Evidence 27

I'm A Psycho

“Appa???” soal Yongguk sambil memandang ke arah ayahnya. Ayahnya hanya tersenyum kemudian dia berkata, “Kamu dah balik? Mana Jongup?” Yongguk segera menuju ke arah ayahnya dan menyalam tangannya. “Jongup tidur kat rumah abang dia malam ni,” terang Yongguk. “Abang dia?” soal Encik Bang. “Ah! Abang kandung dia, Moon Daehyun,” balas Yongguk. “Oh~ Maknanya dia dah jumpa abang kandung dia la, kan? Kamu nak biarkan mereka berdua tinggal sama-sama ke? Kamu tak kisah?” kata Encik Bang.

 

“Bukannya saya nak biarkan diorang tinggal sama-sama. Cuma saya nak bagi diorang masa untuk berbaik semula. Lagipun-,” kata-kata Yongguk terhenti di situ. Encik Bang mula hairan terhadap anaknya itu. “Apa aku cakap ni? Aku tak patut cakap camtu! Lagipun, Jongup tu pembunuh!!!” getus hati Yongguk. “Wae?” soal Encik Bang. “A... Ani! Saya masuk bilik dulu, ye? Nanti saya datang balik,” kata Yongguk. Encik Bang hanya mengangguk selepas mendengar kata-kata Yongguk.

 

Yongguk segera menuju ke arah biliknya dan mengunci pintu. Dia mula berasa takut. Dia tak tau nak terangkan macam mana lagi pasal Jongup dekat ayahnya sendiri. Dia tidak pasti sama ada Encik Bang akan percayakan dia atau tak. Yongguk menarik nafas kemudian dia keluar dari biliknya semula. Dia segera menuju ke arah ayah yang sedang leka menonton televisyen. “Appa...,” kata Yongguk sambil menggenggam erat tangan ayahnya.

 

“Sejuknya tangan kamu ni. Kamu nak apa?” soal Encik Bang. “Appa... Saya takut... Saya tak tahu nak bagitau siapa lagi pasal perkara ni. Appa jelah harapan terakhir saya,” kata Yongguk. “Apa dia? Marhaebwa,” balas Encik Bang. Yongguk memandang sekeliling dahulu sebelum bersuara. “Appa, Jongup tu sebenarnya pembunuh,” terang Yongguk. Mata Encik Bang mula membulat. Dia terdiam buat sementara waktu.

 

“Appa... Percayalah cakap saya ni. Appa tak rasa ke tangan saya yang tengah sejuk ni? Appa pernah ke tengok saya gelisah macam ni?” terang Yongguk panjang lebar. “Boleh kamu terangkan dengan lebih terperinci? Appa tak faham semua ni. Jongup bunuh siapa?” soal Encik Bang. Kemudian, Yongguk emnceritakan segala-galanya kepadanya. Dari A sampai ke Z. Walaupun cerita itu agak susah untuk dia percayai, dia cuba mempercayainya. Dia tahu bahawa Yongguk tak tipu masa tu.

 

*****

 

“Oppa!!! Hari ni oppa dah boleh keluar dari hospital~ Tahniah, oppa! Yori rasa gembira sangat sekarang ni,” kata Yori kepada Youngjae. Youngjae hanya tersenyum melihat reaksi adiknya itu. Yori segera memimpin abangnya itu keluar daripada hospital. Walaupun dia telah dimarahi oleh orang yang disukainya, iaitu Jongup, dia tetap tabahkan dirinya. Apa yang penting baginya sekarang ini ialah abangnya. Dapat lihat Youngjae semakin sembuh dari hari ke hari dah cukup membuatkan hatinya gembira.

 

“Oppa! Kaja~ Jom kita balik rumah,” kata Yori sambil menarik tangan Youngjae. “Jamkkan! Sebelum tu, boleh tak kamu bawak oppa kat tempat kerja oppa kejap?” soal Youngjae. Yori berasa sedikit hairan dengan permintaan abangnya itu tapi dia tetap membawa Youngjae ke tempat kerjanya. “Kat sinilah! Oppa nak buat apa kat sini?” kata Yori. “Entahlah... Oppa tiba-tiba rasa nak pergi sini,” balas Youngjae.

 

“Yoo Youngjae ke tu?” kata satu suara. Youngjae segera memaling ke arah suara tersebut. “Awak siapa?” soal Youngjae. “Saya Lee Ji Oh, tuan awak,” kata Ji Oh sambil tersenyum ke arah Youngjae. Youngjae tersenyum ke arahnya semula. “Awak datang kat sini sebab nak pulihkan ingatan awak ke?” soal Ji Oh. “Ye la kot...,” kata Youngjae sedikit perlahan. “Oppa! Tak nak balik lagi ke?” soal Yori yang sudah bosan menunggu.

 

“Oppa nak tengok tempat ni kejap. Yori tunggu jelah, ye?” kata Youngjae. Yori mengangguk dan sedikit kecewa dengan jawapan abangnya itu. Sebenarnya, Yori nak sangat balik rumah tapi demi abang dia, dia terpaksa setuju je. Ji Oh segera membawa Youngjae masuk ke dalam. Youngjae memerhati keliling tempat tersebut. Dia rasa seperti pernah lihat tempat ni tapi dia tak berapa ingat bila dia tengok.

 

“Kat sini tempat duduk awak,” terang Ji Oh kepada Youngjae. Dia melihat tempat duduknya itu. Kat situ ada sekeping nota yang bertulis ‘Suspek bersalah!’ “Apa maksud nota ni?” soal Youngjae kepada Ji Oh. Ji Oh hanya menggeleng kerana sememangnya dia tidak faham akan maksud tersebut. Youngjae berlalu dari situ kemudian dia terhenti sebentar. “Tuan, ada tak kes yang saya belum selesaikan sebelum saya hilang ingatan?” soalnya tiba-tiba.

 

Ji Oh hanya mengangguk. Youngjae mula berasa tidak sedap hati kemudian dia menyuruh Ji Oh agar menyerahkan dokumen mengenai kes yang belum selesai itu kepadanya. “Tapi, kes ni dah dapat diselesaikan,” kata Ji Oh sambil menyerahkan dokumen tersebut kepada Youngjae. Mata Youngjae membulat. “Siapa yang selesaikan???” soal Youngjae dengan nada yang agak tinggi. “Moon Daehyun... Dia abang kepada suspek. Jadi, sebab tu lah kes ni ditutup sebab abang dia masih hidup,” balas Ji Oh.

 

“Mustahil! Saya tak percaya semua ni! Haritu suspek cuba nak bunuh saya! Suspek ni bersalah! Saya takkan benarkan kes ni ditutup!” marah Youngjae. Youngjae mula menyemak semula dokumen tersebut satu persatu. Ji Oh mula hairan dengan kelakuan Youngjae kemudian dia berkata, “Youngjae, awak dah ingat balik ke?”

 

 

 

 

 


aku ade buat ff baru~ u o u jenguk2 lah ye? here

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
put_up
aku x tau kenape aku suke jadikan bias aku org jahat ._.

Comments

You must be logged in to comment
MissVampire #1
Chapter 31: Knape Jungop mati ? Alahhhh . Siann abangg angkat diaa ><
JunAra
#2
Chapter 31: Daebak giler !!!!!!!!!!! Kalau baca sekali nak baca berkali-kali ! Debak sangat2 >.< sampai pukul 3 pagi saya baca fanfic ni.. Saya suka sangat2.. I wish you luck in future.
*nak tgk satu hari nanti drpd fanfic ni jadi filem or drama. Nak sangat !!!!
MissLola97
#3
Chapter 31: nak mengalir air mata. Patutnye dae pon masuk pnjara jgk sbb subahat. Dahlah dia punca jongup jadi cmtu
hyemipark
#4
Chapter 31: Huwaaa!!!! ~T_T~~T_T~~T_T~Sedih gileeeee siot
DAEBAK TERBAIKLAH BEST GILEEE
Misaki_Raichii
#5
Chapter 31: sedihhhnyeee!!!!!!!!meleleh air mata &hingus saye....tapi memang terbaiklah ff ni!!!thank sebab update cite nii...tapi sedih sebab dh habis cite ni harap2 dapat bace cite yg lebih best...
Jelly_Warrior
#6
Chapter 31: Sedihnya diri ini...terbaik ah ff ni ! Good job cik author!! /thumbs up/
93Hanafayana #7
Chapter 31: Kenapalah jahat sangat gurawan taehyung tu....-_-
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 31: tak sangka pula daehyun mcm tu.. taehyung pun.. ingtkan kenapa la jongup bunuh taehyung.. sekarang mmng kesian dngn jongup.. dia mangsa keadaan..
DiamondSakura
#9
Chapter 30: Ya Allah. sedihnya ㅠㅠ jongup dihukum mati akhirnya. . . . hurm kenapa daehyun x jumpa dia sekali! kenapa daehyun x kena hukum penjara sekali sedangkan dia pun terlibat dalam pembunuhan tu walaupun dia x bunuh?! aigoo kesian jongup tersalah catur idup dia sendiri ㅠㅠ

btw author-nim. . fic ni daebak! chukhahae sebab akhirnya fic ni da abis. hohoho ^^