Evidence 08

I'm A Psycho

“Aku dah sampai kau katne?Aku tak nampak pun,” kata Yongguk. “Awak buta ke? Pusing belakang sekarang,” arah Youngjae. Yongguk hairan tapi dia tetap pusing ke belakang. “Yoo Youngjae!” kata Yongguk selepas ternampak Youngjae betul-betul berada tak jauh di belakangnya. “Yo! Duduklah,” kata Youngjae. Yongguk pun segera duduk di tempat kosong yang ada di situ. “Jadi, boleh kau ceritakan kat aku pasal dia?” soal Yongguk.

 

“Jadi, kau nak tau dari mana?” soal Youngjae pula. “Aku nak tau dari A. Aku nak tau siapa sebenarnya Jongup tu,” balas Yongguk. “Baiklah kalau macam tu,” kata Youngjae. Cawan yang berisi kopi yang dipegangnya tadi diletakkan ke bawah. Kemudian, dia memandang ke arah Yongguk dengan muka yang serius. “Sejak kecil, Jongup tak pernah tengok muka emak mahupun ayahnya. Ayah Jongup dah meninggal dunia sebelum Jongup dilahirkan ke dunia ni. Emak dia meninggal masa nak lahirkan Jongup. Selepas itu, Jongup hanya bergantung kepada abangnya, Moon Daehyun,” terang Youngjae.

 

“Moon Daehyun... Dia ada kat mana sekarang ni?” soal Yongguk. “Itu saya tak pasti... Tapi menurut Jongup, Daehyun lari dari rumah masa umur dia masih 10 tahun. Lepas tu, dia dah tak jumpa abang dia lagi,” terang Youngjae lagi. “Lepas tu... ayah saya amik dia???” kata Yongguk. Youngjae mengangguk dan berkata, “Ayah awak jumpa dia kemudian terus bawak Jongup balik. Dan selebihnya, awak mesti tau, kan?” soal Youngjae.

 

“Ya... Tapi, itu je ke? Seolma! Mesti ada lagi pasal dia yang kau tak ceritakan kat aku!” kata Yongguk. “Sabar, saya masih tak habis lagi. Selepas Jongup dah berada di bawah penjagaan keluarga awak, saya ada dengar berita yang Jongup bunuh abangnya, Daehyun,” terang Youngjae. “Bu... Bunuh??? Jongup bunuh abang dia??? Tapi, bukan ke abang dia lari dari rumah?” soal Yongguk kehairanan. “Itulah yang saya nak tau sekarang. Sama ada betul atau tidak Jongup bunuh abang dia tu,” kata Youngjae.

 

“Tapi, kenapa tiba-tiba berita pasal tu tiba-tiba tersebar?” soal Yongguk. “Sebab lepas Jongup dibawa ke rumah awak, kami terjumpa mayat kat rumah dia,” terang Youngjae. “Ma... Mayat???” soal Yongguk. “Ya. Sebab tu lah saya rasa Jongup dah bunuh abang dia tapi saya takde bukti. Tapi, kalau itu bukan mayat abang dia, siapa lagi???” kata Youngjae. “Tapi, mustahil... Walau sebanyak mana pun aku benci dia, aku masih tak percaya yang dia bunuh abang dia! Mesti bukan dia! Tapi...,” kata-kata Yongguk terhenti.

 

“Tapi?” soal Youngjae. “Kejadian hari tu...,” kata Yongguk. “Apa? Ceritakan kat saya,” kata Youngjae. “Hari tu saya kurung dia kat dalam almari. Tiga hari lepas tu, saya cuba tengok keadaan dia. Tapi, dia takde! Dia takde kat dalam almari tu. Almari tu terbukak luas dan takde siapa dalam almari tu. Tapi, aku nampak ada kesan torehan pisau dekat almari tu. Ada banyak... Mungkin Jongup keluar dari almari tu guna pisau tu. Tapi, yang peliknya mana dia dapat pisau tu??? Lepas tu, tiba-tiba dia datang dari belakang aku dan dia ada cakap, ‘Almari? Saya pernah terkurung dalam almari tu ke?’

 

Kini, Youngjae terkedu. “Jadi...,” kata Youngjae. “Ya! Aku takut sangat lepas tu. Aku tak pasti sama ada itu cuma mimpi ataupun realiti. Aku takut...,” kata Yongguk. “Saya akan siasat kes ni. Awak jangan risau, saya akan cungkil rahsia Jongup sedikit demi sedikit,” kata Youngjae sambil mencatat sesuatu di buku notanya. “Ne... Aku harap kau dapat cungkil rahsia budak tu,” kata Yongguk. “Tapi, boleh tak saya nak awak berbaik dengan dia selama sehari?” kata Youngjae.

 

“Hah??? Untuk apa???” soal Yongguk kehairanan. “Saya nak tau apa reaksi dia. Suka ke benci ke...,” kata Youngjae. “Tapi, masa aku marah dia tak pernah melawan. Inikan pulak kalau aku nak buat baik. Mestilah sama je reaksi dia,” kata Yongguk. “Kalau camtu dah takde cara lain dah. Saya terpaksa guna cara tu,” kata Youngjae. “Cara tu? Cara apa?” soal Yongguk. “Boleh tak saya nak menginap kat rumah awak buat sementara waktu?” soal Youngjae.

 

*****

 

“Bila hyung nak balik ni? Aku dah siap masakkan untuk dia. Dia mesti suka...,” getus hati Jongup. Dia mula tersenyum manis selepas ternampak Yongguk sedang bukak pintu rumah tu dan kat belakang dia ada...Youngjae??? Senyuman Jongup hilang. Dia terkedu lepas nampak Youngjae. “Jongup ah, hari ni Youngjae nak menginap kat rumah ni untuk beberapa hari,” terang Yongguk. “Ne! Saya lagi suka kalau hyung bawak ramai lagi kawan hyung menginap kat rumah ni,” kata Jongup sambil tersenyum.

 

“Merepek. Aku bawak dia menginap kat sini sebab ada sesuatu aku nak bincang dengan dia. Jadi, kau jangan kacau. Algettji?!” kata Yongguk. “Ne, hyung... Ah! Saya dah siap masakkan makanan untuk hyung. Hyung nak makan?” kata Jongup. “Takpe... Nanti jelah,” kata Yongguk. Dia dan Youngjae pun berlalu dari situ menuju ke bilik Yongguk. “Tak guna punya Yoo Youngjae! Disebabkan kau, Yongguk tak nak makan makanan yang aku masakkan untuk dia ni. Tak guna!!!” getus hati Jongup.

 

“So, kau nak aku buat apa sekarang ni?” soal Yongguk. “Tapi, sebelum tu saya pelik,” kata Youngjae. “Kenapa?” soal Yongguk. “Saya tengok dia baik je dengan awak. Kalau betul dia bunuh abang dia tu, mesti dah lama dia bunuh kau jugak,” kata Youngjae. Yongguk mula rasa takut. “Merepeklah kau ni! Dia takkan bunuh aku. Tapi, boleh jadi jugak apa yang kau cakap tu. Tapi, kenapa dia masih tak bunuh aku???” kata Yongguk. “Geokjeongma, saya akan cungkil rahsia Jongup tu lagi. Tapi, ada kemungkinan jugak Jongup tak bunuh Daehyun sebelum ni,” kata Youngjae. “Jadi? mayat tu...,” kata Yongguk. “Itulah yang saya kena siasat sekarang ni,” kata Youngjae.

 

 

 


Annyeong!!! o/ Aku rase mcm nk update chapter 9 ngan 10 terus ._. Idea aq tibe2 muncul~ Patutkah aq update skrg??? *^*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^