Evidence 22

I'm A Psycho

“Annyeong haseyo, Moon Daehyun imnida. Saya detektif baru kat sini. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” soal Daehyun. “Kamu ni detektif baru yang paling hebat tu kan?” soal seorang lelaki kepadanya. “Ya, sayalah orangnya,” balas Daehyun. “Saya panggil awak ni sebab saya nak awak selesaikan satu kes. Kes ni sepatutnya diselesaikan oleh Detektif Yoo tetapi malangnya dia hilang ingatan sekarang ni. Jadi, kami tak boleh nak paksa dia lagi. Jadi, awak boleh tolong selesaikan kes ni tak?” katanya.

 

“Betul ke ni??? Baru hari pertama saya masuk sini dah dapat kes??? Woah~” kata Daehyun yang teruja. “Ehem! Sila serius sikit ye, Detektif Moon,” kata lelaki tersebut. “Ah! Mianhae, tuan!” kata Daehyun pula. “Jadi, awak boleh tolong selesaikan kes ni kan?” soal lelaki itu. “Ya, tuan! Saya akan selesaikan kes ni. Saya tak kisah apa yang berlaku kelak asalkan saya dapat selesaikan kes ni! Saya janji!” kata Daehyun. Lelaki tersebut tersenyum kemudian berkata, “Bagus!”

 

*****

 

Daehyun memandang ke arah dokumen yang diserahkan kepadanya sebentar tadi. Diselaknya helaian tersebut satu persatu. Apa yang membuatkan dia terkejut ialah nama suspek tersebut, Moon Jongup. Dia kenal nama tersebut. Ya, dia ialah adiknya sendiri. “Jongup bunuh aku? Mustahil... Masakan aku boleh hidup sampai sekarang ni. Semua ni mesti salah! Tapi, macam mana pula kalau ‘abang’ yang dimaksudkan kat sini ialah dia? Ada kemungkinan jugak. Tapi, mustahil Jongup pembunuh! Dia bukan macam tu! Aku dah kenal dia lama. Mustahil...,” getus hati Daehyun.

 

Kenyataan tersebut memang Daehyun tak boleh terima. Adiknya yang baik selama ini takkan bunuh orang! Memang dia ingin menafikan perkara tersebut tetapi dia tiada bukti. Kalau tiada bukti, memang tak boleh nak katakan yang Jongup tak bersalah. Daehyun mula bingung. Walau apa-apa pun dia tetap bersyukur kerana Jongup masih hidup. Setelah dia lari meninggalkan Jongup beberapa tahun yang lepas, dia ingat Jongup akan takkan buat hal.

 

Tindakannya meninggalkan Jongup ketika itu memang tindakan yang salah. Kalau dia tak tinggalkan Jongup masa tu, mesti kes ni takkan wujud. Keluhan dilepaskan. Kalau boleh, Daehyun nak ulang semula masa di mana dia hidup bersama-sama dengan Jongup. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya kemudian menyemak semula dokumen tadi. Satu-satu perkataan dibacanya dengan teliti. Bacaanya itu terhenti seketika setelah terbaca sesuatu eviden.

 

‘Mayat dijumpai di rumah suspek.’ Darahnya mula berderau. Dia seakan bermimpi. “Betul ke apa yang aku tengah baca sekarang ni?” getus hati Daehyun. Daehyun mula menyemak dokumen tersebut kembali. Semua benda mengenai mayat tu memang sama dengan dia. “Jongup... Betul ke semua ni? Awak... Awak dah bunuh dia kan??? Abang awak sendiri, Moon Taehyung??? Betul ke???” getus hati Daehyun.

 

Taehyung ialah kembar Daehyun. Tapi, dekat eviden tersebut tidak dinyatakan hal tersebut. Memang eviden ni tak lengkap. Jika difikirkan ‘abang’ yang dimaksudkan dekat eviden ini bukanlah Daehyun tetapi Taehyung. Daehyun cuba memperbetulkan eviden tersebut semula. Tapi, kenyataan tersebut memang Daehyun tak boleh  terima. Air matanya tiba-tiba mengalir. “Tae... Taehyung...,” kata Daehyun perlahan.

 

Kenyataan bahawa Taehyung sudah mati pun dia tidak dapat menerimanya. Tetapi dia cuba tabah. Untuk mendapatkan kebenaran, dia kena bertanya kepada Jongup akan hal ini. Sama ada benar mahupun tidak, dia tidak pasti. Apa yang perlu dia buat sekarang ini ialah cari Jongup. Namun, alamat rumahnya tidak pula diberi. Setelah berfikir masak-masak, Daehyun bercadang untuk pulang ke rumah sebentar untuk menenangkan hatinya.

 

Dia segera melangkah pulang. Memandangkan rumahnya berada agak jauh dari situ, dia menaiki teksi. Memang dia takde masa untuk mengambil lesen. Dia lebih rela menumpang daripada menaiki kenderaan sendiri. Dalam perjalanan pulang, perkara tersebut masih bermain di dalam fikirannya. Dia teringat akan Jongup. “Jongup. Awak tinggal dengan siapa sekarang ni? Awak boleh tersenyum macam dulu ke sekarang ni? Awak ingat lagi kat saya ke? Hyung awak ni, Daehyun,” getus hatinya.

 

Macam-macam soalan dia nak tanya dekat Jongup kalau mereka bertemu nanti. Dia mengeluarkan dompetnya kemudian mengeluarkan sekeping gambar. Gambar Jongup masih kecil yang sedang tersenyum manis. Setiap kali Daehyun tengok gambar tu, dia pasti akan turut tersenyum seperti dalam gambar  tersebut. Rasa sedih atau kecewa pasti hilang serta-merta. Dia nak sangat tengok senyuman itu sekali lagi. Senyuman yang dapat membuatkan dia tenang.

 

“Encik, dah sampai,” kata pemandu teksi tersebut. Daehyun segera membayar kemudian keluar dari teksi tersebut. Dia hairan. Terdapat sebuah kereta di halaman rumahnya. Daehyun memang takde kereta selama ni. Jadi, kereta siapa? Dia meneliti kereta tersebut. Memang sudah pasti inilah kali pertama dia melihat kereta tersebut. Matanya tertumpu ke arah pintu rumahnya setelah terdengar bunyi loceng rumah yang tidak henti-henti ditekan.

 

“Siapa pulak kat depan rumah aku tu?” getus hatinya. “Maafkan saya, apa awak berdua buat kat depan rumah saya ni?” kata Daehyun. Salah seorang lelaki yang berada di situ menoleh ke belakang. Daehyun terkedu. Dia rasa seakan bermimpi. “Eh? Jongup???” soalnya. Mata Jongup mula membulat kemudian dia berkata,“Lelaki tu, abang saya. Moon Daehyun!”

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^