Evidence 02

I'm A Psycho

“Jongup, hyung kena pergi. Jaga diri...,” kata Daehyun kepada adiknya. “Hyung nak pergi mana? Jongup nak ikut,” kata Jongup sambil menarik sedikit lengan baju abangnya itu. “Tak boleh, Jongup. Hyung takkan balik ke sini lagi. Hyung pergi takkan kembali,” jelas Daehyun kepada Jongup. Rambut adiknya itu diusap lembut. “Kenapa? Jongup tak  faham...,” kata Jongup. Ternyata budak kecil berumur sepuluh tahun itu tidak faham akan maksud abangnya. “Jongup dengar sini. Hyung kena pergi. Jadi, Jongup jaga diri ya?” soal Daehyun sambil memegang bahu Jongup.

 

“Hyung nak tinggalkan Jongup? Kenapa?” kata Jongup. Air mata si kecil itu mula jatuh. Dia tak sanggup untuk berpisah dengan abangnya. “Hyung percayakan Jongup. Jongup jangan nakal-nakal ye? Hyung tau yang Jongup dah besar,” kata Daehyun. Daehyun sempat memeluk Jongup sebelum beredar dari situ. Bayang-bayangnya hilang sedikit demi sedikit. Air mata Jongup mengalir makin deras tatkala bayang abangnya sudah hilang dari pandangannya.

 

*****

 

Jongup membuka matanya lalu berkata, “Hyung...” Air matanya mula jatuh tatkala mengenangkan perisitiwa itu semula. Dia amat berharap agar dapat mengulang semula masa di mana dia dengan abangnya, Daehyun tinggal bersama. Walaupun mereka sudah kematian ibu bapa, tapi hidup dengan Daehyun sahaja dapat membuatkan dirinya bahagia. Dia ingin merasai semula rasa bahagia itu. Dia mahu jumpa Daehyun. Jongup mengesat air matanya. Dia tidak mahu menunjukkan rasa sedih itu kepada Yongguk. Dia hanya nak tunjuk kat Yongguk yang dia gembira bila bersamanya.

 

“Woi! Kau tak reti nak bangun ek? Kau tau tak sekarang ni dah tengahari??? Kau bangun cepat!!!” marah Yongguk. Buku yang dipegang olehnya sejak tadi lagi dibaling ke arah Jongup. “Mianhae, hyung.... Mianhae...,” rayu Jongup. “Kau ingat senang-senang je ke aku nak maafkan kau?! Jangan harap! Kau pergi basuh baju aku sekarang! Selagi tak siap, jangan harap aku bagi kau makan! Faham?!” terang Yongguk. Jongup hanya patuhi arahan Yongguk. Dia segera membasuh baju Yongguk.

 

Setelah baju Yongguk hampir siap dibasuh, Jongup duduk sebentar kerana dia berasa amat penat. Siapa yang tak penat? Baju Yongguk bukannya satu dua je tapi banyak! Tiba-tiba, Jongup rasa pening sangat. Dia memicit-micit kepalanya untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Namun gagal. Rasa sakit itu semakin menular. “Ahh...,” kata Jongup lalu terduduk. Apa yang dia nampak selepas itu cumalah pemandangan yang gelap. Semuanya hitam. Apa yang Jongup tahu sekarang ni ialah dia telah pengsan...

 

Yongguk cuba menjenguk keadaan Jongup. Dia tergamam selepas terlihat Jongup sedang terbaring di atas lantai. Lalu, dia segera menuju ke arahnya. “Hoi! Kau jangan tidur kat sini. Kau buat kerja kau sekarang! Kau dengar ke tak ni?” soal Yongguk sambil menyepak kaki Jongup. Namun, Jongup tidak bergerak. Yongguk mula berasa cemas. “Kau jangan nak pura-pura pengsan pulak! Kau bangun cepat!!!” katanya lagi. Kaki Jongup disepak sekali lagi tetapi kali ini sepakan tersebut lebih kuat dari sebelum ini.

 

Setelah beberapa kali Yongguk cuba untuk mengejutkan Jongup, keputusannya masih sama. Yongguk berasa semakin cemas. Tiba-tiba satu suara kedengaran, “Bang Yongguk-sshi.” Yongguk terkedu sebentar kemudian dia pandang ke belakang secara perlahan-lahan. “Nuguseyo???” soal Yongguk kepada lelaki yang tiba-tiba muncul sebentar tadi. “Saya Yoo Youngjae, seorang detektif. Saya datang ni sebab nak jumpa seseorang,” terang Youngjae. Yongguk menggaru lehernya kerana ketika itu dia berasa amat takut jika lelaki tersebut ternampak akan Jongup yang sedang terbaring itu.

 

“Hmm? Lelaki  yang tengah terbaring tu...,” kata Youngjae lalu dia pergi ke arah Jongup perlahan-lahan. Yongguk dah tak tau nak buat apa lagi. Dia hanya membiarkan lelaki tersebut pergi ke arah Jongup yang terbaring tadi. “Lelaki ni Moon Jongup kan?” soalnya. Yongguk mengangguk laju. “Awak tak payah risau. Dia pengsan je, bukannya mati pun,” kata Youngjae yang seakan-akan faham apa yang Yongguk risaukan sekarang. Yongguk menarik nafas lega.

 

Youngjae mengangkat Jongup dan meletakkannya di atas sofa. Yongguk hanya terkebil-kebil melihat tindakan Youngjae. “Err... Sebenarnya kau datang dari mana ni? Kenapa tiba-tiba masuk rumah aku?” soal Yongguk yang tertanya-tanya akan latar belakang lelaki tersebut. “Dah rumah ni tak berkunci. Saya masuk jelah. Dan orang yang saya nak jumpa tu ialah dia, Moon Jongup,” kata Youngjae. Yongguk membesarkan matanya lalu berkata, “Budak ni? Kau nak buat apa dengan dia?” “Saya disuruh oleh seseorang untuk siasat dia ni,” terang Youngjae.

 

“Siasat? Kenapa?” soal Yongguk. Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran Yongguk. Kenapa dia nak siasat budak tak guna tu? Apa yang budak tu dah buat? Dia ni ada pertalian darah dengan si Jongup ni ke? Tapi, semua soalan itu tidak dapat Yongguk ucapkan kerana dia rasa takut sangat. Maklumlah, tiba-tiba je detektif datang rumah dia. “Itu...saya tak boleh bagitau awak,” kata Youngjae sambil melemparkan senyuman. Yongguk terdiam. Kini, lebih banyak soalan yang dia nak tujukan. Kenapa tak boleh? Salah ke aku tanya? Adakah benda tu penting sangat?

 

Jongup cuba membuka matanya perlahan-lahan. Orang pertama yang dia nampak ialah Youngjae. Jongup terkejut lalu dia terus bangun dari sofa tersebut. “Awak siapa???” soal Jongup sambil menuding jarinya ke arah Youngjae. Tangannya terketar-ketar kerana berasa amat takut. “Janganlah takut, Moon Jongup. Saya Yoo Youngjae, seorang detektif. Saya bukan nak cederakan awak pun. Saya nak tanya awak satu soalan je,” terang Youngjae. Tangan Jongup digenggam erat oleh Youngjae. “Saya?” soal Jongup.

 

 


I'm back~^^ Mianhae, aq hiatus x gitau TT^TT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^