Heart To Heart Talk

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Junhyung mengikut langkah bosnya ke sebuah vila di pinggir bandar. Untuk tujuan apa, Junhyung sendiri pun tidak tahu. Bosnya itu tidak pula tidak memaklumkan kepadanya vila siapa yang sedang mereka jejaki sekarang. Sekali imbas, vila itu tidak ubah seperti istana penjahat dalam filem-filem fantasi. Pokok-pokok yang sudah mati menjadi hiasan sepanjang jalan menuju ke ruang depan vila itu, malah kadang-kala kelibat sang gagak dan sang kelawar dilihat berterbangan di ruang langit sekitar vila. 

 

"Hmm.. Ni kalau malam-malam lalu dekat sini seorang diri mau terkucil aku dibuatnya..seram.."Junhyung bermonolog sendirian sambil memerhatikan keadaan sekitar. Bosnya sudah jauh berjalan ke depan. Cepat-cepat dia mengejar bosnya itu.

 

"Bos.. Vila siapa ni?"tanya lelaki itu sambil berjalan disisi Dujun.

 

"Nanti awak tahulah."balas Dujun perlahan. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek jaket kulitnya lalu membuka sebuah fail gambar. Dibandingkan rupa vila di depannya kini dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Terangkat sebelah kening Junhyung yang sedari tadi memerhatikan kelakuan tuannya.

 

Dujun kemudiannya berjalan mendekati pintu utama vila. Agak lama juga dia berdiri di depan pintu berwarna hitam itu,berfikir tentang cara yang patut dilakukannya untuk memanggil pemiliknya. Patutkah dia mengetuk dengan penuh sopan atau menendang pintu itu dengan kaki panjangnya?

 

"Eh.. Encik berdua ni siapa?"tegur seorang gadis berpakaian uniform serba merah jambu sambil memegang plastik besar berisi sampah-sarap. Berkerut-kerut dahi gadis itu memandang aksi Dujun yang nampak seperti ingin menendang pintu vila. Pantas lelaki itu membetulkan gayanya, berdiri dengan penuh keyakinan dan berpaling ke arah gadis yang menegurnya tadi.

 

"Saya kawan Encik Bang.. Dia ada di dalam tak sekarang? Kalau ada, awak tolong sampaikan pesan yang kawan baiknya, Yoon Dujun datang untuk berjumpanya sekarang. Ada hal penting yang hendak saya bincangkan dengan dia."

 

Junhyung menganggukkan kepala tatkala mendengar kata-kata bosnya. 'Vila Bang Yongguk rupanya.. Patutlah seram semacam je..'omel pemuda itu dalam hati.

 

"Ah..kawan Tuan Bang ke? Maaflah,saya pekerja baru di vila ni. Tunggu sekejap ya,saya pergi buang sampah dulu. Selepas buang sampah ni saya akan maklumkan pada tuan secepat mungkin!"ujar gadis itu dengan senyuman. Cepat-cepat dia beredar dari situ untuk membuang sampah dan beberapa minit kemudian gadis itu kembali lalu terus masuk ke vila untuk memaklumkan kepada tuannya.

 

Yongguk ketika itu sedang sibuk bersenam di gim bawah tanah bila maidnya, Kyungri muncul di depannya dengan sehelai tuala muka. Dipandang wajah maid barunya itu dengan dahi berkerut. Pantang betul dia jika seseorang menganggunya ketika dia sedang bersenam. Kyungri tahu mengapa tuannya itu memandangnya sedemikan rupa. Pantas gadis itu menghulurkan tuala bercorak arnab yang dipegangnya kepada tuannya sambil berkata,"Tuan, maaf kalau saya menganggu masa senaman tuan tapi sekarang ada tetamu yang sedang menunggu tuan di luar vila."

 

Tetamu? Sudah lama dia tidak mendengar perkataan 'tetamu' sejak dia memutuskan hubungan persahabatan dengan Dujun. Dulu lelaki itulah yang sering menjadi tetamunya selain Hyejeong. Almaklumlah, mereka bertiga berkawan baik di universiti sehinggakan segala jenis tugasan yang diberi profesor mereka siapkan bersama di vilanya mahupun vila Dujun. Sekarang, semua dah berubah.. Yongguk mengambil tuala yang dihulur maid-nya. 

 

"Siapa tetamu yang tidak diundang tu?"

 

"Tetamu tu cakap dia kawan baik tuan, Yoon Dujun. Katanya ada hal penting yang hendak dibincangkan dengan tuan."

 

'Huh? Yoon Dujun? Apa yang dia nak bincangkan dengan aku yang tampan lagi menawan hati ni? Kahkahkah.. Okey Bang Yongguk,berhenti merapu. Hmm..peliknya,kenapa mamat tu tiba-tiba je nak jumpa aku? Nak berbaik dengan akukah? Perasannya aku..pfft..'fikir Yongguk sambil mengelap peluh-peluh yang timbul di mukanya hasil dari bersenam selama sejam tadi. Dia berpaling ke arah maid-nya.

 

"Awak jemput dia masuk ke bilik bacaan. Kejap lagi saya menyusul."Ucap Yongguk. Kyungri mengangguk pantas lalu keluar dari gim.

 

 

Dujun berdiri sambil memandang wajah selamba lelaki di depannya. Lelaki itu juga sedang memandang tepat ke arahnya. Kedua-duanya berbalas pandang,seperti mahu berperang saja gayanya. Junhyung pula berdiri di sudut bilik dengan tangan disilang sambil memerhatikan gelagat dua lelaki itu, takut juga kalau dua lelaki itu tiba-tiba bergaduh di situ. Sudahlah bilik tersebut penuh dengan senjata yang dijadikan sebagai hiasan di dinding. Sekali imbas macam muzium senjata pun ada.

 

Kyungri masuk ke bilik tersebut dengan menatang dulang berisi dua biji cawan dan dan teko berisi teh lalu dihidangkan teh itu kepada tuan dan juga tetamunya. Setelah selesai menghidang gadis itu berdiri di sudut bilik,berhampiran dengan tempat Junhyung berdiri. Yongguk sudahpun duduk di kerusi. Dia membuang pandang ke arah lelaki di depannya yang masih lagi setia berdiri.

 

"Duduklah..dan jangan risaulah,tak ada racun dalam teh tu."Yongguk bersuara perlahan sambil menghirup tehnya. Mahu tidak mahu Dujun duduk juga menghadap Yongguk, bukan kerana Yongguk yang menyuruhnya tapi kerana tertarik dengan aroma teh yang terhidang di depannya. Dipegangnya cawan berisi teh lalu didekatkan pada hidungnya, ambil baulah katakan.

 

"Teh apa ni?"tanya Dujun. Yongguk menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Dia berpaling ke arah Kyungri,memberi isyarat kepada maid itu supaya datang kepadanya. Terus gadis itu mendekati tuannya.

 

"Ah.. Itu teh berperisa strawberi yang dibeli oleh Tuan Yongnam dari luar negara."ujar Kyungri sebaik sahaja tuannya menyuruh dia memaklumkan kepada Dujun tentang teh yang dihidangnya tadi. Dujun hanya mengangguk perlahan sambil menghirup teh itu. Sekarang,dia seakan-akan lupa yang dia kini sedang menikmati teh di rumah musuhnya.

 

Junhyung yang sedang memerhatikan bosnya dari sudut bilik menggelengkan kepala. 'Bos ni..pantang dapat minum teh terus lupa semua.',omelnya dalam hati. Setelah beberapa minit menikmati teh itu barulah Dujun teringat akan tujuan dia datang ke vila itu. Spontan lelaki itu meraba-raba poket jaketnya,mencari sesuatu untuk ditunjukkan kepada Yongguk. Yongguk hanya memerhatikan kelakuan Dujun dengan ekor mata.

 

"Ada urusan apa kau datang ke sini wahai bekas sahabat baikku?"

 

"Nah,ini urusannya.."

 

Yongguk melihat sebuah lencana berbentuk kepala arnab berwarna putih yang diletakkan Dujun di atas meja di depannya. Spontan dahi lelaki itu berkerut. Diambilnya lencana itu dan ditiliknya beberapa kali. Mengapa dan bagaimana lencana orang kanannya itu boleh berada di tangan Dujun pula?

 

"Orang kanan aku jumpa lencana ini di sekitar vila aku sejurus selepas sekumpulan ninja serba hitam datang dan cuba melarikan maid aku. Kau tak rasa ke yang kau ada sesuatu yang nak dijelaskan kepada aku, Yongguk?"soal Dujun. Terserlah keseriusan di riak wajahnya.

 

"Nak jelaskan apa? Kejap..kau ingat aku yang arahkan Bunny Killer untuk melarikan maid kau tu?"

 

"Habis tu klan mana lagi yang guna lencana macam ni selain Bunny Killer? Hanya orang kanan kau saja yang guna lencana berbentuk arnab yang comel dan berwarna-warni macam pelangi ni."

 

Lencana ahli Bunny Killer memang comel. Setiap ahlinya mempunyai lencana berbentuk kepala arnab yang berbeza dari segi rekaan dan warna. Idea untuk pemakaian lencana itu datang dari ahli termuda Bunny Killer iaitu Zelo yang sangat sukakan arnab dan ahli-ahli yang lain hanya mengikut tanpa bantahan. Itupun kerana mereka berpuas hati dengan lencana yang direka Zelo untuk setiap ahli. Dan disebabkan pemakaian lencana itulah mereka mendapat gelaran Bunny Killer dalam kalangan mafia-mafia. Pada mulanya mafia-mafia dari klan lain menggambarkan Bunny Killer sebagai sekumpulan lelaki muda berwajah comel dan langsung tidak layak untuk digelar mafia pun tapi selepas melihat aksi mereka ketika berlawan persepsi negatif terhadap orang kanan ketua klan Light Fang terus berubah.

 

"Lencana tu memang comel kan? Zelo ada buatkan satu untuk aku dengan warna merah..tada!"ujar Yongguk dengan terujanya sambil tangannya menunjukkan sebuah lencana yang sama bentuk dengan lencana yang diberi Dujun cuma warnanya saja yang berlainan.

 

Dujun meraup mukanya. Pantas dia bangun,menolak Yongguk ke dinding dan memegang kolar baju Yongguk lalu menariknya dengan sangat kuat sambil berkata,"Kau ni memang bebal ke atau saja buat-buat bebal? Jangan tukar topik! Cepat jawab.. Apa motif kau arahkan Bunny Killer untuk melarikan Minha kelmarin?"

 

Terbatuk-batuk Yongguk dibuatnya. Belakang badannya terasa sakit ditolak Dujun ke dinding. Dia langsung tidak menjangkakan semua ini dari Dujun dan dia sebenarnya langsung tidak memahami apa yang lelaki itu katakan. Dipandangnya wajah Dujun yang sedang memandang tepat ke arahnya dengan wajah yang sangat bengis! Yongguk tersentak. Selama dia mengenali Dujun,belum pernah dia melihat riak wajah Dujun sebengis itu. Ketika dia mencuri makan makanan kegemaran Dujun dulu pun muka lelaki itu ketika marah tak adalah sebengis ini.

 

'Wow..tak pernah aku tengok bos marah macam tu sekali.. Hebat betul kuasa cinta..' bisik hati kecil Junhyung yang menjadi pemerhati. Dia berpaling kearah gadis disebelahnya yang nampak risau dengan apa yang sedang dilakukan Dujun terhadap tuannya. Pantas gadis menuju ke arah pintu untuk memanggil pengawal tetapi dihalang oleh Junhyung.

 

"Cik nak ke mana ni? Takut tuan cik dibelasah teruk oleh tuan saya dan nak panggilkan bantuan untuk tuan cik tu?"soal Junhyung dengan senyuman. Dia menyandarkan badannya pada daun pintu menyebabkan maid Yongguk itu tidak dapat membuka pintu untuk keluar. Gadis itu mengeluh kasar.

 

"Ke tepi dan jangan halang saya!"marah Kyungri. Dia risau juga kalau-kalau tuannya itu cedera teruk dibelasah lelaki bernama Dujun itu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD