Unperfect Proposal?

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Hyejeong yang baru muncul di vila Yongguk memerhatikan Dujun yang sedang meraup mukanya sendiri dengan kepala digelengkan beberapa kali. Gadis itu menghela nafasnya perlahan. Dia tahu mengapa sahabatnya berkelakuan begitu. Lelaki itu sedang menunjukkan rasa kecewanya..kecewa yang teramat sangat.

 

"Aku tak akan maafkan kau bodoh..!"

 

Kedengaran hilai tawa garau Yongguk yang sedang mengelap badannya yang penuh dengan cecair berwarna merah. Mencerlung mata Dujun melihat kelakuan lelaki itu. Di tangan kanannya sudah tersedia pedang buluh kendo,senang sikit untuk dia memukul sahabatnya itu nanti.

 

"Ala maaflah. Aku bukan saja-saja nak buat macam tu..bukan nak bergurau ke apa. Aku cuma nak bagi pengajaran sikit kat abang aku tu haa."jawab Yongguk dengan ketawa yang masih bersisa. Masih terngiang-ngiang kata-kata Dujun ketika badannya terkena tikaman pisau tadi.

 

"Bangunlah Yongguk...tolonglah bangun dan jangan mati!"

 

'Wakakaka..aku? Mati? Oh tolonglah..aku Bang Yongguk tak akan boleh mati dengan begitu mudah..'bisik lelaki itu dalam hati sambil membuang satu beg kecil berisi cecair seakan-akan darah dari badannya.

 

Sebenarnya memang betul badan Yongguk terkena pisau dibaling abang kembarnya tapi pisau tersebut tidak menusuk masuk ke badannya kerana dia memakai jaket kalis peluru di dalam bajunya. Mengenai darah yang keluar dari badannya itu pula..itu cuma darah tiruan yang lelaki itu selitkan didalam bajunya. Semua itu Yongguk rancang sendirian. Memang kaw-kawlah lakonan Yongguk..dengan muka pucat hasil tempekan bedak ke mukanya selepas dia dan Himchan membebaskan Minha dari bilik kurungan bawah tanah sehinggalah ke lakonan pengsannya. Sampai menangis Dujun dan Bunny Killer dibuatnya. Bhahah

 

"Abang kau tu akan dapat pengajaran dia nanti.. Sementara tunggu dia dapat pengajaran,meh aku pulak yang bagi pengajaran kat kau!"spontan Dujun mengheadlock Yongguk sekuat hati. Terkapai-kapai lelaki itu cuba melepaskan diri.

 

"Hyejeong sayang,tolong aku dari mamat gila ni! Dia nak bunuh aku!"

 

"Tak nak.. Siapa suruh buat kami menangis tadi? Belasah dia cukup-cukup Dujun!"jawab Hyejeong yang juga geram dengan Yongguk. Bukan main sedih dia bila Dujun memaklumkan kepadanya yang kekasihnya itu cedera parah. Siap menangis sampai mata bengkak lagi!

 

Hah ambik kau..puas hati aku! Berani sangat buat air mata aku tumpah..rosak reputasi aku depan Minha dan budak-budak aku!,bidas Dujun dalam hati dengan penuh geram. Tidak cukup dengan kunci kepala,dia mencekik-cekik pula leher Yongguk. Ala cekik geram je,bukan sampai cekik tahap pembunuh.. Nasib tak mati si Yongguk tu..kahkahkah.

 

"Lepaskan aku woi! Aku dah taubat dah tak nak buat macam tu lagi lain kali!"Yongguk sudah merayu-rayu kerana tercekik. Tercungap-cungap dia menghirup udara sambil hatinya menyesali perbuatannya. Hyejeong hanya mampu ketawa melihat aksi kedua sahabat itu.

 

 

Kyungri dan Minha sedang berbual-bual di taman bila tiba-tiba Junhyung dan Himchan muncul dengan membawa jus dan kek. Ahli lain Beast Master dan Bunny Killer pula sedang seronok mandi di kolam vila. Nampaknya kedua kumpulan itu sudah berbaik. Siap mandi bersama pakai pelampung berkepala itik lagi. Sungguh kebudak-budakkan.

 

"Seronok berbual?"tegur Himchan. Kebelakangan ini dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Kyungri. Terlalu baik sehinggakan Kyungri dengan rela hatinya memberitahunya yang dia kini sedang sukakan Junhyung. Dan ya,sudah tentulah Himchan terkejut kingkong. OMG tak sangka mamat ketul aisberg tu ada peminat! Dipandangnya Junhyung yang sedang enak meneguk jus buah. Agak-agak mamat ni pun sukakan Kyungri juga ke? Meh nak test sat..

 

"Bila dah lama tak jumpa memang banyak benda yang nak dibualkan. Kan Minha?"

 

Minha yang sedang menikmati keknya hanya membalas dengan anggukan. Kyungri sudah tersengih. Minha kalau masa makan diam bukan main..lol.

 

"Kyungri,awak tahu tak Junhyung ni pernah kerja sambilan sebagai cikgu tadika sebelum bekerja dengan Tuan Dujun?"

 

Hampir tersembur jus buah yang diminum Junhyung tatkala mendengar kata-kata Himchan. Kyungri mahupun Minha sudah mengerutkan dahi. Cikgu tadika? Biar betul?

 

"Betul ke Junhyung? Tak tahu pulak saya awak boleh jadi cikgu tadika."ucap Minha dengan riak wajah hairan bin ajaib. Agaknya masuk ke ilmu yang lelaki kool itu ajar kepada anak muridnya?

 

Junhyung menggaru belakang lehernya."Erm..memang saya pernah jadi cikgu tadika tapi tak lama.."jawabnya. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah Himchan kerana membuka rahsianya.

 

Himchan disebelah sudah menahan ketawa. Geli hatinya melihat pipi Junhyung yang sudah merona merah menahan malu. Reti malu jugak mamat ni rupanya..hahaha.

 

"Berapa lama awak kerja sebagai cikgu tadika tu?"tiba-tiba keluar pertanyaan dari Kyungri yang sedang merenung Junhyung dengan senyum manis dibibirnya. Hakikat bahawa Junhyung pernah bekerja sebagai guru tadika kedengaran amat menarik baginya.

 

"Adalah dalam setahun macam tu,"

 

Kata kerja sekejap..ingatkan kerja dua minggu ke sebulan ke,alih-alih setahun..pfft. Kyungri sudah ketawa dalam hati. Disuapnya sesudu kek ke mulut.

 

"Setahun? Lama juga.. Hmm,kalau jadi cikgu tadika mestilah kena pandai nyanyi dan menari lagu kanak-kanak. Mesti awak reti buat semua tu kan?"

 

Pertanyaan Kyungri itu membuatkan Junhyung cuak. Dia nak suruh aku menyanyi lagu budak tadika pulak ke? Mintak dijauhkan lah perkara buruk macam tu..doanya dalam hati.

 

"Eh,mestilah Junhyung pandai buat semua tu. Takkanlah setahun lamanya dia mengajar kat tadika tu dia tak reti buat..kan Junhyung?"usik Himchan dengan senyum nakalnya. Dalam hati dia sudah ketawa terdekah-dekah sebenarnya. Habislah kau Jun.. Muahahaha.

 

Kyungri sudah tersengih."Ya ke? Nak tengok nak tengok!"

 

Minha disebelah sudah mengerutkan dahi. Junhyung..menari dan menyanyi lagu kanak-kanak? Fuhh,ibarat membayangkan ketam berkawad lurus!

 

"Err..tak payahlah. Dah empat tahun dah saya tinggalkan kerjaya cikgu tadika tu jadi saya dah lupa macam mana nak buat semua tu,"

 

"Ala yeke.."

 

Himchan tiba-tiba menyiku Junhyung sambil berbisik ke telinga lelaki itu,"Tak gentlemanlah kau ni. Kyungri nak tengok tu..kau buat jelah,". Sengaja dia menekan perkataan `Gentleman´ itu agar Junhyung cuak. Kalau dia suka Kyungri mesti dia buat punya apa yang Kyungri minta..haha.

 

Junhyung menelan liur. Kemudian dia membuang pandang ke arah Kyungri yang nampak begitu kecewa..? Apakah? Ala..ni yang aku malas ni.. Himchan lah ni,saja nak malukan aku! Spontan lelaki itu menghela nafas.

 

"Yelah,yelah..saya buat. Tapi janji jangan gelak tau?"

 

"Janji!"sahut Kyungri,Minha dan Himchan serentak. Aik,macam berjanji-janji pula..haha.

 

Dengan penuh beraninya Junhyung bangun dari kerusi sambil membetulkan suaranya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD