Painful Truth

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi itu sebaik sahaja Minha bangun dari tidur dan hendak bergerak ke bilik air,dia tersepak sesuatu. Jauh tersembam gadis itu dibuatnya. Nasib baiklah lantai biliknya dilitupi permaidani tebal,tidaklah terasa sakit sangat kepalanya yang tersembam tadi. Sambil dia bangun sambil dia menyumpah-nyumpah dalam hati bila melihat satu kotak yang agak besar berada didepannya. Kotak tersebutlah yang menyebabkan dia jatuh tersembam tadi!

 

"Si banggang mana yang letak kotak ni dalam bilik aku? Nasib baik aku tak mati.."bebel Minha seorang diri sambil merenung kotak tersebut. Hmm..kotak apa ni? Terus saja dia membuka kotak tersebut dengan rakusnya.

 

Bila dibuka saja kotak tersebut,mata Minha terus terbeliak. "Kyaaaaa!"

•°•°•

 

"Apa benda yang ada kat bahu awak tu Minha?"tanya Puan Li dengan mata yang sengaja dikecilkan. Entah apalah yang diletakkan gadis itu dibahunya.. nampak macam berbulu-bulu. Kot bulukah? Kot bulu apa musim panas macam ni?

 

"Ah..dia ni ke? Ni monyet Brazil.. Namanya Minjun."

 

"Monyet Brazil?"sampuk Gikwang yang kebetulan berada didapur,sedang memasak. Pakcik Seojin si tukang masak pulang ke kampung atas urusan keluarga jadi Gikwang datang menggantikan tempatnya hari ini. Diperhati benda berbuku yang berada di bahu kanan maid bosnya itu.

 

"Comel kan? Puan Li nak pegang tak?"ucap Minha sambil tersengih. Monyet sebesar telapak tangan manusia itu sedang bermain-main dengan rambut Minha.

 

Puan Li yang sedari tadi menjadi pemerhati tidak berkata apa. Sebenarnya dia agak takut dengan haiwan bersaiz kecil,lagi-lagi yang berbulu macam apa yang berada di bahu Minha itu. Dia hanya boleh tahan dengan kucing mahupun anjing. Bila gadis itu menyuakan monyet itu kepadanya,dia pantas menggelengkan kepala.

 

"Maaf Minha,tapi saya agak takut dengan haiwan kecil macam Minjun ni."

 

"Kenapa pula Puan Li? Comel apa si Minjun ni."tanya Gikwang yang sedang bermain-main dengan monyet kenit itu. Tiba-tiba lelaki itu berasa teruja dengan haiwan peliharaan Minha yang agak lincah itu. Sekejap dia berada di bahu,sekejap dia memanjat kepala lelaki itu.

 

Puan Li tersenyum. "Saya ada pengalaman pahit dengan haiwan..tambah-tambah yang bersaiz mini macam Minjun awak ni Minha. Maaf ya?"

 

Minha hanya mengangguk tanda faham. "Tak apalah Puan Li. Maafkan saya sebab suruh Puan pegang monyet tu tadi,"

 

"Eh takda apalah Minha. Oh ya,memandangkan awak dah ada kat sini,apa kata awak pergi hantar hidangan ni ke bilik bacaan?"ucap Puan Li sambil memberikan satu dulang berisi dua piring kek red velvet yang sudah dipotong kecil dan dua gelas jus epal kepada Minha.

 

 

Minha mengambil dulang tersebut. "Ada tetamu datang ke hari ni Puan Li?"

 

"Cuma tuan dengan Junhyung saja Minha."sampuk Gikwang yang sedang membasuh pinggan. Minjun si monyet sedang sibuk menikmati pisang yang diberi Gikwang.

 

Minha tidak membalas. Terus dia berjalan membawa dulang tersebut menuju ke bilik bacaan.

 

Sementara itu,di bilik bacaan...

 

"Bos,sampai bila bos nak sembunyikan hal ni?"

 

Dujun memicit kepalanya. Sakit kepalanya memikirkan hal yang satu ini. Hal yang sudah berbulan-bulan disimpan sebagai rahsia antara dia dan Junhyung. Malah ahli Beast Master yang lain pun tidak tahu langsung tentang hal yang sedang mereka bincangkan ini.

 

"Nanti tiba masa yang sesuai,saya akan beritahu Minha.."

 

"Mahu ke dia terima apa yang akan bos beritahu dia nanti?"

 

Dujun mengeluh kasar. "Itu yang sedang bermain di fikiran saya sekarang. Untuk beritahu dia tu satu hal,masalah yang seterusnya...mampu ke dia terima kenyataan bahawa ahli keluarga dia dibunuh oleh orang-orang kita?"

 

Junhyung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalaulah bosnya itu tidak menyuruhnya menyiasat kes ahli keluarga Minha yang dibunuh beberapa bulan dulu,sudah pasti mereka tidak akan tahu hal sebenar..hal dimana orang-orang mereka yang membunuh ahli keluarga Minha.. Ya,itulah kenyataannya. Dia sudah berusaha menyiasat kes tersebut dan apa yang ditemuinya benar-benar sepadan dengan kes Minha.

 

Menurut maklumat yang Junhyung terima,orang bawahannya membunuh ahli keluarga Minha kerana keluarganya merupakan sekumpulan pembunuh upahan yang disyaki membunuh orang-orang penting dalam Klan Shadow Triad termasuklah ayah Dujun sendiri. Baru sekarang dia tahu ayah Dujun mati kerana kemalangan yang dirancang keluarga Minha sendiri. Tapi..adakah Minha tahu keluarganya merupakan pembunuh?

 

Dujun sendiri juga tidak menyangka kematian ayahnya adalah satu kemalangan yang dirancang. Dan yang paling menyakitkan,keluarga gadis yang dicintainya bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut. Perasaannya bercampur baur sekarang.

 

"Arggghh... Kenapa semua ni harus berlaku??"luah Dujun sambil menumbuk-numbuk meja besi dihadapannya.

 

Minha yang berada di luar bilik bacaan sudah mengalirkan air mata. Dia mendengar semua yang dibincangkan Junhyung dan tuannya tadi melalui celah pintu bilik yang renggang. Perlahan-lahan dia bersandar di dinding vila dengan wajah yang sugul.

 

'Betul ke keluarga aku pembunuh...?'

 

'Betul ke keluarga aku yang bunuh ayah tuan...?'

 

'Betul ke keluarga aku dibunuh oleh konco-konco tuan...?'

 

Berbagai tanggapan muncul di mindanya ketika ini . Dia sepertinya tidak percaya dengan apa yang di dengarnya tadi. Hatinya luluh,hancur berderai..

 

Gikwang tiba-tiba muncul di depan bilik bacaan mengerutkan dahi melihat maid bosnya yang sedang menyandarkan badan di dinding sambil menangis. Cepat-cepat dia mendapatkan Minha dengan wajah yang penuh risau.

 

"Hei Minha, awak tak apa-apa? Kenapa awak menangis ni?"tegur lelaki itu sambil memegang bahu Minha. Selama dia kenal Minha,gadis itu tidak pernah menunjukkan air matanya kepada sesiapa. Mukanya ceria saja. Jadi kenapa dia tiba-tiba saja menangis?

 

"Ah Gikwang! Tak ada apalah.. Saya sakit perut sebenarnya ni..betul!"balas Minha sambil sebelah tangannya menyeka air matanya yang sudah jatuh berjurai-jurai. Ah...macam mana ni? Air mata ni asyik keluar tanpa henti!

 

"Ish.. Tak akanlah sakit perut sampai menangis?"

 

Minha tiba-tiba ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-buat untuk menyembunyikan kesedihan yang bergelora di hatinya.

 

"Betullah.. Saya kalau sakit perut memang sampai keluar air mata.. Err Gikwang,boleh tak awak bawakan makanan ini untuk tuan? Saya nak ke tandas.. Tak tahan nak membuang dah ni! Please...?"

 

"Ah,okey. Pergilah tandas tu cepat,kang nanti terkeluar kang haa.."Gikwang sudah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Dia mengambil dulang berisi makanan dan minuman dari Minha dengan senyuman. Dia memerhatikan saja maid bosnya itu berlari menaiki tangga untuk ke biliknya. Ada-ada sajalah Minha ni.

 

•°•°•

 

Tiba saja di bilik,Minha terus mengunci pintu. Dia merebahkan dirinya di katil dengan mata berair. Diambilnya bantal yang berada berhampiran lalu disembamkan mukanya pada bantal dan mula menangis sekuat hati. Dia tidak pasti atas alasan apa dia menangis sekarang. Adakah kerana kenyataan bahawa seluruh keluarganya adalah pembunuh ataupun kenyataan yang keluarganya dibunuh oleh konco-konvo tuannya sendiri. Atau mungkin dia menangis kerana tertipu dengan lakonan lelaki yang bernama Yoon Dujun itu. Sangkanya lelaki itu ikhlas membantunya untuk terus hidup,ternyata sangkaannya meleset...

 

Tiba-tiba terdengar bunyi orang mengetuk pintu biliknya.

 

"Minha, awak ada di dalam? Awak okey ke? Tadi Gikwang cakap awak sakit perut.. Tolong bagi saya masuk sekarang."terdengar suara garau tuannya dari luar bilik. Minha berpaling ke arah pintu. Cepat-cepat dia mengelap matanya yang berair dah membuka pintu.

 

Dujun masuk ke dalam bilik Minha lalu berdiri betul-betul di depan gadis itu dengan wajah penuh kerisauan. Dia memerhatikan mata maidnya yang merah dah agak bengkak itu dengan perasaan yang aneh.

 

"Kenapa dengan mata awak?"

 

"Termasuk habuk agaknya.."

 

"Tipu. Takkanlah termasuk habuk sampai merah macam tu?"soal lelaki itu lagi. Dia memandang wajah Minha tetapi Minha pula sibuk mengelak dari memandang wajah tuannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan lelaki itu setelah mengetahui kejadian sebenar tentang kehilangan keluarganya. Tiba-tiba timbul rasa benci terhadap tuannya.

 

"Ya,saya tipu.. Maaf, saya memang tak pandai menipu tapi itu tak bermaksud yang saya suka ditipu."

 

Dujun mengerutkan dahi. "Apa yang awak merepek ni? Siapa yang tipu awak?"tanya lelaki itu. Spontan dia mencapai kedua belah tangan maid-nya.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD