A Moment With Park Chanyeol

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Dujun dan Minha masuk ke sebuah restoren untuk makan tengahari. Itu pun kerana Dujun terdengar bunyi dari perut maid-nya.. Bila ditanya tak mengaku pula lapar. Lelaki itu menggeleng saja melihat Minha yang sedang memegang perutnya.

 

"Awak ni..kalau lapar cakap je lapar.. Bukan saya nak marah pun."ujar Dujun. Mereka sudahpun selesai memesan hidangan.

 

Minha tersengih sambil menggaru pipinya. Macam mana nak cakap kalau dari tadi muka masam macam cuka balsamik...nak tegur pun takut,rungut gadis itu dalam hati. Minha kemudiannya menongkat dagu dengan tangan di atas meja sambil memerhatikan tuannya.

 

"Tuan termenungkan apa tu?"

 

Dujun yang sedang merenung ke luar restoran tersentak. Dia berpaling memandang Minha di depannya.

 

"Tak ada apalah.. Saja tengok orang lalu-lalang depan restoran ni."dalih Dujun walhal kepalanya sibuk memikirkan perihal Yongguk yang ditemuinya tadi. Ketika dia memerhatikan kelakuan lelaki itu dengan maid-nya dari jauh dia sudah dapat mengagak lelaki itu ingin memikat Minha. Bukan dia tak kenal Yongguk si buaya tembaga..dari kecil sampai besar mereka berkawan sampai masing-masing tahu perangai macam mana. Tapi itu dulu...sebelum Yongguk memutuskan tali persahabatan mereka hanya kerana seorang perempuan...

 

Minha menghirup jus oren yang sudah dihidang oleh pelayan sebentar tadi. Kepalanya tiba-tiba terfikirkan tentang lelaki bernama Bang Yongguk tadi. Siapa lelaki itu sampai tuannya tiba-tiba melenting dan berubah mood sehinggakan setiap kali  Minha terpandangkan tuannya yang sedang marah tadi pasti muncul burung gagak berterbangan di sekitarnya.

 

Hmm..nak tanya ke tak nak? Kalau tanya takut kena marah, tapi kalau tak tanya nanti aku mati dalam keadaan tertanya-tanya pula. Ahh tanya jelah,kalau dia nak marah tu belakang kira, fikir Minha.

 

"Tuan, saya nak tanya sesuatu tapi janji tuan tak marah?"

 

Dujun mengangkat sebelah keningnya. Ni mesti dia nak tanya pasal Yongguk ni.. Dujun hanya menganggukkan kepala tanda ya.

 

"Bang Yongguk tu siapa? Kawan tuan ke? Kenapa tuan larang saya bercakap dengan dia? Tuan gaduh dengan dia ke?"tanya  Minha bertubi-tubi bagaikan machine gun. Pening pula Dujun mendengarnya.

 

"Kenapa awak tiba-tiba berminat nak tahu pasal lelaki tadi? Dah jatuh hati pada dia?"soal Dujun pula. Minha pula yang mengerutkan dahi. Ini sesi berbahas-bahas guna soalan ke?

 

"Mana ada. Tidak dinafikan lelaki tadi handsome...tapi handsome Chanyeol lagi."

 

Hah..Chanyeol? Siapakah gerangan lelaki bernama Chanyeol ini? Dujun menghirup jus tembikainya dengan rakusnya.

 

"Siapa pula Chanyeol ni?"

 

"Laa..tak kenal ke? Dia artis lah tuan, salah seorang ahli kumpulan EXO yang terkenal tu."jawab Minha.

 

Dujun hanya mengangguk sambil menyuap pasta ke mulutnya. Artis rupanya...ingatkan siapa... Dujun tiba-tiba tersenyum seorang diri. Entah kenapa dia berasa lega bila tahu Chanyeol yang dimaksudkan Minha itu seorang artis. Pelik.

 

"Hmm...Bang Yongguk tu bekas kawan saya...dalam erti kata lain sekarang dia musuh saya. So awak jangan sesekali berjumpa, bercakap atau melakukan segala jenis komunikasi dengan dia. Saya just...tak suka."

 

"Pandang pun tak boleh?"

 

"Jangan kata pandang, dengar suara dia pun dilarang sama sekali. Kalau awak nak pandang, just pandang muka saya je...okey? Ini satu arahan."ujar Dujun dengan wajah serius. Berkerut-kerut dahi Minha mendengar patah kata yang baru sahaja keluar dari mulut tuannya.

 

 

Yongguk berjalan-jalan di taman awam sambil kepalanya ligat memikirkan perihal dia terserempak dengan Dujun sebentar tadi. Dua tahun dia tidak melihat wajah bekas sahabatnya dimana-mana pelosok negara, tiba-tiba sahaja lelaki itu muncul ketika dia sedang berusaha memikat seorang gadis. Apa boleh buat, memikat merupakan salah satu kemahirannya selain berlawan.

 

Tidak dinafikan gadis yang ditemuinya tadi mempunyai rupa paras yang sangat menawan sehinggakan dia sendiri menyangka gadis itu seorang model yang sedang menghabiskan masa cutinya di pusat beli belah. Haha. Kau je yang punya mentaliti perempuan cantik tu model Yongguk oi..

 

Yongguk berhenti membeli ais krim di sebuah trak ais krim yang kebetulan berada di taman tersebut. Selesai membeli dia duduk di sebuah bangku taman. Panas-panas begini memang sedap kalau pekena ais krim...mood pun boleh berubah baik gara-gara memakan ais krim.

 

"Hmm..kalau difikirkan balik Dujun panggil perem

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD