Evidence 15

I'm A Psycho

“Kamu demam ye?” soal Youngjae kepada adiknya. Dahi adiknya itu disentuh beberapa kali. “Ya! Saya tak demam la, oppa!” kata Yori. Tangan Youngjae ditepisnya sekali lagi. “Jadi, kamu betul-betul sukakan dia ke? Kamu tak tau lagi ke kat sekolah dia tu...,” kata-kata Youngjae terhenti kerana Yori mencelah, “Saya tau... Dulu saya ingat dia tu teruk tapi bila saya tengok dia tadi, dia baik sangat...” Youngjae hanya dapat mengeluh. Sebenarnya, dia rasa tidak sedap hati. Kenapa? Dia pun tak tau. Adakah dia tak relakan hubungan mereka ataupun sebab lain???

 

*****

 

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun tiba. Yori memang tak sabar nak jumpa Jongup. Memandangkan waktu rehat mereka sama, semua ni tak menjadi penghalang bagi Yori untuk berjumpa dengan Jongup. “Yori, jom lah pergi rehat,” ajak kawan baik Yori. “Aku nak pergi tempat lain kejap. Korang pergilah rehat dulu,” kata Yori. Dia pun segera melangkah keluar dari kelas tersebut. Dia terus menuju ke kelas Jongup. Setelah sampai, dia memeriksa kelas tersebut.

 

Memang menghairankan sebab Jongup tiada di dalam kelas itu “Maafkan saya, Moon Jongup ada tak?” soal Yori kepada salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut. “Moon Jongup? Budak tu??? Ha! Kau tak tau ke? Dia kena denda bersihkan stor sukan tadi. Buat apa kau cari dia?” kata pelajar tersebut. “Saya cuma nak jumpa dia kejap je... Terima kasih sebab bagitau saya. Saya pergi dulu, ye?” kata Yori. Yori segera berlari menuju ke stor sukan di mana Jongup berada.

 

“Oppa?” kata Yori. “Nugu?” soal Jongup. Dia memandang sekeliling kemudian terlihat kelibat Yori. “Yori? Awak sekolah kat sini jugak ke?” soal Jongup. “Ne! Oppa tak pergi rehat ke? Nanti oppa lapar,” kata Yori. “Gwaenchana. Saya dah biasa dengan semua ni. Bukan sekali dua saya tak makan masa waktu rehat. Lagipun, awak tak pergi rehat ke? Nanti awak lapar pulak,” kata Jongup. “Kalau oppa tak nak makan, saya pun tak nak makan!” kata Yori.

 

“Janganlah macam tu... Nanti awak sakit perut. Dah, pergi makan cepat,” kata Jongup lagi. “Tak nak!” jerit Yori. Jongup mula hilang sabar. “Kau ni degil betul. Aku dah suruh pergi makan kau tak nak. Kalau kau sakit nanti aku tak nak terbabit. Lagipun, aku tak ingin nak bersama kau. Jangan kacau aku boleh tak???” marah Jongup dengan nada yang agak kasar. Yori berasa sangat terkilan. “Betul ke dia ni Moon Jongup yang aku kenal sebelum ni??? Kenapa tiba-tiba dia berubah???” getus hati Yori.

 

“Mi... Mianhae... Sa... Saya pergi dulu,” kata Yori. Dia segera menutup pintu stor tersebut dan berlalu pergi. Dalam perjalan menuju ke kantin, air matanya tiba-tiba jatuh. Hatinya rasa sakit sangat sekarang ni. Dia tak boleh terima yang Jongup marah dia tadi. Jongup suka dia ke tak? Itulah yang dia nak tau. Tapi, jawapannya jelas. Jongup tak sukakan Yori. Itu maksud tersirat di sebalik kata-kata Jongup sebentar tadi.

 

*****

 

“Yoo Yori... Abang dengan adik sama je! Dua-dua nak menyusahkan hidup aku. Perempuan tu suka aku, kan???” kata Jongup. Dia tersenyum sinis kemudian ketawa sekuat hati. “Memang awal 100 tahun aku nak suka perempuan tu! Ahahahahahaha!” kata Jongup. Tiba-tiba, gelak tawanya terhenti kerana suara seseorang kedengaran. “Jongup ah? Awak kat dalam ni ke?” soal Youngjae. “Hyung! Hyung buat apa kat sini?” soal Jongup.

 

“Hyung datang ni sebab ada sesuatu nak tanya Jongup,” kata Youngjae. “Tanya? Apa?” soal Jongup. “Saya nak periksa cap jari awak? Boleh, kan?” soal Youngjae. Jongup mula rasa tak sedap hati. Tapi, dia cuba kawal perasaan tersebut. “Untuk apa?” kata Jongup. “Saya nak periksa sama ada cap jari awak sepadan atau tak dengan cap jari kat pisau tu,” terang Youngjae. “Pisau apa?” soal Jongup lagi. “Pisau yang ada kat tempat kematian geng Park tu,” sambung Youngjae. Kini, Jongup terpaku.

 

Beberapa jam sebelumnya...

“Kim Himchan. Kau akan dilepaskan dari penjara ni esok,” kata Youngjae. “Hah??? Jangan nak buat lawak dengan saya! Bukan ke saya dah bunuh orang? Takkan lah awak sesuka hati je nak lepaskan saya ni?” kata Himchan. “Bukan kau yang bunuh diorang, kan? Aku tau semua tu,” kata Youngjae. “Apa maksud awak??? Awak dah tau??? Seolma...,” kata Himchan. Himchan mula berasa cemas. Apa yang akan terjadi kat dia kalau semua ni terbongkar?

 

“Biar saya terang kat awak dengan lebih jelas. Kami ada jumpa sebilah pisau di tempat kejadian. Setelah membuat pemeriksaan, cap jari awak tak sama dengan cap jari yang ada kat pisau tu. Ini bermakna orang yang bunuh diorang semua tu bukannya awak. Tapi, orang lain...,” terang Youngjae. Himchan tersenyum sinis kemudian berkata, “Mustahil! Korang semua tipu! Cap jari tu mesti sama je dengan cap jari saya! Korang tipu! Korang tipu!!!” jerit Himchan.

 

“Aku dah cukup masak dengan lakonan kau selama ni. Lagipun aku dah dapat agak perkara sebenar yang kau maksudkan tu,” kata Youngjae lagi. “Tipu... Tipu!!! Kalau semua ni berlaku, keluarga saya..,” kata Himchan. “Kenapa dengan keluarga kau?” soal Youngjae. “Dia cakap kalau saya tak dengar arahan dia, dia akan bunuh keluarga saya termasuk saya sekali. Disebabkan saya tak nak diorang mati, saya ikut arahan dia,” terang Himchan. “Jadi, boleh tak aku teka siapa yang suruh kau buat semua ni?” soal Youngjae. “A... Awak tau dia siapa???” kata Youngjae. “Ya,” kata Youngjae. “Saya tak kisah kalau awak nak teka...,” kata Himchan. “Moon Jongup?” kata Youngjae.

 

 

 

 


Hai readers and silent readerku sekalian alam XD okay x chapter ni? aku nak pendapat korang ;_;

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^