Two Yong

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi-pagi lagi Dujun dan Beast Master sudah keluar menjerat rusa di hutan berhampiran vila. Tapi rusa-rusa di hutan lebih bijak. Sebelum subuh lagi mereka sudah lari sembunyikan diri di sebalik bukit berhampiran. Lalu pulanglah keenam-enam jejaka itu dengan tangan kosong. Nasib baiklah Pakcik Seojin sudah menyediakan sarapan sebaik saja mereka pulang jadi tidaklah mereka terasa sangat kekecewaan akibat gagal menjerat rusa tadi.

 

"Rupa-rupanya maklumat pasal keluarga Minha yang awak cari tu salah.. Jadi maklumat keluarga siapa yang ada dalam fail ni?"tanya Dujun sambil membelek-belek fail merah ditangannya. Dia bersama anak buahnya itu sedang bersarapan di taman belakang vila.

 

"Maklumat keluarga pembunuh sebenar tuan besar. Kebetulan keluarga tersebut mempunyai anak yang serupa namanya dengan Minha jadi sebab tu Junhyung tersalah sangka keluarga tu adalah keluarga Minha. Ini baru maklumat sebenar keluarga Minha."jawab Yoseob sambil menyerahkan satu fail berwarna biru kepada Dujun di depannya.

 

Dujun mengambil fail biru itu lalu membuka dan membaca isinya. Disitu tertulis maklumat peribadi Minha,ibu bapa Minha dan juga abangnya.

 

"Bapa Minha tak bekerja?"soal Dujun dengan dahi berkerut. Nampak agak tempang maklumat peribadi bapa Minha kerana tiada tertulis tentang bidang pekerjaannya.

 

"Berdasarkan kepada penyiasatan saya,bapa Minha menjalankan perniagaan sendiri tapi saya tak dapat kesan apa jenis perniagaan yang dia usahakan. Nak saya tanya Minha sendiri ke?"

 

Dujun meletakkan fail biru itu di atas meja. "Tak perlu. Bukan penting pun."

 

Yoseob menganggukkan kepala tanda faham. Dia menghirup kopi yang dihidang Puan Li sebentar tadi sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Pelik.. Mana Minha ya? Masakan jam sebegini belum bangun?

 

"Minha masih tidur ke Puan Li?"tanya Gikwang pelik seusai melirik jam di tangannya. 'Sudah pukul lapan setengah pagi masih belum bangun? Selalu pukul tujuh dah boleh nampak dia di vila.'

 

"Belum. Dia kurang sihat jadi saya nasihatkan dia supaya berehat. Tuan okey kan kalau Minha cuti hari ni?"

 

Dujun sudah meyeringai. Memang dia sudah agak maidnya itu kurang sihat pagi ini. Malam semalam ketika mereka berada di taman ros Minha hanya memakai baju-T nipis dengan skirt melepasi lutut! Lawa tu memang lawa tapi kalau pakai baju sampai badan masuk angin pun takda guna juga. Kadangkala dia hairan juga dengan Minha,bila keluar ke taman pada waktu malam mesti gadis itu tidak memakai jaket. Ingat kulit dia kulit beruang kutub ke apa?

 

"Biarkan saja dia berehat. Nanti puan tolong telefon Doktor Lee,minta dia periksa Minha."

 

"Baik tuan. Saya minta diri dulu."ucap Puan Li sambil beredar dari situ.

 

Junhyung menghirup kopinya perlahan sebelum bersuara. "Maaf bos sebab tersalah bagi bos maklumat pasal keluarga Minha.."

 

"Tak apa. Kalau saya jadi awak pun saya akan buat kesilapan macam tu juga. By the way,adakah Minha dah tahu pasal hal sebenarnya?"

 

"Dah bos. Kelmarin kawan dia dari vila Yongguk datang dan mereka berbual di bilik bacaan. Saya rasa mereka berdua terbaca salinan fail merah yang saya sengaja letak dalam bilik tu."

 

'Patutlah dia dah tak marah aku pun semalam..'bisik Dujun dalam hati sambil menggigit buah epal hijau di tangannya. Spontan dia terbayangkan wajah Minha yang asyik merona merah semalam. Tiba-tiba dia tersenyum sambil menggelengkan kepala.

 

"Kawan Minha dari vila Yongguk? Siapa?"soal Dongwoon yang selalu saja ketinggalan dalam setiap cerita. Masuk akal juga dia tak tahu sebab dia tiada di bila sewaktu Kyungri datang melawat Minha kelmarin.

 

"Maid Yongguk si Kyungri itulah kawan Minha. Ala,yang perempuan lawa Yongguk bawa masa parti hari jadi bos bulan lepas tu."sampuk Hyunseung dengan sengihan. Memang Kyungri itu tersangat lawa. Sampai Junhyung pun boleh bertanyakan status gadis itu kelmarin.

 

Dongwoon mengangguk tanda faham. Dia kenal gadis itu. Memang cantik orangnya. Dujun mengangkat keningnya sebelah. Tidak menyangka yang maid kawan baiknya itu berkawan baik dengan maidnya.

 

"Dan kelmarin kan bos,ada seorang tu tiba-tiba je tanya Kyungri dia ada kekasih ke tak.. Menurut bos,apa maknanya bila lelaki tiba-tiba tanya soalan macam tu pada seorang perempuan?"

 

Dujun tersenyum. Siapa pula yang berkenan dengan maid Yongguk pula? Ada-ada sajalah mereka ni.

 

"Apalah Abang Gik ni,tak kanlah tak tahu kot? Itu maknanya lelaki itu suka kat Kyungri lah,kan bos?"sampuk Dongwoon yang baru selesai menghabiskan stiknya.

 

"Yup..that' right. By the way, siapa yang tanya soalan macam tu kat Kyungri?"soal Dujun dengan senyum nakal dibibir. Dia teringin juga tahu siapakah gerangan manusia yang berani bertanyakan soalan sebegitu kepada gadis itu.

 

Hyunseung mahu membalas tetapi belum sempat dia membuka mulut Junhyung disebelahnya sudah menekup bibirnya dengan tangan. Tapi Junhyung terlupa masih ada seorang lagi manusia yang menjadi saksi ketika dia bertanyakan soalan itu kepada Kyungri.

 

"Encik Junhyung kita bos."jawab Gikwang selamba sambil ketawa mengekek. Dujun dan yang lain melihat aksi Junhyung dengan gelengan. 'Memang sah dia orangnya..'fikir mereka serentak.

 

Tiba-tiba kedengaran bunyi deringan telefon. Junhyung yang tersedar bunyi tersebut datang dari poket seluarnya terus mengeluarkan telefonnya. Terkulat-kulat dia membaca mesej yang diterimanya.

 

"Maaf bos,saya minta diri dulu. Ada kerja yang perlu saya selesaikan..."ujar Junhyung sambil bangun dari kerusi dan berlalu pergi dengan riak muka serius. Dujun menganggukkan kepala sambil memerhatikan kelibat orang kanannya itu pergi dengan kerutan di dahi.

 

*********

 

Pagi itu Himchan tiba di vila ketuanya untuk memberikan laporan siasatan mereka mengenai Minha. Sengaja lelaki itu datang sendiri menghantar fail laporan kepada ketuanya walaupun kebiasaannya Yongguk yang akan datang ke rumah mereka untuk mengambil laporan tersebut. Sebenarnya dia sengaja berbuat demikian untuk memeriksa kesangsian yang wujud di hatinya.. Kesangsian apa? Mari kita tengok..

 

"Apa cerita ni Himchan,datang sini seorang diri? Mana budak-budak lain?"tanya Yongguk yang baru saja selesai mandi. Sudah lama juga dia tidak bertemu orang kanannya itu selepas dia mengikut Hyejeong bercuti ke Maldives minggu lepas. Itupun sebab Hyejeong menang tiket percutian untuk dua orang ke sana. Malam semalam baru mereka berdua pulang ke Korea.

 

"Dia orang sibuk tidur lagi ketua. Semalam asyik sangat berparti kat kelab malam,itu yang letih sangat tu."balas si pembantu sambil memerhatikan muka ketuanya yang agak gelap sedikit daripada kebiasaanya. Mungkin kesan berjemur di Maldives agaknya. Maklumlah,Maldives itu kan pulau terkenal dunia. Takkanlah pergi bercuti di sana tapi tak berjemur? Kahkah

 

Yongguk yang sedang menghirup tehnya tiba-tiba tersembur. "Kelab? Asal kau orang pergi kelab tak ajak aku? Nak merajuk la kalau gini.."

 

Himchan mengerutkan dahi melihat kelakuan ketuanya. 'Aik..hari tu bukan main tak minum teh. Ni siap minum sampai tersembur!'bisik Himchan dalam hati.

 

"Macam mana nak ajak kalau ketua baru saja balik kesini malam semalam?"

 

Yongguk sudah menyeringai. "Ya tak ya gak.. Aku lupa lah. Hehe. Jadi,ada apa kau datang sini?"

 

"Aku ke sini nak bagi laporan yang ketua suruh kami berlima siasat tu."ujar Himchan sambil mengeluarkan satu fail oren dari beg silang yang dipakainya.

 

Yongguk mengambil fail oren itu dengan kerutan di dahi. Terserlah kehairanan di wajahnya. Dia memandang fail itu dengan muka Himchan di depannya silih berganti.

 

"Laporan apa ni Himchan?"

 

"Laporan tentang Minha. Bukan ke ketua yang datang rumah kami tiga minggu lepas dan minta kami siasat, bunuh perempuan tu?"

 

Terangkat sebelah kening Yongguk mendengarnya. Sejak bila pula dia ke rumah Himchan tiga minggu lepas? Seingatnya dia hanya keluar ke vila Dujun ketika parti hari jadi sahabatnya itu saja dan kemudian mengikut Hyejeong bercuti ke Maldives. Tidak pernah sekali pun dia melawat orang kanannya itu sepanjang bulan ini. Lagipun untuk apa dia ke sana? Spontan lelaki itu menggelengkan kepala.

 

"Himchan,kau biar betul.. Aku tak pernah suruh kau orang siasat pasal maid Dujun tu dan aku tak pernah pergi melawat kau orang kat rumah. Lagi pun cubalah kau fikir,apa faedahnya aku suruh kau orang siasat Minha?"

 

"Err.. Bukan ke dulu ketua suka dia?"

 

"Itu dulu.. Sekarang aku dah tak suka dia dah. Si Dujun tu pulak yang suka dia.."

 

"Kalau macam tu..siapa lelaki yang datang ke rumah kita orang tiga minggu lepas dan suruh kita orang sisat Minha? Muka dia memang sebijik dengan muka ketua jadi kami ingat dia memang ketua.."balas Himchan dengan dahi berkerut. Benarlah tekaannya yang ada orang menyamar sebagai ketuanya tempoh hari! Tapi siapa, bagaimana dan kenapa?

 

Yongguk berfikir sejenak. Siapa pula yang rajin dan sanggup menyamar sebagai dirinya semata-mata untuk mempergunakan Bunny Killer kesayangannya ini? Jangan-jangan ini semua kerja lelaki itu.. Tak kanlah kot? Tapi kenapa?

 

********

 

Junhyung menghirup udara sambil duduk di atas motosikal Honda CBR1000RR Fireblade miliknya,menunggu seseorang yang menyuruhnya ke sebuah taman yang agak jauh dari bandar untuk berbincang tentang sesuatu. Sesuatu yang kedengaran sangat penting bagi Junhyung sebenarnya. Mana tidaknya,tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja individu itu mengajaknya berjumpa.

 

Seketika kemudian,kedengaran bunyi deruman enjin motosikal berkuasa besar berhenti bersebelahan motosikal Junhyung. Junhyung memerhatikan saja si penunggang di sebelahnya dengan gaya tangan disilang.

 

"Asal jumpa aku je kau buat muka tenuk kebuluran.. Tak boleh ke kau senyum sikit? Barulah sedap sikit mata aku memandang."bebel lelaki disebelahnya yang sedang berusaha membuka topi keledarnya.

 

Junhyung merengus perlahan. "Takda maknanya aku nak bermanis muka dengan jantan. Lagi-lagi jantan spesis muka jambu macam kau. Yang kau ni tiba-tiba suruh aku datang ni apa halnya Himchan?"

 

Himchan menyelerakkan rambutnya perlahan,membiarkan angin mengeringkan rambutnya yang lembap dengan peluh. Lelaki itu kemudiannya berpaling ke arah Junhyung.

 

"Tak sangka pula aku yang kau akan datang jumpa aku hari ni. Yelah,kita sekarang bekerja untuk dua lelaki berlainan fahaman.."

 

"Fahaman menda la yang kau mengarut ni..? Aku datang sebab kau cakap kau ada benda penting yang nak dibincangkan dengan aku. Lagi pun bos aku dan ketua kau dah berbaik jadi rasanya takda sebab untuk aku terus bermusuhan dengan kau."

 

Sebenarnya Junhyung dan Himchan pernah bersahabat baik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD