Additional Chapter : Trip To Japan II

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

HARI ini hari terakhir Dujun dan Minha berada di Tokyo. Jadi Dujun berhajat untuk membawa isterinya keluar bersiar-siar ke Kyoto pula. Minha sebagai isteri yang taat lagi solehah menurut saja cakap suaminya. Lagi dia suka sebenarnya sebab dapat mengembara ke tempat yang sungguh asing baginya. Orang cakap jauh berjalan luas pengetahuan bukan? Selesai bersiap, mereka berdua ke Kyoto dengan menaiki shinkansen. Shinkansen merupakan bullet train paling laju di dunia. Jika diukur kelajuannya boleh melebihi kelajuan sebuah kereta formula 1! Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto mengambil masa tiga jam lebih dan dalam tempoh itu sempat jugalah kedua suami isteri itu berkenalan dengan penduduk tempatan yang turut sama menaiki shinkansen itu. Budi bahasa budaya kita gitu. Dan masa itulah kedua mereka dapat tahu yang masing-masing fasih berbahasa jepun! 

 

"Sayang ada belajar bahasa jepun ke dulu?"tanya Dujun kepada Minha yang sedang mengupas telur rebus yang dibeli suaminya itu tadi dari pekerja shinkansen. Memang pihak shinkansen ada menjual makanan ringan untuk para penumpangnya. Bermacam-macam jenis makanan yang dijual daripada ramen sehinggalah telur rebus dan juga minuman. 

 

Minha menganggukkan kepala tanda mengiyakan soalan suaminya. Memang dulu dia pernah belajar dan mengambil subjek bahasa jepun sebagai bahasa asing ketika belajar di universiti dulu. Dan dia selalu mendapat gred yang agak bagus dalam subjek tersebut. Lagipun dulu dia punya ramai kawan yang kebanyakannya merupakan pelajar pertukaran dari Jepun dan merekalah yang menjadi tempat Minha berlatih dan rujukan ketika dia mempelajari bahasa tersebut. Jadi kalau sekadar mahu bercakap dan menulis dalam bahasa jepun itu memang Minha bolehlah. Cuma jika nak berdebat atau berpidato dalam bahasa tersebut tak bolehlah. 

 

"Mesti dah fasih ni. Terkejut betul saya tengok awak bercakap dalam bahasa jepun. Sekali dengar awak punya sebutan dan cara cakap pun dah macam orang sini."puji Dujun ikhlas. Dia memerhatikan saja isterinya yang masih setia mengupas telur rebus. 

 

"Mana ada. Saya cakap biasa-biasa saja tadi. Awak pun apa kurangnya, fasih je saya tengok. Sekarang, bukak mulut luas-luas~"arah gadis itu yang sudahpun selesai mengupas telur rebus tadi. Tangan kanannya memegang telur rebus tadi sambil matanya memandang sang suami di sebelahnya yang sudah membuka mulut seluas-luasnya. Macam comel pulak suami aku buat macam tu, bisik hati kecil Minha dengan segaris senyum di bibirnya. Kemudian dia menyuap telur rebus tadi ke mulut Dujun. Nasib baik lelaki itu tidak tercekik. 

 

"Saya memang wajib belajar bahasa jepun memandangkan syarikat banyak bekerjasama dengan syarikat dari Jepun. Lagipun syarikat kita ada cawangan di Kyoto dan hampir semua pekerja di situ merupakan orang tempatan. Jadi saya sebagai CEO kenalah berurusan dengan mereka dalam bahasa Jepun." 

 

"Kalau macam tu mesti ramai pekerja wanita dekat sini suka bila awak datang sini." 

 

"Why?"tanya Dujun yang kurang faham dengan kata-kata isterinya dengan sebelah kening terangkat. Mulutnya masih lagi setia mengunyah telur rebus yang masih bersisa dalam mulut. 

 

"Iyelah, tuan CEO syarikat dia orang handsome, mestilah ramai yang berkenan. Kena pulak yang jadi peminat tuan CEO tu muka kawaii. Lepas tu bila dah ramai yang berkenan mulalah hati tu goyah, lupa isteri yang tak lawa tu dekat rumah."bebel Minha sambil mengunyah snek sotong kering yang sudah dibuka bungkusannya tadi. Sang suami di sebelah sudah ketawa geli hati mendengar kata-kata sang isteri. Dah kenapa bini aku ni tiba-tiba cemburu? 

 

Dujun meneguk air mineralnya sebentar untuk membasahkan tekaknya sebelum menutup botol air itu dan memandang muka Minha di sebelahnya. Direnung saja wajah cantik itu tanpa bercakap sepatah pun sebelum tangannya mencapai dan memegang kedua belah tangan isterinya itu. 

 

"I love you and always love you. Don't you trust me, dear?"ucap lelaki itu dengan nada romantik sambil mengucup lembut jari-jemari Minha. Nasib baiklah seat di depan dan tepi mereka itu tiada penumpang. Kalau tidak mahu meletup Minha dibuatnya gara-gara malu. 

 

"I trust you, but.." 

 

"Sayang, kenapa tiba-tiba nak ragu-ragu dengan saya? Cuma awak saja insan yang bertakhta di hati saya sekarang dan kenyataan itu tak akan berubah sampai bila-bila pun. Datanglah perempuan secantik manapun, saya tak akan pernah sekali-kali pandang mereka. Saya akan pandang awak dan.." 

 

"Dan..?"tanya Minha pelik. Ayat Dujun yang sengaja dibiarkan bergantung itu membuatkan hatinya tertanya-tanya. Siapa pula yang dia akan pandang selain aku? Hyejeong? 

 

Dujun menghela nafas sebenatar sebelum membalas. "Dan anak kitalah, sayang. Hmm..bercakap pasal anak kan, bila kita nak ada anak? Kan semalam saya dah cakap yang saya nak anak sepuluh orang so kita bolehlah start our midnight project this night bukan?"tanya lelaki itu lagi sambil melemparkan senyum nakal tapi penuh bermakna kepada Minha. Terjegil biji mata Minha mendengarnya. Spontan dia menampar bahu suaminya tanda geram. Mukanya pula sudah membahang menahan malu. Nasib baiklah suaminya itu bercakap dalam bahasa korea, kalau dia bercakap dalam bahasa jepun mahu tergelak penumpang di belakang mereka mendengarnya. 

 

"Eii awak ni, boleh pulak cakap pasal hal-hal macam ni di tempat awam. Malulah!" 

 

"Alah, nak malu buat apa? Bukan penumpang dekat sini faham pun apa yang kita cakap."balas Dujun selamba sambil tertawa sendiri. 

 

Minha merengus kecil. "Tetap memalukan juga." 

 

"Malu atau tidak, itu tolak ke tepi. Yang pasal anak tu sila bagi maklum balas kepada suami awak yang dekat depan awak ni ya Cik Park Minha. Kalau boleh nak maklum balas yang positiflah."sang suami sudah mengenyitkan mata. 

 

Minha sudah menyeringai. Dia meneguk sebentar air mineralnya, cuba untuk menghilangkan rasa gementar yang tiba-tiba bertamu di hatinya. Mungkin rasa gementar itu timbul kerana Dujun. Mana tidaknya, lelaki itu sedari tadi asyik merenung dan tidak sesekali mengalihkan pandangannya dari wajahnya. 

 

"Ermm.. Tak boleh ke kalau kita ada dua orang anak saja? Sepuluh macam banyak sangatlah.. mahu terputus banyak urat kalau lahirkan anak banyak kali nanti."jawab Minha selamba. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia cakap tadi. Tapi dia pernah juga dengar tentang orang putus urat selepas beranak jadi betullah kut apa yang dia cakapkan tadi. Lol teruk betullah Minha ni, cakap main belasah saja. 

 

"Dua? Tak seronoklah dua orang je. Nak lebih dari dua. Lapan tak nak?" 

 

"Eight is too much, Mister Yoon. Lagipun, kenapa awak nak ramai sangat anak ni? Kang kalau ramai sangat tak terjaga pula." 

 

"Ala, lagi ramai anak lagi meriah rumah kita tu. Lagipun saya cuma cakap saja, tak semestinya awak kena bagi saya anak seramai tu. Normallah saya yang hidup sebagai anak tunggal ni mahukan ramai anak." 

 

"Kalau macam tu..empat je dah cukuplah. Dua lelaki, dua perempuan. Yang first anak lelaki, Yoon Minjae. Yang kedua perempuan, Yoon Minhee. Ketiga lelaki, Yoon Junha dan keempat perempuan, Yoon Junmi."selamba saja Minha berkata-kata sambil menyandarkan kepalanya di bahu Dujun disebelahnya. Entah kenapa matanya terasa amat berat sekarang. Mengantuklah tu. Lelaki itu sudah ketawa geli hati mendengar perancangan isterinya. Nak empat orang anak, siap decide anak pertama jantinanya apa berserta nama! Memang terbaiklah Minha ni. 

 

"Amboi, jauh betul awak berfikir. Siap dah fikirkan nama apa semua lagi. Hmm..Empat pun empatlah. Janji awak lahirkan anak untuk kita."balas Dujun dengan sengihan sambil bermain-main dengan rambut Minha. Kemudian mereka sama-sama tertidur sehinggalah shinkansen yang dinaiki mereka tiba di Kyoto.

 

 

"KINKAKU-JI Temple or The Golden Pavilion, stands facing Kyoko-chi pond. The pavilion and its reflection on the water as well as islets and trees weave into a beauty and create a peaceful atmosphere. This Zen temple represents Kitayama-bunka, flamboyant culture that was a blending of traditional aristocratic culture and new samurai culture. The garden is designated as a national special historic site and a national special landscape." 

 

"Sayang ada bakatlah jadi pemandu pelancong."komen Dujun sambil mengusap dagunya sendiri. T

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD