Evidence 23

I'm A Psycho

“Dia abang awak???” soal Yongguk. “Hyung!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Jongup. Dia segera berlari ke arah Daehyun. “Jongup!!!!!!!!!” jerit Daehyun pula. Jongup memeluk Daehyun seerat-eratnya. Sememangnya Jongup rasa gembira sangat sebab dapat jumpa Daehyun sekali lagi. “Hyung, bogosipda...,” kata Jongup. “Babo! Janganlah menangis,” kata Daehyun sambil mengesat air mata Jongup.

 

“Hyung pun rindu sangat dekat Jongup. Dapat sentuh Jongup sekarang ni macam dalam mimpi pulak,” sambungnya lagi. “Saya pun rasa macam tu,” kata Jongup. “Tapi, siapa lelaki tu?” soal Daehyun sambil memandang ke arah Yongguk. “Yongguk hyung, sinilah!” kata Jongup. Yongguk pun menuju ke arah mereka. “Bang Yongguk imnida,” kata Yongguk. “Hyung, dialah yang jaga Jongup selama ni. Yongguk hyung baik sangat!” kata Jongup.

 

Yongguk berasa agak terkejut dengan kata-kata Jongup. Kenapa Jongup tak begitau yang dia buli Jongup? Persoalan tersebut bermain di mindanya. Tetapi, dia hanya mendiamkan diri. Tidak berani pula dia memberitahu tentang perkara tersebut. “Annyeong haseyo, Moon Daehyun imnida,” kata Daehyun sambil mengukirkan senyuman. Yongguk tersenyum kembali. “Hyung, hyung sibuk tak sekarang ni?” soal Jongup.

 

“Hari ni je... Esok hyung sibuk sebab nak selesaikan kes-,” kata-katanya terhenti di situ. Dia teringat kembali tujuan sebenarnya untuk berjumpa dangan Jongup. “Ya! Aku patut selesaikan kes tu!” getus hatinya. “Hyung, wae?” soal Jongup. “Ani! Jomlah masuk rumah saya dulu,” ajak Daehyun. Yongguk dan Jongup pun masuk ke dalam rumah tersebut. “Duduklah, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri, okay?” kata Daehyun.

 

Rumah tu nampak kosong sebab barang tak banyak. Dinding pun nampak pudar. Rumah tu nampak macam tak berpenghuni. “Kenapa rumah kau ni nampak kosong je?” soal Yongguk. “Saya jarang duduk kat rumah ni, saya selalu tidur rumah kawan saya. Barang yang saya ada pun tak banyak sangat. Sebab tu nampak kosong,” terangnya. Yongguk menganggukkan kepalanya tanda faham. “Kalau macam tu saya nak pergi masuk bilik kejap, ek?” kata Daehyun kemudian berlalu pergi.

 

Jongup memandang sekeliling rumah tersebut. Matanya terhenti ke arah sekeping gambar yang berada di situ. Dia terkejut. Itu gambar dia masa kecil. Jongup tersenyum melihat gambar tersebut. Tertanya bahawa Daehyun tak benci dia pun. Semestinya Daehyun sayang dia. Sebab tulah dia simpan gambar ni. “Taehyung hyung, awak tipu..... Tipu...,” kata Jongup. “Taehyung?” soal Yongguk. “A.. A... Ani! Ani!” kata Jongup sambil tersengih.

 

Yongguk mengerutkan dahinya melihat Jongup. Sudah semestinya Yongguk berasa hairan. Dia ingin tau siapakah yang disebut oleh Jongup sebentar tadi. Tapi, dia hanya membisu. Entah kenapa mulutnya seperti terkunci rapat. “Nah! Makanlah~ Ini je yang ada kat rumah ni,” kata Daehyun sambil meletakkan makanan di atas meja yang berdekatan. “Takpe, ini pun boleh makan jugak,” kata Jongup. Daehyun duduk di sebelah Jongup.

 

“Adik hyung ni dah besar rupanya. Dulu kamu kecik je,” kata Daehyun. Jongup tersenyum kemudian berkata, “Hyung pun sama. Dulu hyung pendek, sekarang dah tinggi,” kata Jongup. “Ya!” kata Daehyun sedikit marah. Jongup dan Yongguk hanya tertawa. Daehyun hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sikap adiknya yang tidak pernah berubah sejak dahulu. Dulu, Jongup lebih tinggi dari Daehyun tapi sekarang sudah berubah seratus-peratus.

 

“Jadi, malam ni Jongup nak tidur kat sini tak?” soal Daehyun. Yongguk tersentak mendengar soalan Daehyun. “Seolma... Jongup akan tinggalkan aku... Andwae... Andwae!!!” getus hati Yongguk. “Boleh je!” kata Jongup. Yongguk tergamam. Dia rasa seperti ditusuk dengan pisau dari belakang. “Tapi kalau Jongup bermalam kat sini, Yongguk hyung pun kena ikut sekali!” kata Jongup. Kini, Yongguk rasa lega. Tidak disangkanya pula bahawa Jongup menyayanginya lagi walaupun dia sudah bertemu dengan abang kandungnya.

 

“Hyung tak kisah~ Awak tak kisah ke, Yongguk hyung?” kata Daehyun. Yongguk hanya mengangguk tanda setuju. “Baguslah kalau macam tu!” kata Jongup sambil tersenyum manis. Itulah senyuman yang Daehyun nak tengok sangat-sangat. Senyuman yang boleh tenangkan dirinya. Daehyun bertuah sebab dapat adik macam Jongup. Kalau boleh, dia nak tengok senyuman Jongup tu buat selamanya. Bukan sehari, tapi  sampai bila-bila.

 

Dari tadi, Yongguk tidak berkata apa-apa kerana sejak dari tadi dia berasa tidak sedap hati. Dia tak nak kehilangan Jongup. Dia takkan serahkan Jongup kat Daehyun. Takkan! Yongguk bangun. Mata Jongup dan Daehyun tertumpu ke arah Yongguk. “Eodiya, hyung?” soal Daehyun. “Saya nak ambil angin kat luar kejap,” kata Yongguk. Dia segera keluar dari rumah tersebut meninggalkan Jongup dan Daehyun.

 

“Dia selalu macam tu ke?” soal Daehyun. “Kalau Yongguk hyung rasa tak sedap hati, sia selalu keluar untuk ambil angin,” terang Jongup. “Tak sedap hati? Kenapa pulak?” soalnya lagi. “Itu... Jongup tak pasti. Takpelah. Kita biarkan Yongguk hyung tenangkan diri dia. Hyung, mana bilik hyung? Saya nak tengok,” kata Jongup. “Ada dekat sana tu... Nampak?” kata Daehyun. “Ah~ Nampak! Boleh saya masuk kejap?” soal Daehyun.

 

“Ne~ Masuklah. Tapi, jangan sentuh apa-apa tau,” kata Daehyun. “Ne~” balas Jongup. Dia pun segera masuk ke dalam bilik Daehyun. Bilik tersebut kemas, barang pun tak banyak. Seperti apa yang difikirkannya sebentar tadi. Dari dulu, Daehyun pembersih orangnya. Mata Jongup tertumpu ke arah sebuah dokumen yang berada di atas katil Daehyun. Dia membuka dokumen tersebut. Jongup terpaku. “Ini... Ini kan kes aku???”

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^