Evidence 16

I'm A Psycho

“Jadi, sekarang ni hyung nak tuduh saya yang bunuh diorang?” soal Jongup. “Ya, memang tu apa yang saya nak buat,” kata Youngjae. “Apa maksud hyung??? Saya takkan buat semua ni. Saya bukan jenis orang macam tu! Hyung pun tau, kan???” kata Jongup. Air matanya mula mengalir deras. “Maafkan saya, Jongup. Tapi, hanya awaklah suspek yang dapat saya fikirkan buat masa sekarang ni. Lagipun, awak bersama Himchan kan masa tu?” kata Youngjae.

 

“Saya tak bunuh diorang... Percayalah cakap saya ni, hyung! Tak mungkin saya buat camtu!” kata Jongup. “Tapi, mayat Zelo tu dah membuktikan segalanya. Walaupun, saya tau yang Zelo tu pembunuh. Tapi, awak tak perlu bunuh dia seteruk tu. Kalau diikutkan, memang dah lama saya kurung awak dalam penjara. Tapi, saya terpaksa lepaskan awak buat sementara waktu,” terang Youngjae. “Hyung tengok mayat tu???” soal Jongup.

 

Youngjae menganggukkan kepalanya. Jongup tidak mampu berkata apa-apa lagi. “Kenapa diam? Awak  takut kan sekarang ni?” kata Youngjae. Namun, Jongup masih mendiamkan diri. Youngjae menuju ke arah Jongup perlahan-lahan. “Ikut hyung. Hyung nak periksa cap jari kamu,” kata Youngjae sambil menghulurkan tangannya ke arah Jongup. Namun, Jongup masih tidak bergerak. “Jongup?” soal Youngjae.

 

*****

 

“Awak yang datang tadi kan? Kenapa awak datang kat sini lagi?” soal pengawal itu. “Boleh tak saya nak tengok mayat Zelo sekejap?” soal Youngjae. Pengawal tersebut hanya menganggukkan kepalanya sedikit kemudian dia menyuruh Youngjae mengikutnya. Tidak lama kemudian, mereka sampai di tempat yang ingin ditujui. “Inilah mayat dia...,” kata pengawal tadi. Youngjae nampak seperti ada air jernih jatuh dari mata pengawal tersebut tetapi dia hanya membiarkannya.

 

Youngjae pun melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Langkahnya terhenti setelah terlihat mayat Zelo. Air matanya hampir meleleh setelah melihat keadaan mayat tersebut. Seluruh badannya hancur! Siapa yang tak sedih bila tengok semua ni? Youngjae segera keluar dari bilik tersebut kerana dia sudah tidak sanggup untuk melihat mayat itu lagi. “Betul ke Jongup yang bunuh Zelo sampai macam ni sekali?” soal Youngjae. “Ya,” balasnya.

 

Pasa saat itu, jantungnya rasa hendak pecah. Dia tidak boleh terima kenyataan tersebut. Adakah dia cuma bermimpi? Jongup yang dia kenal sebelum ni memang baik orangnya.  Walaupun Yongguk selalu layan dia dengan teruk, dia tak pernah balas balik. Memang tak logik kalau Jongup yang baik tu dah bunuh orang. Fikiran Youngjae mula berserabut. Tanpa berfikir panjang, dia segera menuju ke balas polis untuk menyoal Himchan. “Adakah pembunuh geng Park tu sama dengan pembunuh Zelo???” getus hati Youngjae.

 

*****

 

“Jongup?” soal Youngjae. Tiba-tiba, Youngjae rasa seperti perutnya ditikam. Perit rasanya. “Jongup???” kata Youngjae. Darah mula memancut keluar dari mulut Youngjae. “Mianhae, aku tak berniat pun nak bunuh kau. Tapi, aku terpaksa sebab kau dah tau segalanya. Aku takkan benarkan kau hidup kat dunia ni... Takkan!” kata Jongup. Dia menarik pisau tadi dari perut Youngjae. Youngjae ingin menjerit tetapi suaranya seakan tersekat.

 

“Aku takkan biarkan kau hidup,” kata Jongup. Kepala Youngjae disepak kuat oleh Jongup. Kepalanya terhentak mengenai jaring besi yang ada situ kemudian berdarah. Youngjae rasa kepalanya sakit sangat masa tu. Dia tak dapat buka mata lagi. Tiba-tiba, satu suara kedengaran, “Oppa! Oppa! Eodiya???” “Yori!!! Oppa kat sini! Selamatkan oppa!” getus hati Youngjae. “Budak tak guna!” marah Jongup.

 

*****

 

“Yoo Youngjae. Hari ni, saya nak awak selesaikan kes ni,” kata seorang lelaki yang berbadan tegap kepada Youngjae. “Baik, tuan!” balas Youngjae. “Kes ni pasal seorang budak yang bernama Moon Jongup. Ada orang cakap dia bunuh abang dia sendiri,” sambung lelaki tadi. “Abang dia sendiri??? Biar betul???” soal Youngjae. “Saya cuma nak awak siasat budak ni. Tengok apa yang dia buat setiap hari dan jugak perangai dia. Kalau takde benda yang mencurigakan, kes ni akan dikira selesai dan suspek tidak bersalah,” terangnya.

 

“Kes kali ni macam menarik je,” kata Youngjae. “Ingat! Kes ni bukanlah senang je macam yang awak sangka. Disebabkan awak detektif paling hebat kat sinilah saya serahkan kes ni kat awak,” kata lelaki itu lagi. “Terima kasih, tuan! Saya akan selesaikan kes ni tak kira apa pun yang akan terjadi dekat saya! Saya pasti akan berjaya!” kata Youngjae. Lelaki tersebut hanya mengukirkan senyuman ke arah Youngjae.

 

*****

 

“Tuan, maafkan saya... Saya tak dapat nak selesaikan kes ni. Saya harap kes ni akan diselesaikan oleh orang lain dan orang tu akan tangkap Moon Jongup! Saya pasti! Saya pasti...,” getus hati Youngjae. Pandangan Youngjae mula kabur kemudian dia tidak sedarkan diri.

 

 

 

 

 


Kali ni Youngjae pulak owo Ape korang rasa akan jadi kat Youngjae pasni? Sila teka~ Hehe XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^