Evidence 00 (Hidden Evidence)

I'm A Psycho

Selama ini, Jongup bukan hanya ada sorang abang je. Tapi, dia ada dua... Sorang Daehyun dan lagi satu Taehyung. Mereka kembar. Daehyun selalu main sama-sama dengan Jongup. Nak dikatakan, hanya Daehyun je yang layan Jongup. Nak harap kan Taehyung? Memang tak boleh! Sejak dari dulu Taehyung tak suka Jongup. Semenjak Jongup lahir, Daehyun selalu luangkan masa dengan Jongup dan langsung tak layan dia. Bagi Taehyung, Jongup tu hanya penyibuk di dalam hidupnya.

 

Kalau Daehyun tiada di rumah, Taehyung selalu pukul Jongup. “Hyung... Berhenti... Sakitlah...,” rayu Jongup. “Kau sakit ke, tak ke, macam aku kisah je! Kau tu memang dari dulu tak layak untuk hidup kat dunia ni! Kewujudan kau kat dunia ni hanya untuk menyusahkan aku! Dah lah kau rampas Daehyun dari aku dan sekarang ni kau nak rampas apa lagi? Budak tak guna!!!” marah Taehyung. Badan Jongup disepaknya sekuat hati. Namun Jongup tidak pernah membalasnya.

 

“Sudahlah! Budak, kau dengar sini! Kalau kau berani dekat lagi dengan Daehyun lepas ni, aku akan bunuh kau! Dengar tak ni?!” kata Taehyung. “Ne, hyung...,” balas Jongup. Taehyung segera beredar dari situ meninggalkan Jongup yang cedera parah. Air mata Jongup mula menitis. Seluruh badannya berasa amat sakit. Nak je Jongup jerit kat situ tapi suaranya seakan tersekat. Dia hanya mampu menangis.

 

“Jongup ah! Neo gwaenchanha???” soal Daehyun. “Hyung... Jangan dekat dengan saya!!!” marah Jongup. Gerakan Daehyun terhenti selepas mendengar kata-kata Jongup. “Taehyung hyung cakap... Kalau saya dekat dengan hyung lagi... Nanti dia bunuh saya... Saya takut...,” kata Jongup. “Sudahlah tu! Bagitau hyung, semua ni kerja Taehyung kan? Meh hyung balas dendam kat die balik,” kata Daehyun. Jongup hanya menggelengkan kepalanya. Daehyun mengeluh. Dia tahu jahat mana sekalipun si Taehyung tu, dia takkan bunuh orang.

 

*****

 

“Woi budak! Aku nampak kau ada dengan Daehyun semalam. Kau memang sengaja je kan. Kau nak mati, kan???” kata Taehyung. “Ani... Ani.. Saya tak nak mati...,” kata Jongup sambil menangis teresak-esak. “Kau diam!!!” marah Taehyung. Muka Jongup ditumbuknya. Daehyun hanya melihat tindakan Taehyung itu dari jauh. Bukannya dia takde kaki atau tangan untuk selamatkan Jongup tapi dia takut nak selamatkan Jongup. Dia tahu, kalau dia halang, dia pun akan terbabit sekali. Dia tak nak cederakan dirinya.

 

Sebagai ringkasan, Daehyun ni memang pentingkan diri sendiri. Dia lebih pentingkan diri dia sendiri daripada orang lain. Ketika itu, dia terfikir suatu jalan penyelesaian. “Kalau aku tinggalkan diorang berdua bersama, mesti hubungan diorang akan baik je, kan?” getus hatinya. Keesokan harinya Daehyun bertekad untuk lari dari rumah. Bukannya dia tak sayang Jongup dan Taehyung cuma dia buat semua ni demi kebaikan mereka.

 

“Jongup, hyung kena pergi. Jaga diri...,” kata Daehyun kepada adiknya. “Hyung nak pergi mana? Jongup nak ikut,” kata Jongup sambil menarik sedikit lengan baju abangnya itu. “Tak boleh, Jongup. Hyung takkan balik ke sini lagi. Hyung pergi takkan kembali,” jelas Daehyun kepada Jongup. Rambut adiknya itu diusap lembut. “Kenapa? Jongup tak  faham...,” kata Jongup. Ternyata budak kecil berumur sepuluh tahun itu tidak faham akan maksud abangnya. “Jongup dengar sini. Hyung kena pergi. Jadi, Jongup jaga diri ya?” soal Daehyun sambil memegang bahu Jongup.

 

“Hyung nak tinggalkan Jongup? Kenapa?” kata Jongup. Air mata si kecil itu mula jatuh. Dia tak sanggup untuk berpisah dengan abangnya. “Hyung percayakan Jongup. Jongup jangan nakal-nakal ye? Hyung tau yang Jongup dah besar,” kata Daehyun. Daehyun sempat memeluk Jongup sebelum beredar dari situ. Bayang-bayangnya hilang sedikit demi sedikit. Air mata Jongup mengalir makin deras tatkala bayang abangnya sudah hilang dari pandangannya.

 

Dia mula menangis sekuat hati. “Hyung..... Hyung!!!!!!!” jeritnya. “Woi,sudah-sudahlah tu... Bukannya dia akan datang balik pun kalau kau menangis sekuat mana pun,” kata Taehyung yang ketika itu sedang mengasah parang. “Hyung tak sedih ke Daehyun hyung tinggalkan hyung???” soal Jongup. “Memanglah aku sedih! Tapi aku tak bodoh sangat nak pergi menangis macam budak kecik macam kau ni! Lagipun aku rasa dia lari rumah sebab kau!” kata Taehyung.

 

“Sebab saya?” kata Jongup. Taehyung mula tersenyum sinis. Daehyun tu dah tak sayangkan kau lagi... Sebab tu dia lari dari rumah. Kau tu cuma sampah bagi dia!” kata Taehyung. Jongup terkedu. “Mustahil... Mustahil... Saya tau yang Daehyun hyung sayangkan saya. Dia sayangkan saya!!!” kata Jongup. “Cukuplah tu... Terima jelah kenyataan... Ahahahahahhahahahahah!” kata Taehyung. “Tak.. Tak... Tipu... Tipu.. Daehyun hyung sayangkan Jongup... Dia sayangkan Jongup!!!!!” jerit Jongup.

 

Parang yang diasah oleh Taehyung tadi diambilnya kemudian dia menikam badan Taehyung. “Argghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!” jerit Jongup. Dia mencucuk-cucuk satu persatu anggota badan Taehyung. “Mati!!! Mati!!!!!!!! Mati!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Jongup. Nafasnya mula tercungap-cungap. Darah dan daging Taehyung bersepah-sepah di merata tempat. Parang yang berada di tangannya tadi dilepaskan. Dia terduduk.

 

“Hyung... Hyung... Ireona... Hyung... Ireona... Janganlah pergi... Saya nak mintak maaf kat hyung... Saya tak sengaja... Saya tak berniat pun nak buat semua ni... Mianhae... Mianhae... Hyung... Saya tak sengaja bunuh hyung...,”  kata Jongup. Air matanya mula mengalir deras. Kepala Taehyung diusapnya beberapa kali tetapi keputusannya masih sama. Taehyung takkan bangun lagi. Dia dah mati...

 

*****

 

Seminggu selepas kejadian itu berlaku, Jongup meninggalkan rumah tersebut dan menginap di sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni. Ketika dia sedang baring di situ, seorang lelaki datang ke arahnya. “Maafkan saya, awak ni tinggal sorang je ke?” soalnya. Jongup hanya mengangguk. “Saya Encik Bang. Awak nak tinggal dengan saya tak?” soal lelaki tersebut. Mata Jongup mula bersinar. “Ne!” balasnya.

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^