah Ji Oh tu!!! Dia takkan sempat telefon polis! Takkan!!!” jerit Jongup. Dia mengambil sebilah pisau yang ada di situ.

 

Youngjae segera mengeluarkan pistol dari poket bajunya. Dia mengahalakan pisau tersebut ke arah Jongup. Tetapi, Jongup bertindak lebih pantas daripada apa yang disangka. Dia menyepak pistol tersebut. “Camne sekarang? Apa kau nak buat?” soal Jongup. Youngjae ingin mengambil pistol itu semula tetapi tidak sempat kerana Jongup telah menikam kakinya. Jongup menutup mulut Youngjae agar jeritannya itu tidak didengari oleh sesiapa.

 

Nafas Youngjae mula tercungap-cungap. Sakitnya ditikam buat kali kedua. “Sememangnya aku dah buat keputusan yang salah. Aku sepatutnya bawak Ji Oh sekali masuk dalam rumah ni. Aku tak patut ambil ringan kata-kata Yongguk tadi,” getus Youngjae. “Kau takkan terlepas lagi dari aku hari ni, hyung~ Takkan terlepas. Takkan...,” kata Jongup. Dia tergelak besar sekali lagi. Tiba-tiba, pintu rumah tersebut dibuka. Jongup dan Youngjae berasa amat terkejut.

 

“Siapa tu???” soal Jongup dengan anda yang agak kasar. Setelah melihat siapa yang masuk ke rumah tersebut, Jongup terpaku. “Yongguk hyung?” soal Jongup. Yongguk tergamam melihat sebilah pisau telah tertikam di kaki kanan Youngjae. “Jongup ah... Kau buat semua ni? Betul ke???” soal Yongguk. “Hyung, jangan salah faham! Saya... cuma buat benda betul. Youngjae hyung ni jahat!” kata Jongup. “Jangan tertipu dengan dia, Yongguk hyung!!! Dia ni nak bunuh aku! Kau tak ingat ke apa yang dia dah buat sebelum nI? Dia bunuh abang die sendiri kot! Abang kandung dia!!!” jerit Youngjae.

 

“Tapi... Aku masih tak percaya semua ni...,” kata Yongguk. Air matanya mula mengalir. Dia keliru dan tak pasti nak percayakan siapa. “Hyung! Palli! Ambil pistol tu pastu tembak Youngjae ni! Dia jahat! Dia nak bunuh saya tadi! Hyung, percayalah kat saya!” jerit Jongup pula. “Jangan, Yongguk! Bunuh dia ni! Budak ni yang jahat! Kau jangan termakan dengan tipu helah dia tu! Yongguk hyung!!!” jerit Youngjae sekuat hati. Yongguk mengambil pistol tadi. Tangannya terketar-ketar. “Youngjae... atau Jongup???” getus hatinya. Dia menghalakan pistol tersebut ke arah mereka berdua. “Hyung!” kata Jongup. “Yongguk hyung!” kata Youngjae. Yongguk menarik nafasnya. “Jongup ah, mianhae...,” luah Yongguk.

 

BANG!!!

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^