Runaway Girl

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Segala yang berlaku pada malam itu begitu pantas. Sekelip mata ahli keluarganya dibunuh oleh sekumpulan manusia berpakaian hitam tak ubah seperti ninja..dan dengan sekelip mata juga dia bergelar sebatang kara. Park Minha berlari sekuat hati,cuba menyelamatkan dirinya yang mungkin menjadi sasaran manusia-manusia tadi. Dia terus berlari,berlari dan berlari sehinggalah tanpa sedar dia sudah berlari memasuki sebuah hutan tebal.

 

Minha sudah keletihan. Rasanya lama juga dia berlari tanpa henti. Dia berhenti berlari dan duduk disebuah batu besar. Matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling. Eh..aku termasuk dalam hutan mana ni...bisik hati kecilnya. Minha menyeka peluh yang mula timbul di dahi. Nafasnya turun naik sebab terlalu letih dengan apa yang sedang dihadapinya sekarang.

 

Minha merenung langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang. Hari ini merupakan hari paling malang..teramat malang sehingga dia merasakan dia perlu menamatkan nyawanya. Buat apa dia hidup diatas muka bumi ini sedangkan sumber kehidupannya sudah tiada? Dia hidup kerana keluarganya, bukan kerana sesiapa.. Gadis itu menangis lagi. Memang tiada gunanya dia hidup..

 

"Apa guna aku lari tadi? Aku dah tak boleh nak teruskan hidup dah.."ujar Minha sendirian dengan air mata yang masih mengalir keluar. 

 

 

Cahaya mencurah-curah masuk ke dalam ruang serba biru itu. Seketika cahaya mentarik terlampau terik dan memancar-mancar. Minha perlahan-lahan membuka matanya. Uggh..kat mana aku ni? Matanya memerhati keadaan sekeliling. Ruang serba biru dengan hiasan mewah.. Aku berimaginasi ke?

 

"Doktor Lee,cepat periksa keadaan manusia ni!"

 

Minha terperanjat seketika. Bagaimana dia langsung tidak menyedari kehadiran lelaki bertuxedo hitam ini di sebelahnya?

 

Seketika kemudian,muncul seorang wanita pertengahan usia dan berkot putih berjalan ke arah Minha. Dia mengeluarkan stetoskop dari poket kot putihnya.

 

"Dia okey saja tuan. Cuma badannya saja yang ada calar-balar sikit."ujar Doktor Lee sambil menyimpan stetoskopnya. Lelaki bertuxedo hitam itu mengangguk perlahan. Dia kemudiannya mengajak doktor itu ke satu sudut untuk berbincang tentang sesuatu.

 

Minha memerhatikan gerak geri dua orang manusia yang tidak dikenalinya itu dengan penuh tanda tanya. Siapa mereka? Mengapa aku boleh berada di sini? Kejap..adakah mereka ni penculik? Tapi kalau penculik tak kan lah diorang rawat dan letak aku kat tempat mewah macam ni..? Hmmm..

 

Lelaki bertuksedo hitam itu tiba-tiba muncul di depannya dengan satu mug berisi minuman panas. Diberikan mug tersebut kepada Minha yang nampak begitu terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Minha mengambil mug tersebut dengan berhati-hati.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD