Evidence 06

I'm A Psycho

“Jongup hyung! Kenapa awak tinggalkan saya semalam?” soal Zelo kepada Jongup. “Mianhaeyo, Zelo-sshi... Semalam tiba-tiba je abang saya call. Dia cakap ada emergency kat rumah. Saya nak cepat sangat masa tu dan saya lupa nak bagitau awak,” tipu Jongup. Dia tersenyum manis ke arah Zelo. “Takpe... Lain kali jela kita balik sama-sama, ne?” kata Zelo. Jongup hanya menganggukkan kepalanya. Padahal, dia nak sangat tolak permintaan Zelo tu...

 

 

“Okeylah, saya pergi dulu ye! Loceng dah nak berbunyi tu,” kata Zelo kemudian dia berdiri. Tangannya laju melambai ke arah Jongup. Jongup hanya tersenyum. Senyum tak ikhlas...  “Budak tu masih tak faham lagi ke? Aku benci dialah! Aku benci!!! Jangan sampai aku...,” getus hati Jongup. Jongup bangun. Dia pun segera menuju ke kelas kerana loceng akan berbunyi tidak lama lagi. Tiba-tiba, ada sekumpulan pelajar menghalang laluan Jongup.

 

 

“Hei! Kau nak pergi mana ni, hah? Aku tengok kau sembang ngan budak junior tu tadi kan? Yang namanya Zelo tu, kan?” soal salah seorang daripada pelajar tersebut. “Ne,” balas Jongup ringkas. “Kau tau tak? Kau tu tak layak untuk bersembang dengan pelajar kaya macam Zelo tu. Kau nak curi duit die, ek? Lagipun, kau tu hanya layak berkawan dengan penghuni bawah jambatan tu je! Ahahahaha!!!” kata yang lain pula. Kini, hilai tawa mereka mula memecahkan kesunyian di situ. Jongup mendongakkan kepalanya.

 

 

“Suka hati akulah nak berkawan dengan dia ke tak. Apa yang aku buat ada kena mengena dengan kau ke???”sindir Jongup. Mereka semua terdiam. Inilah buat kali pertamanya mereka tengok Jongup melawan. Kalau sebelum ni, dia hanya mendiamkan diri dan takkan cakap apa-apa. “Eh! Eh! Si Jongup ni dah berani lawan cakap orang, ek??? Malangnya, kau dah salah pilih orang. Kau tau tak apa akan jadi kat kau kalau kau buat kitorang bengang???” kata salah seorang pelajar tersebut. Jongup tersenyum sinis kemudian berkata, “Kau ingat aku takut?”

 

 

Perasaan marah semakin membara selepas mereka mendengar kata Jongup itu. “Hoi! Kau dah melampau ni! Kau memang sengaja cari pasal kan, budak tak guna!” katanya lagi. “Memang aku sengaja cari pasal dengan korang,” kata Jongup lagi. Mereka mula dah naik darah tengok perangai Jongup. “Wei korang! Bogelkan budak ni sekarang! Aku memang dah naik meluat ngan budak ni. Palli!!!” kata ketua mereka. “Arasseo!” balasnya.

 

 

*****

 

 

“Jongup mesti suka kalau aku bagi sushi ni kat dia,” kata Zelo sambil tersenyum. “Woah~ Sushi lah... Kasilah aku!” kata salah seorang daripada pelajar kelas tersebut. “Mianhaeyo... Sushi ni aku nak kasi kat Jongup hyung,” kata Zelo. “Jongup hyung? Moon Jongup???” soalnya. Zelo menganggukkan kepalanya. “Kau biar betul? Kau tau ke yang si Jongup tu...,” sambungnya lagi tetapi Zelo menyampuk. “Aku tau... Tapi, itu tak bermakna yang dia tu jahat kan? Yang jahat tu cuma abang dia je,” katanya. Dia terus terdiam selepas mendengar kata-kata Zelo.

 

 

“Okeylah, cikgu takde kan? Aku nak pergi bagi sushi ni kat Jongup hyung jap, ek? Aku lupa nak kasi kat dia masa rehat tadi. Annyeongiseyo, aku pergi dulu,” kata Zelo kemudian dia melangkah keluar dari kelasnya itu. Dia segera menuju ke kelas Jongup. Setelah sampai, Zelo berasa hairan. Dia tak nampak kelibat Jongup kat dalam kelas tu. Zelo cuba mencari Jongup. Tidak lama kemudian, kelibat Jongup ditemui.

 

 

“Hyung! Jongup hyu-“ kata-kata Zelo terhenti selepas dia lihat terdapat banyak warna merah macam darah dekat baju Jongup. Jongup memandang ke arah Zelo. “Hyung! Neo gwaenchana???” soal Zelo sambil memegang bahu Jongup. Sushi yang dibawanya tadi diletakkan ke bawah sebentar. “Saya okey... Awak janganlah risau. Warna merah ni cat jela... Tadi hyung tolong Kelab Seni cat dinding,” terang Jongup. “Ah...,” kata Zelo. Kini, rasa risaunya mula hilang. Tujuan sebenar dia cari Jongup pun dia dah lupa.

 

 

“Awak pergilah masuk kelas dulu, ek? Nanti pelajar kelas awak ingat awak hilang pulak nanti,” kata Jongup. “Ne,” balas Zelo kemudian dia berlari menuju ke kelasnya. Setelah bayang Zelo hilang dari mata Jongup, mata Jongup tertumpu ke arah sushi yang ditinggalkan oleh Zelo sebentar tadi. “Sushi ni... Kau nak bagi aku ke???” getusnya. Sushi yang berada di atas lantai tadi diambil oleh Jongup. “Terima kasih jelah...,” kata Jongup. Kemudian, dia membuang sushi tersebut ke dalam tong sampah.

 

 

*****

 

 

“Aku harap dia makan sushi tu... Aku buat sushi tu khas untuk kau, Moon Jongup. Untuk kau je...,” getus hati Zelo kemudian dia tersenyum. Memang betul sushi tu Zelo yang buat sendiri. Sushi tu dia buat khas untuk Jongup. Kenapa? Ianya menjadi tanda tanya... Tiba-tiba, salah seorang dari orang gaji Zelo muncul. “Tuan, ada panggilan untuk tuan,” katanya. “Ah, gomawo,” balas Zelo ringkas kemudian dia mengambil telefon tersebut. “Yeoboseyo?” soal Zelo.

 

 

Zelo tersenyum manis. “La... Kau ke? Kenapa? Oh... pasal tu. Jangan risau, aku dah bereskan. Aku dah buat macam apa yang kau suruh. Aku jamin plan ni akan berjaya. Kau janganlah risau, aku akan selesaikan semuanya dalam sekelip mata je. Arasseo? Dah! Dah! Tak payah risau lagi. Ah, okay! Annyeong~” kata Zelo kepada lelaki yang menelefonnya. Telefon tersebut dihulurkan semula ke tangan orang gaji tadi. “Nah. Lain kali kalau nak masuk, ketuk pintu dulu boleh tak???” kata Zelo. “Ne... Mianhaeyo, tuan,” balasnya.

 

 


Annyeong~ Sorry sgt2 sbb asyik x update je *^* Maklumlah~ tgh mode cuti kan~ :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^