Evidence 17

I'm A Psycho

“Oppa! Oppa! Eodiya???” kata Yori. Dia sudah mencari abangnya di merata tempat tetapi kelibatnya masih tidak ditemui. Air matanya hampir mengalir kerana berasa takut sangat. Dia takut berlaku sesuatu terhadap abangnya. Kakinya terhenti ketika sampai di stor sukan. Entah mengapa tiba-tiba dia berhenti di situ. Dia segera membuka pintu bilik tersebut. Yori terpaku setelah ternampak  Youngjae terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah.

 

“Oppa...,” kata Yori. Dia terduduk. “Yori ah! Abang awak... Tadi, dia cuba nak bunuh saya! Tapi, dia terjatuh lepas tu kepala dia terkena jaring besi tu... Palli! Cepat panggil cikgu!” kata Jongup. “Oppa... nak bunuh awak???” soal Yori. “Neo gwaenchanha? Awak duduk sini dulu. Biar saya yang panggil cikgu,” kata Jongup. Dia segera keluar dari situ kemudian menuju ke bilik guru. Mata Yori pula dari tadi tidak berkelip memandang Youngjae. Dia tak boleh percaya apa yang berlaku sekarang.

 

“Op... Oppa... Kenapa oppa nak bunuh Jongup??? Adakah sebab oppa tak suka tengok Yori suka dia? Oppa, cakaplah... Kenapa??? Kalau oppa dah cakap dari awal, mesti Yori akan buang jauh-jauh perasaan ni. Kalaulah oppa bagitau saya sebelum ni... Babo! Babo! Babo...,” kata Yori. Air matanya mula meleleh. Dia berasa sangat menyesal. Dia harap dia dapat putarkan semula masa dan ubah masa depan ni.

 

*****

 

“Ahahahahahahahah! Budak tu percaya cakap aku! Ahahahaha! Memang senang nak tipu budak-budak. Lagi bagus kalau dia percaya, senang kerja aku! Aku harap si Youngjae tu akan mati nanti. Kalau dia masih hidup, memang aku akan bunuh dia hidup-hidup!” getus Jongup. Apa yang dia cakap tadi memang tidak benar sama sekali. Youngjae bukan nak bunuh Jongup tapi Jongup yang nak bunuh Youngjae.

 

*****

 

“Saya dah balik...,” kata Jongup kepada Yongguk yang sedang leka membaca. Sebaik sahaja melihat kelibat Jongup, buku yang dibacanya tadi segera ditutup. “Gwaenchanha??? Hyung dengar si Youngjae tu nak bunuh Jongup kat sekolah tadi. Betul ke?” kata Yongguk. Bahu Jongup dipegang erat. “Betul... Youngjae hyung cuba nak bunuh Jongup tadi,” kata Jongup. Yongguk tergamam. Dia tidak pernah menyangka bahawa Youngjae sekejam itu.

 

“Kau okey je kan??? Tak cedera???” soal Yongguk bertubi-tubi. “Saya okey je... Hyung janganlah risau. Saya bukannya budak kecil lagi,” kata Jongup sambil mengukirkan senyuman. Yongguk turut tersenyum setelah mengetahui Jongup tidak cedera. “Kalau macam tu, saya nak salin baju kejap ye,” kata Jongup kepada Yongguk. Yongguk hanya mengangguk kepalanya tanda faham akan kata-kata Jongup tadi.

 

Jongup pun berlalu dari situ. Setelah kelibatnya hilang dari pandangan Yongguk, dia tersenyum sinis. Dia rasa gembira sangat sebab Yongguk pun percaya apa yang dia cakap tadi. Memang Jongup betul-betul tak sangka. Tidak lama kemudian, Jongup sampai di biliknya. Setelah kejadian hari itu, Jongup tidak lagi menjadikan bilik stor sebagai tempat tidurnya lagi. Yongguk telah menyuruh Jongup tidur di bilik kosong yang bersebelahan dengan biliknya sendiri.

 

Jongup segera baring di atas tilamnya. Senyumannya masih tak lekang. Dia dah tak boleh nak tahan lagi rasa gembira ni. Dia rasa nak je bagitau seluruh dunia pasal tu. Tapi kalau dia bagitau, habislah terbongkar segalanya. Tiba-tiba, telefon bimbit Jongup berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Jongup segera menjawab panggilan tersebut. “Ne? Yeoboseyo?” soal Jongup. “Oppa... Ni Yori...,” kata Yori. Suaranya agak serak ketika itu kerana asyik menangis.

 

“Wae?” soal Jongup lagi. “Boleh tak oppa temankan saya? Saya bosan duduk sini sorang-sorang,” katanya lagi. “Awak ada kat mana?” soal Jongup. “Dekat hospital... Saya tengah melawat Youngjae oppa... Oppa boleh temankan saya?” pinta Yori. Senyuman Jongup mula hilang serta-merta. Sememangnya dia tak nak teman si Yori tu tapi dia terpaksa. Kalau Jongup tak lawat Youngjae langsung, mesti Yongguk dengan Yori rasa pelik.

 

Nak tak nak, dia terpaksa juga pergi. “Mianhae, nanti boleh tak? Lagipun, oppa agak sibuk sekarang ni. Esok boleh?” kata Jongup. “Takpe... Esok pun takpe. Saya tak kisah asalkan oppa dapat temankan saya,” kata Yori. “Hmm...,” balas Jongup. Dia segera memutuskan panggilan tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Yori. Bagi Jongup, semua tu menyusahkan je. “Kalau dia akan jatuh cinta lagi mendalam dekat aku, memang habislah aku!” getus hati Jongup.

 

Tiba-tiba, Jongup terfikir sesuatu idea yang bernas. Senyumannya terukir sekali lagi. “Tapi, kalau dia jatuh cinta lagi mendalam dekat aku rasanya lagi bagus...,” getusnya. Jongup segera bangun dari katilnya kemudian dia keluar dari biliknya. Yongguk yang ketika itu sedang lalu di depan bilik Jongup berasa hairan dengan tindakannya. “Nak pergi mana?” soal Yongguk. “Saya nak keluar kejap,” kata Jongup kemudian dia berlalu dari situ.

 

Yongguk berasa makin hairan melihat Jongup. Bukan nak cakap apa tapi, inilah kali pertama Jongup berperangai macam tu. Selalunya dia tak suka keluar rumah dan dia asyik terperap je dalam bilik dia tu. Tapi, Yongguk cuba berfikiran positif. “Mungkin dia nak pergi kedai kot...,” getus hati Yongguk. Itulah apa yang dia fikir sekarang ni. Tapi, entah kenapa dia rasa apa yang dia fikir tu macam salah je.

 

 

 

 

 


Keadaan Youngjae masih  tak dapat dikenalpasti owo

Mohon doakan dia XD

lol~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^