Trip to Busan II

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Minha menggaru belakang lehernya. Kurang beberapa meter dari tempatnya pula duduk si ketua mafia yang berwajah tenang sambil bermain permainan di telefonnya. Gadis itu memerhatikan tuannya dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Bagaimana lelaki ini boleh bersikap tenang pada saat ini?

 

"Saya langsung tak menjangkakan perkara sebegini rupa boleh berlaku.."

 

"Busan ni tempat pelancongan tuan..sepatutnya tuan tempah dulu bilik hotel sebelum datang ke sini!"

 

Dujun menggeleng kepala. Pening. Sudah hampir sepuluh hotel mereka singgahi kerana masalah ketiadaan bilik kosong dan ini merupakan hotel mereka yang ke sebelas dan mujurlah hotel tersebut mempunyai bilik kosong. Tapi masalahnya bilik kosong yang ada cuma satu!

 

"Manalah saya nak tahu bilik hotel-hotel kat sini boleh penuh hari ni..lagipun, apa masalahnya kita berdua kongsi bilik?"

 

Minha menjegilkan mata mendengar kata-kata tuannya. Dujun sudah tergelak melihat gelagat maid-nya.

 

"Janganlah marah.. Benda dah jadi,nak buat macam mana lagi kan.."

 

"Ya saya tahu. Tapi takkanlah kita berdua kena kongsi bilik, tuan?"ujar Minha. Riak mukanya seperti ingin menangis tatkala mendengar perkataan 'kongsi bilik' yang keluar dari mulut Dujun.

 

"Habis tu awak nak tidur kat kaki lima? Ke nak tidur dalam kereta saya?"

 

"Haa, boleh jugak kalau saya tidur dalam kereta tuan, tuan tidur dalam bilik ni. Lagipun maid mana boleh tidur dalam bilik yang sama dengan tuannya, tak setaraf kata orang.. So fair and square-lah kan?"

 

Dujun memandang Minha dengan kening sebelah terangkat. Ish..biar betul dia ni..nak tidur dalam kereta pulak. Macam-macam hal lah..bisik hati kecil Dujun. Dia yang sedari tadi duduk di sofa bingkas bangun.

 

"Tak payah nak berangan. Dibuatnya awak tidur dalam kereta tu,lepas tu kereta tu dicuri orang..tak ke bahaya? Dah..Awak dan saya tidur dalam bilik ni je. Saya tidur kat sofa, awak tidur kat atas katil tu."

 

Habis aku jadi maid kau si ketua mafia ni tak bahaya?,omel Minha dalam hati.

 

"Tapi tuan.."

 

"Takda tapi-tapi dan takda sebarang bantahan. Ini satu arahan!"tegas Dujun lalu bergerak menuju ke bilik air. Minha terkedu. Macam mana ni...macam mana ni... Tidur sebilik dengan tuan sendiri? Memang confirm tak tidur aku malam nanti...

 

 

"Apa? Dujun dengan Minha ada kat sini?"

 

"Ya..tadi aku ternampak dia di lobi hotel."jawab Yongguk sambil mengelap peluh di dahinya.

 

Hyejeong mengerutkan dahi. Buat apa bekas kekasihnya itu disini dengan maid-nya..berdua?

 

"Jangan-jangan dorang berdua..dah kahwin dan bulan madu kat sini tak?"duga Hyejeong sambil memandang Yongguk yang sedang duduk menghirup kopi di depannya. Lelaki itu pantas menggeleng.

 

"Kau ni kan.. Boleh tak jangan berfikiran positif sangat? Kau lupa ke Kyunsang yang jemput kita ke majlis perkahwinan dia esok tu sepupu Dujun?"

 

Yoon Kyunsang merupakan sepupu Dujun sebelah ayahnya dan juga seorang ahli perniagaan yang berjaya. Oleh sebab itu, dia mempunyai hubungan perniagaan yang agak rapat dengan keluarga Hyejeong dan keluarga Yongguk. Sebenarnya abang kembar Yongguk yang dijemput sepupu Dujun itu kerana mereka merupakan rakan kongsi tetapi kebetulan abang kembar Yongguk berada di luar negara atas urusan kerja. Jadi terpaksalah Yongguk menghadiri majlis tersebut sebagai wakil abangnya. Hyejeong pula hanya menemani abangnya yang merupakan kawan baik sepupu Dujun itu ke Busan dan kebetulan terserempak dengan Yongguk di hotel.

 

"Manalah aku tahu dia sepupu Dujun. So sekarang kita nak buat apa? Pelik betul..boleh pulak kau,aku dengan Dujun menginap di hotel yang sama. Kebetulan kan?' ujar Hyejeong sambil tersengih.

 

Yongguk tersenyum cuma. "Memang kebetulan agaknya. Dah la ex kau tu duduk sebilik dengan maid-nya. Hmm..aku boleh bayang apa yang mungkin boleh berlaku bila diorang hanya berdua dalam bilik tu...hahah.."

 

"Bodoh..Dujun takkan buat benda bukan-bukanlah!"marah Hyejeong. Dia kenal Dujun. Selama hampir setahun mereka bercinta, Dujun tak pernah berbuat apa-apa walaupun ketika mereka hanya berdua. Perkara paling ekstrem lelaki itu pernah lakukan cuma pelukan saja.. Cium? Cuma ciuman di pipi dan dahi..

 

Yongguk sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi gadis di depannya. Beberapa kali dia menggelengkan kepala kerana teringatkan kata-kata Hyejeong sebentar tadi. Bukan main marah reaksi muka kawan baiknya itu setelah mendengar kata-katanya,padahal lelaki itu hanya bergurau.

 

"Rilekslah..aku gurau je. Aku pun tahulah perangai Dujun macam mana..dia tu dengan perempuan tak banyak tunjuk perasaan. Aku pasti kau pun tahu dan kenal benar dia macam mana kan? So sekarang kau nak intip dia dengan Minha ke?"

 

Hyejeong yang ketika itu sudah sedikit reda marahnya hanya menjungkitkan bahu. Dia tak tahu untuk buat apa sebenarnya. Yang dia tahu,dia cuma ingin memenangi kembali hati bekas kekasihnya itu. Tapi dalam diam dia teringin juga bertemu Minha yang dikatakan Yongguk sebagai maid Dujun dan berjaya membuatkan Yongguk jatuh hati terhadapnya. Tapi betul ke Yongguk ni sukakan Minha? Playboy macam dia ni tak boleh nak percaya sangat..bisik hati kecil Hyejeong.

 

"Hmm..kau reti intip orang ke? Kalau macam tu sekarang jugak kita intip diorang!"

 

Yongguk mengangguk. Memang sekarang aku nak pergi intip diorang pun.. Aku tertanya-tanya juga macam mana keadaan Dujun dan Minha..sebilik..

 

Tidur berpelukan..?

Then..cium dan..huh?

 

Andwaeeeeee! Aku tak boleh biarkan jantan tu dapat Minha! Yongguk dah berfikir bukan-bukan. Dia menghirup air kopinya sambil memikirkan strategi yang sesuai untuk mengintip Dujun dan Minha.

 

 

Dujun mengukir senyuman tatkala matanya kini sedang melihat lelaki yang melambaikan tangan ke arahnya. Pantas Dujun berjalan ke arah lelaki itu dengan hadiah yang dipegangnya. 

 

"Yosh Dujun..bila kau sampai sini?"tegur sepupu Dujun dengan sengihan.

 

"Petang tadi..mana isteri kau? Aku nak tengok jugak macam mana rupa perempuan yang dah curi hati sepupu aku ni."balas Dujun. Mereka berpelukan sebentar selepas selesai berbalas salam.

 

Kyunsang menjuihkan bibir ke arah seorang wanita memakai gaun pengantin putih yang sedang mengambil gambar bersama beberapa orang wanita. Mungkin wanita-wanita itu rakan kepada pengantin perempuan. 

 

"Kejap lagi aku kenalkan kau dengan dia. By the way..siapa gadis comel yang kau bawa tu?"

 

"Oh..yang tengah duduk kat meja tu ke? Mmm..dia maid aku.."

 

Kyunsang mengerutkan dahi sambil merenung wajah sepupunya yang tiba-tiba terbatuk-batuk. "Kau? Ada maid? Betul ke apa aku dengar ni? Sejak bila kau tiba-tiba berminat nak upah maid? Sepanjang aku kenal kau dari kau kecil sampai kau handsome macam ni, kau memang tak suka ada maid. Dulu ayah kau nak upah maid untuk kau pun kau tak nak.. Sekarang tiba-tiba dah ada maid?"

 

Dujun memandang Kyunsang dengan wajah seriusnya. "Salah ke aku ada maid?"

 

Kyunsang tersengih. "Tak salah..cuma pelik sikit. Kau tu tiba-tiba buat b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD