Evidence 12

I'm A Psycho

“A... Apa semua ni??? Apa... aku dah buat??? Zelo... Zelo... Zelo! Ireona! Ireona!!! Ireona!!!” kata Jongup. Badan Zelo digoncangnya beberapa kali. Tetapi, Zelo masih tidak sedarkan diri sebab dia dah mati... Air mata Jongup mula mengalir dengan deras. “Aku... dah ulangi kesilapan yang sama...,” getus hati Jongup. Jongup segera mencari jalan keluar dari situ. Kemudian, dia melarikan diri ke dalam sebuah hutan yang tebal...

 

*****

 

“Maafkan kami, Moon Jongup ada kat sini tak?” soal Youngjae kepada salah seorang pengawal di situ. “Maafkan saya, tadi dia memang ada kat sini tapi sekarang dia dah larikan diri,” balasnya. “Lari???” kata Youngjae. “Ya...,” kata pengawal tersebut. Air matanya tiba-tiba meleleh keluar. “Ya, gwaenchana?” soal Yongguk. “Dia lari lepas bunuh tuan kami, Zelo...,” katanya lagi. Yongguk dan Youngjae terkedu. Mereka berdua tidak percaya bahawa Jongup telah membunuh Zelo. Memang bagi mereka ianya tak logik!

 

“Jadi, dia lari kat mana sekarang ni?” soal Youngjae. “Mungkin dia dah pergi jauh dalam hutan tu,” katanya. “Gomawo! Yongguk hyung, palli! Kita kena cepat,” kata Youngjae ke arah Yongguk yang sedang terkedu tadi. “Mustahil... Jongup tak bunuh orang...,” kata Yongguk. “Sebab tu lah kita kena tanya kat Jongup perkara yang sebenarnya. Saya tau awak tak boleh terima kenyataan ni. Tapi-,” kata-kata Youngjae terhenti di situ kerana tiba-tiba Yongguk mencelah.

 

“Mustahil!!! Walaupun Jongup tu bukanlah adik aku yang sebenar, aku tetap tak boleh nak percaya semua ni! Jongup yang aku kenal sebelum ni baik orangnya! Dia takkan buat camtu! Takkan!!!” jerit Yongguk. Air matanya mula jatuh. “Yongguk hyung...,” kata Youngjae perlahan. “Tapi sebenarnya semua ni salah kami jugak,” kata pengawal tadi tiba-tiba. “Salah korang???” soal Youngjae. Kini, mata Yongguk dan Youngjae mula tertumpu ke arah pengawal tadi.

 

“Sebenarnya, kami bawa dia kat sini untuk bunuh dia,” terangnya. “Kau... Tak guna!!! Kau gila!!! Kalau kau nak bunuh dia, kau langkah mayat aku dulu!!!!!” marah Yongguk. Kolar baju pengawal itu ditarik oleh Yongguk. “Yongguk hyung, berhenti! Kita kena cari Jongup dulu lepas tu baru kita selesaikan hal ni. Kalau tak, Jongup akan sesat dalam hutan tu!!!” kata Youngjae. Dia melepaskan tangan Yongguk dari kolar baju pengawal tadi.

 

Yongguk menundukkan kepalanya. Tangannya tiba-tiba ditarik oleh Youngjae. “Palli! Kita kena cari Jongup cepat. Awak tak nak dia mati, kan?” kata Youngjae. Yongguk menganggukkan kepalanya dan berkata, “Ne! Aku tak nak dia mati! Aku... Aku... takkan marah dia lagi dah lepas ni,” kata Yongguk perlahan. Youngjae tersenyum manis. “Baguslah kalau macam  tu. Kaja!” kata Youngjae. Yongguk menganggukkan kepalanya sekali lagi. “Tapi sebelum tu, saya nak cakap sesuatu,” kata pengawal tersebut.

 

*****

 

Jongup memandang sekeliling. Dia tak dapat cari jalan keluar! “Aku... dah sesat ke???” getus Jongup. Dia terduduk. Dia mendongakkan kepalanya ke atas sambil melihat langit. “Hari ni ke hari terakhir aku kat dunia ni???” getusnya lagi. Tiba-tiba, air matanya jatuh. Dia tak nak mati lagi kat situ. Ada banyak lagi benda yang dia nak buat. Dia nak jadi lebih rapat dengan Yongguk. Dia nak kawan baru. Dia nak tunaikan impian dia sebelum dia pergi.

 

“Jongup!!!” jerit satu suara. Jongup terbangun kemudian dia memandang sekeliling. “Moon Jongup!!!” jerit suara lain pula. Jongup kenal sangat dengan suara tu. Dia berasa gembira sangat-sangat. “Yongguk hyung!!! Youngjae hyung!!! Saya kat sini!!!!!” jerit Jongup sekuat hati. Akhirnya, kelibat Yongguk dan Youngjae mula kelihatan. Rasa gembira Jongup tidak dapat disorokkan lagi. Air matanya jatuh sekali lagi.

 

“Jongup ah!!!” kata Yongguk. Badan Jongup dipeluk dengan erat sekali. “Hyung... Saya tak sangka hyung datang sebab nak selamatkan saya,” kata Jongup. Dia membalas pelukan Yongguk semula. “Jongup ah, awak janganlah risau lagi, ye? Pengawal tu dah ceritakan pasal semuanya,” kata Youngjae. Jongup terkedu. “Semua? Semua???” getus hati Jongup. “Jadi, saya akan lepaskan awak kali ni,” kata Youngjae. “Lepaskan saya??? Kenapa???” soal Jongup.

 

“Sebab tindakan awak bunuh Zelo tu adalah tindakan yang betul. Sebenarnya, Zelo tu merupakan pembunuh sebelum ni. Dah ramai orang yang jadi mangsa dia. Tapi, diorang tak berani bagitau benda ni kat polis sebab Zelo ugut diorang. Kalau diorang bagitau, Zelo akan bunuh diorang. Sebab tulah sampai sekarang dia masih hidup. Dan disebabkan awak, kes ni selesai. Saya tak payah lagi nak tangkap si Zelo tu dan bawak dia masuk lokap,” terang Youngjae.

 

“Tapi, saya dah bunuh orang...,” kata Jongup sedikit perlahan. “Janganlah risau sebab orang yang awak bunuh tu orang jahat. Jadi, awak tak bersalah,” kata Youngjae. Kepala Jongup diusap lembut. “Gomawo, hyung!” kata Jongup. Air matanya mula jatuh lagi. “Dah lah tu... Janganlah nangis lagi,” kata Yongguk. Air mata Jongup dikesatnya. “Ne, hyung!” kata Jongup. “Dah lewat ni. Jom kita balik,” kata Youngjae. “Arasseo!” kata Yongguk.

 

“Diorang mesti tak tengok mayat Zelo... Sebab tu la senang-senang je Youngjae ni lepaskan aku. Kalau diorang tengok mayat Zelo tu memang matilah aku. Separuh daripada anggota badan Zelo dah hancur sebab aku buat. Memang tak logik kalau sesiapa yang buat macam tu dapat dimaafkan. Mesti diorang ingat aku tikam je si Zelo tu... Haha! Bodoh!” getus hati Jongup.

 

 

 

 


setelah hiatus agak lama(?), aku berjaya update cite ni! XD Ini pun sbb aku  x sampai hati tgk readers menunggu... ;; pastu aku kene sampuk(?) dek seseorang readers utk update chapter ni XD *glare at someone* hehe OuO *lari*

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^