Evidence 20

I'm A Psycho

“Yeoboseyo?” soal Jongup. “Oppa... Ni Yori. Boleh oppa datang kat hospital ni sekarang?” kata Yori. “Ne,” balas Jongup lalu dia memutuskan panggilan tersebut. Dia berfikir seketika. Kenapa tiba-tiba Yori nak jumpa dengan dia? Youngjae dah sedar ke? Pelbagai persoalan mula berlegar di fikiran Jongup. Tanpa membuang masa, dia segera pergi ke hospital di mana Youngjae berada. “Hyung, saya nak lawat Youngjae kejap, ek?” kata Jongup kepada Yongguk. “Hmm,” balas Yongguk ringkas.

 

Jongup berlari menuju ke sana. Dia nak tau sangat apa sebenarnya yang dah jadi. Dia takut kalau Youngjae sedar. Kalau dia sedar, mesti semuanya akan terbongkar. “Aish!!! Kenapalah aku tak bunuh je dia tu dari mula???!!!” getus hati Jongup. Setelah sampai, dia ternampak Yori sedang menangis sambil duduk di atas sebuah kerusi. “Yori?” soal Jongup. Yori pun memandang ke arah suara tersebut. “Oppa... Youngjae oppa...,” kata Yori.

 

“Kenapa dengan dia???” soal Jongup. Bahu Yori dipegangnya. Waktu itu, dia berasa amat cemas. Adakah Yori dah tau? Itulah persoalan yang bermain di mindanya. “Youngjae oppa... Dia hilang ingatan...,” jelas Yori. Semua rasa risau dan cemas yang melanda diri Jongup mula hilang serta-merta selepas mendengar penjelasan Yori. Dia rasa gembira sangat ketika itu. Memang dia nak sangat menjerit dekat situ.

 

“Jinjja? Habis tu sekarang ni dia tak ingat Yori lagi ke?” soal Jongup. Yori hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali sambil menangis teresak-esak. “Jamkkan, saya nak tengok keadaan abang awak kejap,” kata Jongup. “Oppa... Jangan...,” kata Yori. “Wae?” soal Jongup. “Nanti-“ Yori tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana Jongup mencelah, “Takpe! Awak jangan risau. Saya pergi dulu, ya?” kata Jongup.

 

Jongup pun segera menuju ke wad Youngjae. Yori hanya mampu memerhati Jongup dari belakang. Dia tak nak Youngjae lukakan hati Jongup sebagaimana dia lukakan hatinya sebelum ini. Yori hanya mampu mengeluh. Lagipun, dia takde hak untuk halang Jongup. Yori mengambil beg duitnya kemudian mengeluarkan sekeping gambar. “Oppa... Jangan lukakan hati Jongup oppa, ya?” kata Yori sambil menggosok gambar abangnya itu.

 

*****

 

Pintu bilik tersebut dibukanya perlahan-lahan. Kelibat Youngjae yang sedang terbaring di atas katil mula kelihatan. “Hyung?” soal Jongup. Youngjae memandang ke arah suara tersebut. “Awak siapa pulak?!” marah Youngjae. “Hyung... Saya Jongup, adik Yongguk. Hyung masih ingat saya tak?” kata Jongup. Youngjae tersenyum sinis kemudian berkata, “Yongguk??? Jongup??? Awak siapa? Saya tak kenal! Boleh tak jangan ganggu hidup saya?!” marahnya lagi.

 

Jongup tersenyum sinis. “Memang Youngjae dah hilang ingatan... Semua tu tak salah! Bagus... Bagus!!!” getus Jongup. “Hyung, saya harap ingatan hyung akan kembali semula. Semoga hyung cepat sembuh,” ucap Jongup. “Sudahlah kau! Pergi dari sini!!!” kata Youngjae. Jongup menuju ke arah Youngjae kemudian dia tersenyum. “Senyuman tu... Aku macam pernah nampak,” getus hati Youngjae. Entah kenapa segala rasa marahnya tadi hilang sepenuhnya.

 

“Hyung, sebelum ni hyung pernah kenal saya. Saya harap hyung dapat ingat. Sebab ingatan hyung tu penting bagi saya,” kata Jongup. “Ya! Ingatan kau tu penting bagi aku!” getus hati Jongup. “Jongup kan?” soal Youngjae. Jongup menganggukkan kepalanya. Youngjae tersenyum kemudian berkata, “Saya pun harap agar saya dapat ingat semula. Sebab saya nak ingat siapa sebenarnya awak ni. Entah kenapa hati saya tertarik untuk nak tau siapa sebenarnya awak ni,” sambung Youngjae lagi.

 

Jongup mengukirkan senyuman ke arah Youngjae. “Tapi, hyung janganlah paksa diri hyung untuk ingat semula apa yang dah berlaku sebelum ni. Kalau hyung ingat satu persatu dulu pun takpe. Janganlah paksakan diri tu sangat. Apa yang saya nak cuma satu. Ingatan hyung tu. Saya nak ia kembali. Kemudian, hyung akan ingat saya, Yori dan semua orang. Semua perkara yang berlaku sebelum ni pun hyung akan ingat balik termasuk perkara sebenar tu...,” kata Jongup.

 

Youngjae terdiam seketika. Dia seperti teringat sesuatu. Sesuatu yang amat penting... ‘Mianhae, aku tak berniat pun nak bunuh kau. Tapi, aku terpaksa sebab kau dah tau segalanya. Aku takkan benarkan kau hidup kat dunia ni... Takkan!’ “Arghhh!!!” jerit Youngjae sambil memegang kepalanya. “Hyung! Gwaenchanha???” soal Jongup. Tanpa membuang masa, Jongup segera memanggil doktor yang berada di situ.

 

“Doktor, dia okey ke tak ni?” soal Jongup. “Jangan risau. Perkara ni perkara biasa. Orang yang cuba nak ingat semula perkara yang dia dah lupa memang selalu begini jadinya. Jangan risau, ya?” kata doktor tersebut. “Ne,” balas Jongup ringkas. Sememangnya dia agak terkejut lihat keadaan Youngjae. “Ingat? Adakah dia ingat pasal aku?” getus hati Jongup. Setelah doktor selesai melihat keadaan Youngjae, Jongup segera menuju ke arahnya.

 

“Hyung okey? Ada rasa sakit lagi tak?” soalnya. “Saya okey... Awak janganlah risau,” kata Youngjae. “Hyung ni... Kan saya dah cakap tadi! Jangan paksa diri hyung untuk ingat balik perkara sebelum ni!” marah Jongup. “Hyung bukan nak ingat perkara tu. Cuma ayat tu tiba-tiba muncul dalam kepala hyung,” jelas Youngjae. “Ayat? Ayat apa?” soal Jongup. “Hyung tak ingat sangat tapi dia ada cakap ‘Aku takkan benarkan kau hidup kat dunia ni...’ Tu jela,” terang Youngjae. Jongup terkedu. “Macam mana ayat tu boleh muncul dalam kepala dia??? Kalau berterusan macam ni, dia akan ingat siapa sebenarnya aku!” getus Jongup.

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^