Bittersweet

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

"Seminggu?"

 

"Ya,sudah seminggu tuan tidak sedarkan diri dan sudah seminggu juga Minha hilang dari vila ini.."

 

Dujun merengus perlahan. Dia yang tadinya berbaring cuba untuk bangun tetapi tidak berhasil apabila terasa jahitan luka tikaman pada belakang badannya terbuka.

 

"Aarggh.."lelaki itu memegang belakang badannya yang berbalut dengan kain putih. Sakitnya bukan main kepalang tetapi ditahan sepenuh hati. Digagahkan juga badannya untuk bergerak bangun. Dia tidak boleh duduk diam saja,dia harus mencari dan menyelamatkan Minha!

 

Puan Li pantas mendekati tuannya dan membantu lelaki itu bangun."Tuan mahu ke mana? Tuan perlu berehat..luka tikaman tuan itu perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya!"

 

"Saya tak akan boleh berehat dengan tenang sampailah saya dapat tengok Minha di vila ini kembali,Puan Li..."keras saja nada lelaki itu sambil perlahan-lahan kakinya melangkah keluar dari bilik.

 

Kebetulan Beast Master tiba betul-betul di depan bilik Dujun. Terkejut beruk mereka berlima melihat kelibat bos mereka yang sedang berdiri di depan pintu bilik dengan muka pucatnya.

 

"Waaarrrggghhh zombieeee!!"spontan Dongwoon dan Hyunseung yang berada di depan berlari lintang pukang kerana terkejut tapi sempat ditangkap oleh Junhyung dan Yoseob.

 

"Lembap..itu bos kitalah bangang!"spontan satu sekehan dari Yoseob singgah di kepala Dongwoon dan Hyunseung. Gikwang dan Junhyung sudah menggelengkan kepala. Boleh pula mereka sangka Dujun itu zombie di waktu-waktu genting ini.

 

"Bos,kenapa bos boleh berada kat depan pintu ni? Bos kan belum sembuh sepenuhnya lagi jadi bos patut rehat saja biar kami je yang cari dan selamatkan Minha."tegur Gikwang risau sambil membantu Dujun berdiri.

 

Dujun menghela nafasnya perlahan. Mengapa orang disekelilingnya asyik menyuruhnya berehat? Mereka tidak tahukah betapa pentingnya Minha kepada dirinya? Walau bagaimanapun dia harus selamatkan Minha dengan tubuhnya sendiri!

 

"Betul tu bos. Bos patut berehat."sampuk Dongwoon sambil menggusap kepalanya sendiri. Sengal bebeno kepala ini disekeh Yoseob tadi.

 

"Tak boleh.. Saya kena selamatkan Minha sendiri.."

 

BEDEBUK! Tiba-tiba Dujun jatuh pengsan. Mungkin kerana terlalu banyak tenaga yang diguna untuk bergerak tadi sedangkan sudah hampir seminggu dia tidak makan kerana pengsan. Beast Master sudah panik!

 

"Bos!! Alahai bos ni pengsan lagi!"

 

"Dah..Cepat angkat bos masuk bilik!"

 

 

Yongguk mengintai ke dalam bilik abang kembarnya. Lagaknya tidak ubah seperti perompak yang cuba memecah masuk rumah orang. Haa,bagus. Tiada orang di dalam. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik itu diikuti Bunny Killer di belakangnya.

 

"Ketua,ketua pasti ke abang ketua takda di vila hari ni?"tanya Youngjae sambil memerhatikan pintu bilik.

 

"Takda. Pagi-pagi dia dah keluar pergi kerja. Jadi sekaranglah waktu yang sesuai untuk kita geledah bilik dia. Korang pun,cepatlah cari apa saja yang boleh dijadikan klu di mana dia sembunyikan Minha!"arah Yongguk.

 

"Bunny Killer menurut perintah,ketua!"sahut orang bawahan Yongguk itu sambil buat gaya tabik hormat bak tentera.

 

Yongguk sudah menggelengkan kepala melihat aksi anak buahnya. Boleh tahan sengal juga budak-budak ni,omelnya dalam hati sambil tangannya ligat menyelongkar laci meja.

 

Selepas puas memeriksa isi lavi,Yongguk beralih pula kepada almari. Dibuka pintu almari dan diperiksa setiap inci almari itu habis-habisan.

 

Dalam sibuk-sibuk itu sempat juga Yongguk memikirkan perihal abang kembar si Yongnam itu. Semasa dia dimaklumkam oleh Puan Li mengenai kejadian yang menimpa Dujun sehingga Minha dibawa pati lelaki misteri,dia sudah dapat menganggak itu semua adalah kerja abangnya. Malam ketika Minha dilarikan,dia terperasankan kelibat abangnya tergesa-gesa keluar dengan beberapa peralatan aneh. Penampilannya juga agak pelik,berpakaian serba hitam seperti orang berkabung. Dia sangka lelaki itu mahu ke majlis pengebumian,rupa-rupanya...

 

"Ketua,saya jumpa kotak pelik!"tiba-tiba Zelo bersuara agak nyaring sambil memgeluarkan satu kotak hitam dari bawah katil. Kotak itu diletakkan diatas katil.

 

Yongguk dan yang lain-lainnya sudah berdiri di depan katil sambil merenung kotak itu.

 

"Bukalah kotak tu cepat Zelo,"selamba saja Jongup memberi arahan. Tidak sabar agaknya untuk melihat isi di dalam kotak tersebut.

 

"Okey."tanpa berlengah pemuda tinggi lampai itu membuka penutup kotak hitam itu. Terlopong mereka berenam melihatnya.

 

"Erkk..majalah Playboy rupanya.. Ingatkan apa tadi,"Zelo buat muka kecewa. Sangkanya di dalam kotak itu ada barang-barang yang boleh dijadikan petunjuk.

 

"Wahh,boleh tahan byuntae jugak abang ketua ya?"Himchan membelek-belek senaskah majalah lucah itu yang diambil dari dalam kotak. Ralitnya dia melihat isi dalam majalah itu sampaikan ahli Bunny Killer yang lain kecuali Zelo berebut-rebut mahu membacanya.

 

"Eeee.. Kalau dah byuntae tu byuntae jugaklah..."marah Zelo yang memang terlebih suci akal dan fikirannya. Bukan macam abang-abang Bunny Killernya yang berotak kuning.

 

"Woo woo..woohooo hooo!"Jongup sudah membuat bunyi miangnya bila melihat gambar wanita seksi dalam majalah itu. Youngjae, Daehyun dan Himchan sudah ketawa mengekek.

 

Tiba-tiba satu sekehan dari Yongguk singgah di kepala golongan lelaki miang yang sedang asyik membelek-belek majalah itu. Spontan keempat-empat mereka memegang kepala sambil memgaduh kecil. Zelo sudah ketawa terbahak-bahak melihat aksi abang-abangnya. Padan muka,siapa suruh gatal sangat!

 

"Aku suruh korang cari petunjuk,bukan jamu mata korang dengan tengok majalah lucah macam ni ngok."bebel Yongguk geram. Kemudian hatinya berbisik..Kenapalah aku dapat anak buah yang miang?

 

"Ala ketua ni,kita orang tengok kejap je."Daehyun buat muka tak bersalah.

 

"Dah dah,simpan balik kotak ni kat bawah katil lepas tu cari lagi petunjuk."

 

Keempat-empat lelaki miang itu akur. Mereka menyimpan kembali majalah yang dipegang mereka ke dalam kotaknya dan menyimpannya di bawah katil. Kemudian mereka bergerak ke sudut-sudut bilik untuk mencari petunjuk.

 

Setelah hampir setengah jam mencari,mereka akhirnya mengalah. Memang tiada langsung petunjuk yang boleh mereka gunakan untuk mencari Minha. Nampaknya memang sia-sia sajalah usaha mereka menggeledah bilik Yongnam tadi. Yongguk sudah meraup mukanya. Niatnya untuk membantu Dujun mencari Minha nampaknya tidak kesampaian..

 

"Dah lah,jom kita berehat kat luar. Dah takda apa dah yang boleh kita cari kat dalam bilik ni."mendatar saja nada Yongguk sambil melangkah keluar dari bilik abangnya.

 

Bunny Killer menurut saja. Mereka berenam ke meja taman untuk berehat sebentar. Tidak lama kemudian Kyungri muncul sambil membawa jus oren dan sedikit snek.

 

"Jemputlah makan tuan,encik-encik sekalian."pelawa Kyungri. Dia masih lagi tidak tahu perihal teman baiknya yang sudah diculik Yongnam. Yongguk sendiri tidak mahu memaklumkan maidnya tentang hal itu. Dia tidak mahu maid-nya itu risau.

 

"Err tuan,saya nak tanya sesuatu..boleh?"

 

Yongguk yang sedang menikmati jus orennya sudah mengerutkan dahi. Apa yang dia mahu tanya aku? Jangan-jangan dia dah tahu pasal Minha tak?,fikir lelaki itu.

 

"Tanyalah."

 

Tiba-tiba Kyungri mengeluarkan sehelai kertas kecil dari poket uniformnya lalu diberikan kertas tersebut kepada Yongguk sambil berkata,"Kertas ni kepunyaan tuan ke? Saya jumpa kertas ni dalam poket kot kegemaran tuan semasa nak basuh pakaian pagi tadi. Saya simpan sebab saya takut kertas ni penting untuk tuan."

 

"Kot kegemaran saya yang mana?"

 

"Kot yang berwarna hijau gelap berjenama Kucingkurap.com ,tuan."

 

Makin bertambah kerutan di dahi Yongguk. Seingatnya tiada pula dia pakai kot itu sepanjang minggu ini. Agaknya itu kot Yongnam. Yongnam kadangkala suka membeli pakaian dari jenama yang sama dengan yang Yongguk beli. Ah,apa-apa sajalah.

 

"Awak boleh pergi sekarang. Terima kasih ya?"balas Yongguk dengan senyuman. Kyungri menganggukkan kepala. Dia terus beredar dari situ. Yongguk menghela nafas. Kertas pemberian maid-nya itu beleknya perlahan.

 

"Ini.."

 

"Bukankah ini peta ke vila percutian ketua dekat Busan? Ketua ada pelan nak bercuti kat sana ke?"soal Youngjae pelik sambil meneliti kertas dari Kyungri yang Yongguk letakkan di atas meja.

 

Yongguk tiba-tiba tersengih.

 

'Bingo! Rupanya kat situ dia sembunyikan Minha..vila yang tersorok dari pandangan umum tu memang tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian. Aku kena bagitahu Dujun pasal ni!'bisik hati kecil lelaki itu.

 

"Korang,aku nak keluar sekejap. Korang makanlah puas-puas ya."cepat-cepat Yongguk bangun dari kerusi lalu berlari masuk ke vila. Bunny Killer memerhatikan saja ketua mereka dengan reaksi hairan.

 

"Yeay dapat makan free puas-puas!"Jongup sudah teruja. Memang dia suka makanan percuma,tak perlulah dia keluarkan wang untuk membeli makanan nanti. Wakakaka.

 

 

Yongnam membuka ikatan tali persaudaraan..eh silap,tali yang dililit di sekeliling tangan dan kaki Minha pada kerusi,membuatkan Minha yang sedang tidur terjaga. Eh,dah kenapa mamat ni bukak ikatan tali ni? Nak lepaskan aku ke apa?

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD