Mister Mafia's Maid
Description
Setelah menjadi saksi kepada satu tragedi berdarah yang meragut nyawa insan-insan yang disayanginya, Park Minha terpaksa melarikan diri dari menjadi mangsa seterusnya. Langkah kakinya yang longlai telah membawanya ke sebuah teratak mewah yang terletak di tengah belantara. Sangkanya riwayat hidupnya bakal tamat di situ tetapi ternyata dia salah. Park Minha menyedari bahawa takdir yang diatur untuk dia baru bermula apabila dia ditawarkan perlindungan oleh si pemilik kediaman mewah itu. Dia tersepit sama ada mahu menerima tawaran berisiko itu ataupun tidak. Apa yang dia tahu dalam jiwanya menyala satu keazaman; keazaman untuk membongkar indentiti manusia yang memaksanya untuk memilih jalan hidup yang baru itu.
W A T A K - W A T A K
Y O O N D U J U N
Ketua klan Shadow Triad dan juga seorang chaebol.
P A R K M I N H A
Gadis malang yang terpaksa bekerja sebagai maid peribadi Dujun.
B E A S T M A S T E R
Orang kanan Dujun yang terdiri daripada Junhyung, Gikwang, Hyunseung,Yoseob dan Dongwoon. Juga berperanan sebagai pengawal peribadi Dujun.
B A N G Y O N G G U K
Ketua klan Light Fang. Bekas kawan baik dan kini musuh Dujun.
S H I N H Y E J E O N G
Bekas kekasih Dujun yang cuba menyambung kembali cinta diantara dia dan Dujun. Juga merupakan kawan baik kepada Yongguk.
B U N N Y K I L L E R
Seperti Dujun,Yongguk juga mempunyai orang kanannya yang terdiri daripada sekumpulan ninja iaitu Youngjae, Himchan, Zelo, Daehyun dan Jongup.
Foreword
Ff kedua saya. Agak cliche dan juga banyak unsur merapu. Haha. Kepada pembaca,enjoy!
Dan terima kasih kepada Min_Arisu dari Cherie Malay Review Shop kerana telah meng-review cerita ni!
Comments