Evidence 01

I'm A Psycho

“Kau lagi??? Kan aku dah cakap semalam yang aku dah tak nak tengok lagi muka kau, budak tak guna! Pergi mampus!!!” Perut Jongup ditumbuk. Sakitnya memang teramat sangat. Tapi, Jongup hanya berdiam diri membiarkan dirinya dipukul oleh pelajar tersebut. Kini, hilai tawa pelajar di dalam kelas tersebut mula kedengaran. Mereka semua memang berpuas hati tengok Jongup dibuli. Tapi, Jongup masih membisu. Begnya yang terjatuh di lantai tadi diambilnya semula. Lalu, dia segera menuju ke tempat duduknya.

 

Seperti biasa, meja Jongup memang penuh dengan contengan oleh pelajar kelas tersebut. Pergi mati la! Budak tak guna! Bodoh! Jangan muncul lagi kat dunia ni! Memang benda tu semua dah jadi rutin buat Jongup. Setiap hari, benda yang sama mereka lakukan kepada Jongup. Tapi, Jongup hanya mendiamkan diri. Semua pembulian ini tidak pernah Jongup adukan kepada guru. Kenapa? Semua ni arahan abangnya, Bang Yongguk.

 

*****

 

“Kau tak pernah nak balik awal ke? Kau tau tak kerja kau kat rumah ni punya la berlambak. Kau jangan nak tangguh pulak. Kau ingat aku tak tau? Kau sengaja je balik lambat sebab tak nak buat semua kerja kat rumah ni kan???” marah Yongguk. Jongup laju menggeleng. “Ani... Saya bukan sengaja. Tadi, saya balik lambat sebab cikgu suruh saya jumpa dia tadi. Jinjja! Mianhaeyo, hyung...,” kata Jongup. Apa yang Jongup katakan tadi memang benar. Seumur hidupnya, dia tak pernah menipu abangnya.

 

“Kau jangan nak bagi alasan kat aku, budak tak guna! Kau tau tak? Sejak dari hari pertama kau jejakkan kaki kau kat rumah aku ni, aku memang dah mula menyampah dengan kau. Kau tak layak berada dalam keluarga ni. Kalau ayah aku tak kutip kau, memang dah sah kau dah mati dah sekarang ni!” kata Yongguk lalu kolar baju Jongup ditarik kasar. “Mianhae, hyung... Saya tau saya hanya menyusahkan hidup hyung je semenjak saya muncul dalam hidup hyung. Mianhae...,” rayu Jongup. Air matanya mula jatuh.

 

“Oh~ Tau pun kau. Aku ingat kau masih tak tau yang kau ni dah banyak menyusahkan hidup aku. Kau dengar sini, Moon Jongup! Kau jangan sesekali mengaku yang aku ni abang kau! Aku takde adik! Arasseo?! Kau takde pertalian darah dengan aku langsung! So, kau jangan nak mengada-ngada cakap yang aku ni abang kau!” kata Yongguk lagi lalu perut Jongup ditumbuk. “Arasseo, hyung...,” kata Jongup. Ketika itu, Jongup rasa nak pengsan kat situ. Memang sakit gila rasanya lepas kena tumbuk. Tapi, Jongup tahan. Dia tak sanggup nak menyusahkan Yongguk lagi.

 

“Dah! Kau buat kerja kau sekarang. Kalau kau tak buat gak, aku halau kau dari rumah ni!” arah Yongguk kemudian dia berlalu dari situ. Seperti biasa Jongup membuat kerjanya, membersihkan seluruh kawasan rumah! Itulah apa yang Jongup buat tiap-tiap hari. Memang keluarga Bang ni ada upah orang gaji tetapi, semuanya Yongguk pecat sebab dia sengaja nak menyusahkan Jongup. Dia teramat benci dekat Jongup. Setelah ayahnya membawa Jongup ke rumahnya, perhatian ayahnya mula tertumpu ke arah Jongup. Dia lebih pentingkan Jongup dari Yongguk. Dia nak Jongup berjaya macam dia.

 

Keadaan ni memang buat Yongguk marah. Dia cuma nak kasih sayang yang sepenuhnya dari ayahnya memandangkan ibunya sudah meninggal dunia. Hanya ayahnya sahaja lah tempat Yongguk bergantung. Kalau ayah dia takde, dekat siapa lagi dia nak bermanja? Sebab tu lah Yongguk mula menyampah dengan Jongup. Ketika ayahnya tiada di rumah, Yongguk selalu buli Jongup. Pernah sekali Yongguk suruh Jongup terjun dari tingkap kat tingkat dua. Tapi, selamatlah ada orang nampak kejadian tu dan Jongup selamat.

 

Setelah tepat pukul 10:32, segala kerja Jongup selesai. Dia hanya dapat mengeluh. Dengan siapa lagi dia nak mengadu pasal semua ni? Kawan? Memang  taklah! Ayah Yongguk? Memang tak! Ayah Yongguk hanya percaya dekat Yongguk. Dia anggap Yongguk ialah seorang anak yang baik. Tak pernah menipu, selalu dengar nasihat orang lain dan dapat jaga adik dia, Jongup dengan elok. Tapi, sangkaan tu meleset. Takde satu pun yang betul.

 

Jongup segera menuju ke biliknya, bilik stor. Itulah tempat dia nak tidur. Memang Yongguk sengaja je bagi Jongup tidur kat situ. Memandangkan sudah lima tahun ayahnya tak balik ke rumah tu lagi, Yongguk bebas. Dia boleh buat segalanya. Kalau dia nak dera Jongup pun lagi la boleh. Bukan ayah dia nampak pun. Lagipun, Jongup takkan adukan perkara ni dekat ayah dia. Bukan tu je, dia jugak suruh semua pelajar kat sekolah dia untuk buli Jongup. Siapa yang ikut arahan dia, dapat upah. Siapa yang tak nak duit? Sebab tu lah semua pelajar kat sekolah tu sesuka hati je buli Jongup.

 

Jongup baring  di atas lantai. Memang dia rasa penat sangat hari ni. Kalau diikutkan hati, nak je dia lari dari rumah ni. Tapi kalau dia lari, dia nak pergi mana? Itulah persoalan yang bermain di fikiran Jongup. Sebab itulah Jongup tak pernah berniat untuk lari dari rumah tu. Lagipun, dia sayang Yongguk. Bila tengok Yongguk, dia teringat dekat abangnya dulu iaitu Moon Daehyun. Sama ada abangnya masih hidup atau mati, Jongup tak pasti. Sebab Daehyun lari dari rumah ketika dia masih berumur 10 tahun dan semenjak itu Jongup tidak dapat berhubung dengan abangnya lagi.

 

Dia cuma nak rapat dengan Yongguk. Jongup harap Yongguk dapat terima dia sebagai adik suatu hari nanti. Itu je apa yang Jongup harapkan. Dia pun nak kasih sayang jugak.  Dia bukannya takde hati. Bunyi rintisan hujan mula kedengaran. Jongup melihat keadaan di luar melalui tingkap yang berada di situ. “Dah lama tak hujan,” kata Jongup. Dia baring semula kemudian menyelimut seluruh tubuhnya. Tidak lama kemudian, dia tertidur...

 

 


Annyeong X3 My new fanfic... Sorry for the late update TT^TT But aq rase aq kan rosakkan cite ni jugak ._.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^