Gift & Dream

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Hari ini hari ahad. Kyungri dan Minha sudah berjanji untuk keluar berdua. Awal pagi lagi gadis itu sudah bersiap-siap untuk keluar. Selepas mengambil sarapan, tuannya Yongguk tiba-tiba saja menawarkan diri untuk menghantarnya ke vila Dujun,katanya ada hal yang ingin dibincangkan dengan Dujun. Kyungri menurut saja tanpa banyak soal. Boleh jimat duit teksi.

 

"Terima kasih tuan sebab sudi tumpangkan saya. Susahkan tuan saja."

 

Yongguk tersenyum saja sebelum membalas,"Takda masalah. Kebetulan saya ada hal sikit dengan Dujun. Awak dengan Minha nak ke mana?"

 

Kyungri disebelah tiba-tiba menggaru dagunya."Hmm..nak pergi bandar,bersiar-siar..shopping.. Hehee."

 

Yongguk mengangguk tanda faham sambil memandu penuh cermat. Kyungri pula sibuk berbalas mesej dengan Minha. Kadangkala lelaki itu mencuri-curi pandang ke arah Kyungri. Nasib baik maidnya itu tidak perasan. Kalau tak..

 

"Kyungri.."

 

"Ya tuan?"

 

"Awak takda..teman lelaki?"tanya Yongguk sambil memandang Kyungri disebelahnya dengan sebelah kening terangkat. Ketika itu mereka berhenti di lampu isyarat berubah merah.

 

Tiba-tiba dahi Kyungri berkerut seribu. 'Apa kena tuan aku ni,tiba-tiba tanya aku macam tu.. Dia saja nak tahu kot,'fikir gadis itu.

 

"Takda tuan. Kenapa?"

 

"Takda,saya saja tanya.."balas Yongguk dengan senyum herot.

 

Kyungri tidak membalas. Sebaliknya dia memerhatikan wajah tuannya yang kini sedang sibuk memandu. Senyuman dibibirnya itu ada makna tertentukah?

 

Sementara itu,di vila Dujun.. Minha sedang menikmati sarapan dengan tuannya di taman..berdua. Ya,cuma berdua. Beast Master pula tiada di vila kerana sedang berjoging di kaki bukit. Sengaja Dujun tidak menyertai aktiviti anak buahnya itu kerana mahu bersarapan dengan maid kesayangannya. Kata orang,bersarapan dengan orang tersayang boleh membangkitkan selera kita..yeke?

 

"Keluar dengan Kyungri...berdua? Ke mana?"

 

"Ke bandarlah. Hari ni kan hari cuti jadi apa salahnya saya keluar berdua dengan kawan baik saya. Bukan luak pun duit saya kalau setakat keluar bersiar-siar dengan Kyungri."selamba saja Minha membalas sambil menyuap koko crunch ke mulutnya.

 

Dujun yang sudah selesai makan menongkat dagu dengan tangan kirinya di meja,memerhatikan Minha yang sedang sibuk mengunyah sarapannya. Minha ni nama saja gadis remaja tapi seleranya macam kanak-kanak ribena. Nasib baiklah vila ini punya bekalan koko crunch yang agak banyak,itupun sebab Minhyuk,Hyungsik dan Dongwoon yang beli. Mereka bertiga peminat tegar makanan bijirin tersebut.

 

"Luak ke,tak luak ke..tu bukan masalahnya. Dibuatnya masa awak keluar nanti awak rindu kat saya macam mana?"

 

Hampir tersedak Minha tatkala mendengar patah kata yang keluar dari mulut tuannya. Nasib baik hampir tersedak,kalau tersembur koko crunch yang dia makan sekarang ke muka lelaki di depannya nanti siapa nak jawab?

 

"Kita ni kan hari-hari jumpa jadi buat apa saya nak rindukan tuan?"

 

"Hmm..kalau gitu masa saya outstation minggu lepas awak rindukan sayalah ya?"soal lelaki itu dengan senyum nakal. Kenungnya diangkat dua kali tanda mengusik. Sekali sekala seronok juga sakat maid sendiri.

 

'Erk.. Awal pagi dah bagi ayat berkeju-keju dekat aku? Saja nak bagi aku cair ke apa..grr...'fikir Minha sambil menghirup susu dalam mangkuk. Memang depan Dujun dia kurang malu sikit,mungkin sebab lelaki itu tak pernah komen cara dia makan agaknya jadi dia pun makanlah ikut cara dia.

 

"Entah.. Mungkin ya mungkin tak."jawab Minha sebenarnya dalam hati jawapannya hanya satu iaitu..rindu. Ya,rindu yang teramat sangat.. Rindu serindu-rindunya! Tapi tak akanlah dia nak mengaku rindu macam tu saja.. Jatuhlah saham dia nanti.

 

Saham? Saham dekat Wall Street ke atau dekat Bursa Saham Kuala Lumpur? Ekekeke. Okey merapu.

 

"Ala.. Bagi jawapan sedapkan hati macam tu buat apa? Macam tak jujur je."Dujun sudah mencebikkan bibir. Dia tahu Minha rindukannya semasa dia keluar negara tempoh hari. Kalau tidak masakan maid-nya itu membiarkan saja dirinya dipeluk dari belakang oleh Dujun?

 

Minha buat-buat tak dengar. Dia yang sudah selesai makan pantas bangkit dari kerusi. Dia mengemas meja taman itu bersih-bersih sebelum meminta diri dari tuannya itu untuk ke bilik. Dia terlupa untuk memberi Minjun si monyet makan.

 

'Baru je nak berlakon merajuk,dia buat derk je.. Haisyy!'omel Dujun dalam hati. Dia bangun lalu melangkah masuk ke vilanya. Tiba-tiba pehanya bergetar.

 

"Helo..ha Yongguk,ada apa telefon aku ni?"bebel lelaki itu seorang diri. Rupanya telefon dalam poket seluar jeansnya bergetar tanda ada yang menelefon.

 

"Kau nak datang sini? Datang jelah..aku pun bukan ada buat apa pun hari ni. Hmm? Kau datang dengan Kyungri? Oh okey. Ya,ya..aku akan suruh Puan Li sediakan teh hijau untuk kau. Dorayaki? Mana aku nak cari pagi-pagi gini? Helo? Helo? Ah..dah letak pulak."

 

Selepas menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar, Dujun menuju ke dapur. Disitu dia bertemu Puan Li,Minhyuk,Hyungsik dan Pakcik Seojin yang sedang bersarapan.

 

"Selamat pagi tuan."ujar keempat-empat mereka serentak.

 

"Ah ya,selamat pagi. Puan Li,kejap lagi bancuhkan teh hijau dan sediakan makanan ya. Saya ada tetamu lepas ni."

 

"Baik tuan."

 

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintu dimainkan. Minhyuk sudah bangun untuk pergi ke pintu tapi pantas dihalang tuannya.

 

"Takpa Minhyuk,biar saya pergi tengok. Awak semua makanlah dulu."ujar lelaki itu lalu pergi ke arah pintu vila dan membukanya. Tersembul muka Yongguk di depannya. Disebelah Yongguk pula adalah Kyungri.

 

"Aku ingatkan peminta sedekah mana lah tadi.. Masuklah. Ah Kyungri,awak tunggu sini sekejap. Biar saya panggilkan Minha."

 

"Ceit.. Kacak bergaya macam ni kau panggil peminta sedekah?"bebel Yongguk sambil duduk disofa dan memerhatikan sahabatnya yang sedang menaiki tangga vila. Kyungri disebelah tersengih saja.

 

Masuk saja Dujun ke bilik Minha,dia dapat melihat maidnya sedang bermain-main dengan monyet belaannya.

 

Ah..monyet itu.. Rupa comel monyet itu yang membuatkan Minha jatuh hati saat pertama kali dia melihatnya di petshop dulu. Dujun pula menghadiahkan monyet itu kepada Minha kerana dia lihat gadis itu terlalu mahukan monyet itu sebagai haiwan peliharaannya. Dia tahu gadis itu tidak mampu membelinya kerana harganya yang sangat mahal.. Seingat Dujun,harga monyet itu kira-kira lima bulan gaji Minha.

 

"Park Minha!"seru Dujun dengan nada serius. Dia menyandarkan badannya pada daun pintu dengan gaya tangan disilang.

 

Minha terkebil-kebil. Baru dia sedar kehadiran tuannya itu. Dia yang tadinya duduk di birai katil pantas bangun dengan Minjun di bahunya.

 

"Ya tuan?"sahut Minha. Dalam hati dia sudah berbisik..Apa kena mamat ni tiba-tiba je buat muka garang macam bapak singa?

 

"Ke sini sekejap."

 

Dengan dahi berkerut,Minha melangkah dan berdiri betul-betul di depan tuannya.

 

"Depakan tangan dan pusingkan badan."

 

"Hah?"Makin bertambah kerutan di dahi Minha. Spontan dia menggaru kepalanya.

 

"Depakan tangan dan pusingkan badan depan saya. Faham tak?"

 

Minha sudah mencebik."Why should i?"

 

Dujun masih dengan muka seriusnya membalas"Nak check pakaian awak pakai sekarang ni ada terkoyak kat mana-mana atau tak."

 

Apa punya alasan..? Nak check baju koyak? Kalau koyak takdalah aku pakai sekarang. Ish..ikut jelah. Bukan luak pun kecantikan aku kalau dia tengok..,fikir Minha. Dia menurut saja arahan lelaki di depannya.

 

Dujun sudah ketawa dalam hati. Dia sendiri mahu tergelak dengan alasan yang diciptanya itu. Alasan yang sebetulnya adalah dia mahu memastikan maidnya itu tidak memakai pakaian yang terlalu seksi atau mendedahkan kulit. Nanti tak pasal ramai lelaki yang nak memikat gadis itu bila dia keluar dengan Kyungri sekejap lagi. Dujun kalau boleh nak Minha pakai seksi depan dia je..hakhak.

 

Selepas matanya selesai membelek-belek susuk tubuh maidnya,Dujun menganggukkan kepala tanda puas hati. Baju kemeja lengan panjang warna hijau lumut bercorak bunga-bunga kecil dengan seluar jeans putih skinny yang dipakai Minha nampak agak tertutup. LOL.

 

Minha sudah menguap perlahan. Rasa macam jadi model untuk pemeriksaan produk pun ada.

 

"Pakaian awak lulus. Dah,cepat turun. Kyungri tunggu awak kat bawah."

 

"Alamak! Mesti lama dia tunggu saya tadi!"cepat-cepat Minha keluar dari bilik meninggalkan tuannya disitu dan terus menuruni tangga.

 

Kyungri sudah tersenyum melihat sahabatnya yang terkocoh-kocoh menuruni tangga. Minha memang macam tu,kalutnya tak pernah berubah walaupun selepas mereka habis belajar.

 

"Maaf Kyungri,ada hal sikit tadi. Dah lama tunggu?"

 

"Takdalah lama sangat. Eh,apa benda kat bahu kau ni Minha?"soal Kyungri sambil menuding jari ke arah benda berbulu di bahu Minha. Adakah itu anak patung berbulu?

Minha berpaling kesebelah. "Ah.. Ni monyet peliharaan aku,Minjun namanya. Comel kan?"

"Boleh tahan comel jugak.. Minjun..?"Kyungri sudah mengangkat kening kearah sahabatnya sebelum menambah"Itu nama ayah kau ke atau nama gabungan kau dengan Tuan Du.."

"Shhh! Janganlah cakap kuat sangat!"Minha sudah menekup mulut Kyungri dengan tangannya,takut kawannya itu cakap benda yang bukan-bukan. Sudahlah Dujun dan Yongguk ada berhampiran.. Tapi nasib baik jugalah dua lelaki itu sedang berbual jadi mereka tidak perasanlah kelakuan maid mereka itu.

"Hakhak.. Tahu pulak takut. Dah dah dah,jom pergi. Nanti lewat pulak nak pergi tengok wayang."bebel Kyungri.

"Tuan,kami pergi dulu ya? Byeee~~"ucap dua gadis itu serentak kepada tuan mereka. Tidak sampai seminit mereka sudah dari pandangan Yongguk dan Dujun. Mana tidaknya,berlari macam lipas kudung!

*******

Yongguk menghirup teh hijau yang dihidang Puan Li. Ah..segarnya! Rasa macam berada di Jepun!

"Weh,mamat otaku teh..tadi cakap ada benda yang kau nak bagitahu aku. Jangan cakap kau dah lupa."

"Opps! Aku hampir terlupa.. Nasib baik kau ingatkan aku."ucap Yongguk sambil meletakkan cawan teh hijaunya kembali di atas meja. Muka sahabatnya di depan dipandang penuh serius sebelum menyambung,"Aku dah tahu siapa yang menjadi dalang disebalik kelakuan pelik budak-budak Bunny Killer hari tu.."

"Siapa?"soal Dujun yang baru saja mahu meneguk jus tembikainya.

"Abang Nam.."

"Kau..serius...?"

"Ya. Buat apa aku nak main-main pulak. Tapi..hmm.. Kenapa Abang Nam aku nak buat macam tu? Kalau ikutkan dia punya personaliti lagi baik dari aku kot."

Abang Nam atau nama penuhnya Bang Yongnam adalah abang kembar Yongguk. Beliau kini adalah salah seorang pemegang saham terbesar dalam syarikat k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD