Evidence 05

I'm A Psycho

“Hyung, ireona! Hyung! Hyung! Ireona!” kata Jongup sambil menggoncang lembut badan Yongguk. Yongguk membuka matanya. “Jo... Jo.. Jongup???” kata Yongguk selepas terlihat Jongup sedang berada betul-betul di depannya. “Hyung, awak okey?” soal Jongup sambil menyentuh dahi Yongguk. Yongguk menepis tangan Jongup dengan kasar lalu berkata, “Jangan sentuh aku lah!!!” “Ah... Mian...,” kata Jongup lalu dia menundukkan kepalanya sedikit.

 

“Tapi, bukan aku kurung kau dalam almari ke hari tu? Camne kau boleh keluar, hah?!” soal Yongguk kepada Jongup. “Apa hyung merepek ni? Bila pulak hyung buat camtu? Mana ada... Hyung mimpi kot...,” kata Jongup sambil mengukirkan senyuman. “Mungkin aku tak cukup tidur...,” kata Yongguk lalu dia segera masuk ke dalam biliknya. Jongup tersenyum sinis. “Ahahahaha!” gelak Jongup. “Apa lah... Aku tak sangka dia percaya cakap aku. Mustahil aku boleh keluar dari almari tu,” kata Jongup dalam hati.

 

“Selamatlah aku selalu bawak pisau dengan aku. Kalau tak, memang aku dah mati dalam almari tu. Kenapa hyung kurung aku, hah? Tapi, apa yang dia buat tu betul jugak. Aku pun salah sebab balik lambat masa tu. Memang patut aku kena balasannya. Aku tau hyung sayangkan aku... Dia sayangkan aku... Sayang sangat... Sebab tu, aku tak nak bagitau perkara tu kat dia. Kalau tak...,” getus hati Jongup.

 

*****

 

“Annyeong haseyo! Saya Choi Junhong. Panggil je Zelo. Saya ahli baru Kelab Bola Sepak ni. Selamat berkenalan! Sila beri tunjuk ajar,” kata lelaki yang tinggi lampai itu. Hari ni merupakan hari pertama lelaki bernama Zelo itu masuk ke kela tersebut. Ahlinya memang ramai tapi punyalah berlagak. Seorang pun tak layan apa yang dikatakan oleh Zelo tadi kecuali Jongup... Zelo segera menuju ke arah Jongup kemudian mengukirkan senyuman ke arahnya. Jongup tersenyum semula.

 

“Annyeong haseyo! Saya Zelo. Selamat berkenalan,” katanya lagi. Jongup hanya tersenyum kemudian berkata, “Saya Jongup. Awak tak takut ke dengan saya?” soal Jongup. Zelo mula berasa hairan. "Ken“pa say perlu takut dengan awak?” soal Zelo pula. “Semua orang kat sekolah ni benci saya. Saya selalu kena buli. Sesiapa yang rapat dengan saya akan kena buli jugak. Awak tak takut ke kena buli?” soal Jongup lagi. Zelo tersenyum lagi. Kenapa dengan dia ni? Tak takut ke?

 

“Saya tak kisah! Saya tak benci awak pun. Boleh kita jadi kawan mulai hari ni? Saya rasa awak ni baik orangnya. Awak kena buli mesti ada sebab kecil je,” kata Zelo. Kini, Jongup mengukir senyuman. “Hyung saya yang suruh semua pelajar kat sekolah ni buli saya,” terang Jongup. Zelo mula berasa terkejut lalu bertanya, “Kenapa pulak?” “Saya cuma anak angkat dalam keluarga tu... Jadi...,” kata-kata Jongup terhenti di situ. Dia tak sanggup nak cakap lagi dah. Apa yang dia tau Yongguk sayang dia. Yongguk buat semua ni sebab Yongguk sayang dia. Itu apa yang Jongup anggap. Tapi, dia salah.

 

“Takpe, awak tak payah nak terangkan lagi. Saya faham!” kata Zelo lalu dia mengusap belakang Jongup. Jongup tersenyum kemudian berkata, “Gomawo...” Seumur hidup Jongup, dia tak pernah jumpa orang yang sanggup rapat dengan dia selain abangnya sendiri, Daehyun. Tapi, dia rasa tak sedap hati. Betul ke Zelo ni kawan yang sebenar? Atau dia hanya berlakon je? Jongup tak pasti. Dia tak nak meletakkan harapan yang sepenuhnya kepada Zelo. Dia takut Zelo meninggalkan dia seperti yang dilakukan oleh Daehyun.

 

“Awak tak pergi main sekali ngan diorang semua ke? Tengok, diorang dah nak start dah tu,” kata Zelo. “Kan saya dah cakap tadi... Diorang semua benci saya,” kata Jongup. Kini, senyuman Jongup hilang. Dia tak snaggup nak cakap perkataan ‘benci’ tu. Dia amat berharap yang mereka semua kan berkawan dengan dirinya. Dia tak nak mereka semua membencinya. Dia nak kawan. Tapi, apakan daya. Semua tu hanya harapan yang tak akan pernah tercapai. “Zelo, saya nak balik dulu. Kalau awak nak tengok diorang main, awak tengok jelah. Saya nak balik,” kata Jongup kemudian dia bangun.

 

“Awak nak balik dah? Saya nak ikut jugak!” kata Jongup. Dia turut bangun. “Takpe ke?” soal Jongup. Zelo mengangguk kepalanya banyak kali kemudian tersenyum. “Dia ni memang tak leh berhenti senyum,” getus hati Jongup. “Awak balik ikut jalan mana? Saya ikut jalan ni,” kata Zelo sambil menuding jari telunjuknya. “Saya pun balik ikut jalan tu,” tipu Jongup. “Baguslah kalau macam tu! Jom balik sama-sama!” kata Zelo. Tangan Jongup ditarik oleh Zelo.

 

“Eh! Eh! Saya boleh jalan sendiri lah!” kata Jongup. “Hehe... Mian...,” kata Zelo kemudian tangan Jongup dilepaskan. Zelo jalan dahulu maninggalkan Jongup di belakang. Jongup terhenti. “Ada sesuatu yang tak kena dengan dia tu. Aku kena berhati-hati,” kata Jongup dalam hati. Kamudian, dia pusing ke belakang dan mengikut jalan lagi satu. Dia sengaja nak tipu Zelo. Dia terpaksa sebab dia tak nak Zelo ikut dia.

 

“Jongup hyung! Awak tau tak kat sana ada-“ kata-kata Zelo terhenti setelah melihat Jongup hilang dari pandangannya. “Hyung? Awak pergi mana? Jongup hyung?” kata Zelo sambil memandang sekeliling. Namun, bayang Jongup langsung tidak kelihatan. Zelo mengeluh. Dia segera pulang ke rumahnya tanpa mencari Jongup. Dia dapat rasakan yang Jongup mesti lari dari dia. Tapi, kenapa??? Zelo nak sangat tau kenapa.

 

*****

“Saya dah balik...,” kata Jongup perlahan. Yongguk masih belum pulang dari sekolah. Jongup meletakkan beg sekolahnya di atas meja kemudian dia baring di atas sofa. Dia menutup matanya perlahan-lahan...

 

 


Hai!~ Hai!~ ^^ I'm back :3 Erm.... ._. Erm... ._.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^