Evidence 19

I'm A Psycho

“Betul... Macam mana hyung tau ‘dia’ yang buat semua ni???” soal seorang lelaki kepada Youngjae. “Jadi, memang betul la ni, kan?” soal Youngjae. “Ya,” balas lelaki itu ringkas. “Kalau macam tu, saya pergi dulu,” kata Youngjae. “Jamkkan!” lelaki itu bersuara lagi. “Wae?” soal Youngjae. “Tolong tangkap ‘dia.’ Saya tau yang awak mesti boleh buat!” ucap lelaki itu. Youngjae hanya tersenyum ke arahnya kemudian dia berlalu meninggalkan lelaki tersebut.

 

*****

 

“Doktor macam mana keadaan abang saya???” kata satu suara. “Keadaan dia dah stabil. Dia dah bangun sekarang!” balas doktor itu. Bunyi tapak kaki mula kedengaran. Ianya menuju ke arah lelaki yang sedang terbaring itu, Yoo Youngjae. Air mata Yori mula menitis setelah terlihat mata abangnya itu terbuka luas. Yori segera memeluk abangnya itu. “Oppa! Bogosipda... Saya rasa gembira sangat sebab dapat jumpa oppa lagi,” luah Yori.

 

Youngjae hanya mendiamkan diri. Pelukan Yori juga tidak dibalas. Tiba-tiba, Youngjae menolak Yori. “Oppa... Wae???” soal Yori yang berasa terkejut ya amat. Kenapa abang dia sanggup buat macam tu? Itulah persoalan yang bermain di minda Yori. “Awak... Awak buat apa kat saya?!” marah Youngjae. “Oppa... Waegeurae?” soal Yori. Dia cuba memegang tangan Youngjae tetapi tangannya ditepis. “Jangan sentuh saya!Awak siapa, hah?! Budak tak guna!!!” marah Youngjae lagi.

 

Yori terkedu. Air mata kegembiraannya tadi mula bertukar menjadi air mata kesedihan. “Oppa... Apa maksud semua ni??? Oppa tak ingat ke? Saya Yori. Yoo Yori! Adik oppa!” kata Yori. “Jangan nak merepek! Saya tak kenal awak! Berambus!!!” marah Youngjae. Botol yang ada di situ dibalingnya ke arah Yori. Sememangnya tindakan Youngjae itu memberi impak besar kepada Yori. Dia tak bergerak dari tempat asal sejak tadi.

 

“Yoo Yori-sshi? Gwaenchanha?” soal seorang doktor  yang baru sahaja datang setelah terdengar jeritan Youngjae. Yori membisu. Dia macam dah tak boleh nak bercakap lagi dah. Dia harap semua ni mimpi. Mimpi! Tapi, semua tu mustahil. Apa yang dah berlaku tadi ialah realiti. Air mata Yori mula meleleh sekali lagi. “Yori-sshi... Saya rasa abang awak hilang ingatan,” kata doktor tersebut. Kini Yori bersuara, “Apa maksud doktor?”

 

“Awak ingat tak? Dia cedera sebab terhantuk dekat jaring besi, kan? Ada kemungkinan ingatannya hilang akibat hantukan tu,” terang doktor itu kepada Yori. Air matanya mengalir semakin deras. “Oppa...,” kata Yori. Disebabkan dia tidak dapat berhenti menangis, dia keluar dari wad tersebut dan segera mendail nombor telefon Jongup. Dia nak luahkan segalanya dekat Jongup. Itu je yang dapat buatkan dia rasa tenang walaupun sedikit.

 

*****

 

“Dia ni...,” kata Jongup. Dia membaca biodata lelaki tersebut sekali lagi. Memang Jongup tak salah! “Umur 18 tahun. Lahir pada 28 Jun 1993. Memang dia! Aku tak salah! Dia ni abang aku! Abang aku!!! Moon Daehyun!!!” kata Jongup. Dia berasa sungguh gembira setelah mendapati abangnya itu masih hidup. Selama ini, Jongup ingat abangnya sudah meninggal dunia. Tetapi, semua itu salah. Moon Daehyun masih hidup!

 

Dia segera keluar dari biliknya. Matanya ligat mencari kelibat Yongguk. “Hyung!!!” jerit Jongup kepada Yongguk. Yongguk berasa agak hairan dengan tindakan Jongup itu. Selalunya kalau Jongup nak cakap dengan dia, mesti dia cakap pelan-pelan je tapi entah kenapa hari ni tiba-tiba suara dia kuat. “Wae?” soalnya. “Abang saya! Abang saya! Abang saya!” kata Jongup sambil pantas menuju ke arah Yongguk.

 

“Abang kau?” soal Yongguk lagi. “Ne! Abang saya, Moon Daehyun!” kata Jongup. “Wae?” soalnya lagi. “Dia masih hidup! Dia masih hidup!!!” jerit Jongup. Tangan Yongguk digenggamnya sekuat hati kerana berasa teramat gembira ketika itu. Yongguk hanya tersenyum melihat gelagat Jongup tetapi hatinya terdetik, “Abang dia masih hidup... Maknanya khabar angin yang mengatakan Jongup dah bunuh abang dia tu salah, kan???”

 

“Hyung! Boleh teman saya?” soal Jongup. “Teman kau? Pergi mana?” kata Yongguk. “Pergi rumah abang saya, Daehyun! Saya tau alamat dia~,” kata Jongup. Memang susah bagi Yongguk untuk tolak permintaan Jongup tu. Akhirnya, dia terima juga. “Kalau macam tu... minggu depan boleh? Minggu ni hyung sibuk,” kata Yongguk kepada Jongup. Kepala Jongup diusap lembut. “Ne! Saya tak kisah bila. Asalkan saya dapat pergi!” kata Jongup.

 

“Kalau mcam tu, kamu tidurlah dulu. Dah lewat dah ni,” arah Yongguk. “Ne~” kata Jongup. Dia segera melangkah masuk ke biliknya dengan hati yang gembira. Jumpa Daehyun adalah satu-satunya perkara yang Jongup  tak sabar nak buat sekarang ni. Tapi, dia kena bersabar. Langkah Jongup diperhati. Memang Jongup tak nampak macam orang jahat langsung. Yongguk tersenyum. “Siapalah yang buat khabar angin bodoh tu? Mustahil Jongup bunuh orang...,” getus hati Yongguk.

 

Yongguk bangun kemudian dia segera menuju ke biliknya. Ketika lalu di depan bilik Jongup, suara Jongup menjerit kegembiraan memang kedengaran. Ianya secara automatik buat Yongguk senyum. “Jongup ah... Hyung dah sedar sekarang ni. Mianhae sebab tuduh kamu sebagai pembunuh. Hyung tau kamu baik orangnya. Jadi, mesti kamu tak buat semua tu, kan?” getusnya.

 

 

 

 


Hiatus mood on.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^