Evidence 13

I'm A Psycho

“Yongguk hyung, saya kena balik rumah saya sekarang,” kata Youngjae. Yongguk mengerutkan dahinya. “Nak balik dah?” soal Yongguk. “Ya. Lepas saya siasat Jongup, dia tak nampak mencurigakan pun. Dia nampak baik sangat. Saya tau dia tak bersalah. Mungkin mayat tu mayat orang lain,” kata Youngjae. Yongguk membisu seketika lalu berkata, “Ya, aku pun harap macam tu. Aku tau bahawa Jongup tak bersalah.” Youngjae mengukirkan senyuman.

 

“Kalau macam tu, saya pergi dulu,” kata Youngjae. “Ne,” balas Yongguk. Youngjae pun keluar dari bilik Yongguk. Tiba-tiba, dia terdengar suara Jongup. “Hyung! Nak pergi mana?” soal Jongup yang ketika itu sedang berada di situ. “Hyung kena balik,” kata Youngjae. “Hyung nak balik??? Ala...,” kata Jongup. Kepalanya ditundukkan sedikit. “Jangan risau. Hyung akan datang sini sekali sekala,” kata Youngjae. Kepala Jongup diusap dengan lembut.

 

“Jinjja?!” kata Jongup. Kepalanya yang ditundukkan tadi diangkatnya semula. “Ne,” kata Youngjae kemudian dia pun berlalu dari situ. Jongup memerhati bayang Youngjae sampailah bayang tersebut lenyap dari pandangannya. “Bagus... Kau dah takkan anggap aku pembunuh abang aku lagi kan lepas ni??? Baguslah... Aku tak sangka lakonan aku sebelum ni ada hasilnya jugak. Tapi, aku tak sangka dia anggap aku tak bersalah...,” getus Jongup.

 

*****

 

“Kim Himchan, ada seseorang nak jumpa awak,” kata polis yang berada di situ. “Nuguji?” soal Himchan. “Yoo Youngjae,” balasnya ringkas. “Detektif tu lagi???” kata Himchan. Polis tadi pun berlalu meninggalkan Himchan. Himchan mengeluh. Dia memang dah tak sanggup lagi nak berdepan dengan Youngjae tu. “Kim Himchan, oraenmanida,” kata Youngjae. Himchan mengangkatkan kepalanya dan memandang tajam ke arah Youngjae. “Apa awak nak lagi???” soal Himchan.

 

“Aku masih tak boleh percaya yang kau bunuh diorang semua tu...,” kata Youngjae. “Dah berapa kali saya nak cakap??? Saya yang bunuh diorang la! SAYA!!!” jerit Himchan. “Ini kali pertama aku tengok ada pembunuh yang sanggup mengaku kesalahan dia sendiri,” kata Youngjae. Himchan terkedu sebentar kemudian dia berkata, “A... A... Apa salahnya??? Sa... Saya cuma nak cakap benda betul je!!!” jerit Himchan lagi.

 

“Kau... ada rahsiakan sesuatu daripada aku, kan?” soal Youngjae. “Mana ada! Saya tak tipu! Saya tak sorokkan apa-apa pun,” kata Himchan. “Menurut pelajar kelas kau, kau ialah seorang pelajar yang paling baik dan tak pernah langgar peraturan kat sekolah kau. Jadi, kenapa kau tiba-tiba jadi pembunuh ni?” soal Youngjae. “Benda ni takde kena mengena dengan awak!!!”  kata Himchan. “Jangan takut. Kalau ada apa-apa yang kau takut nak bagitau kat orang lain, kau bagitau je lah kat aku. Aku akan bantu kau. Aku janji!” kata Youngjae serius. Himchan terdiam buat seketika. Sememangnya dia nak bagitau perkara sebenar kat Youngjae tapi...

 

“Marhaebwa,” sambung Youngjae. “Saya dipaksa,” kata Himchan dengan nada perlahan. “Paksa? Siapa paksa kau?” soal Youngjae. “Saya tak boleh bagitau,” kata Himchan. “Bagitaulah aku. Biar aku balas dendam kat budak tu. Palli! Siapa?” soal Youngjae. Himchan membisu. Dia tak dapat nak bagitau perkara sebenar kat Youngjae. Kalau dia bagitau, dah sah dia akan kenah bunuh oleh orang yang paksa dia tu.

 

“Kalau kau tak nak bagitau, takpe lah. Aku akan tunggu masanya bila kau dah bersedia untuk bagitau aku,” kata Youngjae. Himchan masih membisu dan tidak berkata apa-apa. “Kalau macam tu, saya balik dululah,” sambung Youngjae lagi. Dia pun berlalu dari situ meninggalkan Himchan yang masih tidak mengeluarkan sepatah perkataan dari tadi. Tiba-tiba, air mata Himchan meleleh. Dia dah tak boleh tahan dah. Dia nak sangat bagitau perkara sebenar kat seseorang tapi dia takut.

 

*****

 

“Jongup ah?” kata Yongguk. Sejak dari tadi lagi Yongguk cuba mencari Jongup. Tetapi, kelibat Jongup langsung tak kelihatan. Yongguk mula hairan. Seingat dia, Jongup tak keluar pun tadi. “Jongup ah?” kata Yongguk sekali lagi. Tetapi, tiada jawapan. Rasa marah mula membuak-buak dalam diri Yongguk. Dia mencapai tombol pintu kemudian keluar dari rumah tersebut. Dia bertekad untuk mencari Jongup.

 

*****

 

“Ahahahahahahahahahahaha! Akhirnya dia dah pergi dari rumah aku. Barulah aku rasa bebas! Hahahahaha! Aku rasa gembira sangat sekarang ni. Aku harap dia takkan jejakkan kaki dia kat rumah aku lagi,” kata Jongup. Tin minuman yang berada di tangannya sejak dari tadi diteguknya. Memang dia dahaga sebab asyik gelak je dari tadi. Dia membuang tin tadi ke dalam tong sampah yang berada di situ setelah mendapati tin tersebut dah kosong.

 

Jongup segera memulakan perjalanan pulang setelah dah puas gelak. Kalau dia gelak kat rumah, mesti Yongguk akan syak dia sebagai pembunuh balik. Sebab tu lah Jongup keluar rumah sekejap. Tiba-tiba, Jongup terasa seperti dirinya diekori oleh seseorang. Dia memberhentikan langkahnya dah pusing ke belakang. “Nugu?!” kata Jongup. “Sa... Saya Yoo Yori. Saya sesat... Awak boleh tolong saya?” soal orang yang mengekorinya sebentar tadi. “Yori?” kata Jongup.

 

 

 

 


Nothing to say ._.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^